11

10.5K 470 11
                                    

"Arghh!!!! Siapa perempuan tu!" marah Fryceyla di dalam bilik tidurnya. Dia baru sahaja hendak membuat rancangan untuk perangkap Syed dengan memasukkan pil tidur di dalam minuman nanti tapi semuanya hancur apabila rancangannya itu gagal serta-merta. Dia hendak memerangkap Syed dengan mengatakan dia mengandung anak lelaki tersebut.

"Hancur semua rancangan aku! Ergh!! Aku tak boleh biarkan Syed jatuh cinta dengan perempuan tu! Tak boleh! Syed milik aku seorang! Cuma aku!" kata Fryceyla dengan wajah yang penuh dengan dendam terhadap Nurul. Dia harus singkirkan gadis itu sebelum Syed jatuh cinta dengan dirinya. Dia tidak boleh biarkan hal itu berlaku. Tidak boleh!

"Aku kena cari jalan supaya Syed tambah benci dengan dia. Kalau sekarang pun Syed bencikan dia, tak mustahil kan kalau aku buat sesuatu yang boleh tambahkan kebencian Syed dekat dia." kata Fryceyla lalu tersenyum penuh makna. Dia akan memulakan rancangannya dengan secepat mungkin.

Telefon miliknya berdering. Dia lantas menjawab panggilan tersebut dengan muka menyampah. Nak je dia maki tapi dia kena sabar.

"Hello?"

"Macam mana you buat kerja? Kerja senang pun you tak boleh nak kawal. You tengok sekarang, semuanya hancur! Kenapa otak you lembab sangat huh?"

Marah seseorang melalui telefon. Fryceyla menjulingkan bebola matanya ke atas dengan wajah yang menyampah.

"I tahulah apa yang i nak buat. Lagi pula i bukannya tahu yang perempuan tu ada dekat rumah dia! You nak salahkan i pula? I pun tak sangka semua ni jadi! Mulut you jaga sikit. You siapa nak marah i?" tengking Fryceyla. Orang tersebut tergelak sinis mendengar amarah dari Fryceyla.

"Wow!! Menarik. Berani you eh tengking i? You lupa ke dengan perjanjian kita? You lupa dengan apa yang you buat dulu? You nak i ingatkan you semula ke?"

Fryceyla terdiam. Dia tidak boleh melawan atau membantah arahan dari orang tersebut. Nak tak nak dia kena ikut apa saja arahan yang diberikan walaupun kena melibatkan nyawanya sendiri.

"You tak payah nak ingatkan i semula! I bukannya hilang ingatan tak ingat benda tu," balas Fryceyla malas. Terdengar gelakkan dari orang tersebut di gegendang telinga Fryceyla.

"I cuma ingatkan you je. Sebab you macam dah lupa apa yang you dah buat dulu. Sebab tu i nak ingatkan semula,"

"I tak perlukan you untuk ingatkan i semula!"

"Okey. Kalau you dah cakap macam tu. I takkan ingatkan you lagi. Tapi kalau you lupa lagi dengan apa yang you dah buat dulu. Jangan salahkan i kalau i ingatkan you semula,"

"I tahulah! Semaklah!"

"Okey, darling. Jangan lupa buat kerja you macam yang i suruh. Bye sayang,"

Fryceyla terus mematikan panggilan tersebut lalu telefon bimbitnya dilemparkan di atas katil. Dia duduk lalu meraup wajahnya dengan fikirannya yang serabut.

"Serabut betul! Arghh!!!"











Syed melangkah masuk ke dalam rumahnya terlebih dahulu tanpa menghiraukan Nurul yang sedang berada di belakangnya. Gadis itu hanya berdiam diri seperti orang bisu bersamanya. Semasa dalam perjalanan ke rumah Syed pun dia tidak banyak bersuara. Begitu juga dengan suaminya. Hanya berdiam diri tanpa mengeluarkan sebarang suara.

Nurul melihat Syed sudah mendahuluinya. Dia melajukan langkahnya kerana takut dengan keadaan kawasan perumahan tersebut sedikit menyeramkan baginya.

Entah dimana silapnya. Kakinya tersandung lalu dia terjatuh. Syed yang terdengar suaranya lantas mengehentikan langkahnya lalu memusingkan tubuhnya melihat Nurul.

"Aduh...macam mana lah aku boleh jatuh." kata Nurul dengan kerutan di dahi menahan kesakitan. Dia lihat kakinya terluka sedikit. Syed melihatnya dengan pandangan dingin dan tidak sedikit pun dia membantu gadis itu.

"Kau tak pernah nampak rumah besar ke? Tak pernah eh? Sampaikan kau boleh jatuh. Mesti kau ni orang kampung kan?" kata Syed dengan senyuman sinis. Nurul mengangkat wajahnya memandang wajah Syed.

"Bukan macam tu. Saya memang orang kampung. Saya mengaku. Tapi saya jatuh bukan sebab tak pernah nampak rumah besar. Tapi saya pun tak tahu macam mana saya boleh jatuh. Mungkin saya terpijak sesuatu kot," balas Nurul sambil bangun. Kakinya yang terasa sakit hanya mampu dia tahan dengan berpura-pura okey.

"Alasan! Kalau orang kampung, buat macam orang kampung. Aku tak kenal kau tapi kau tu boleh pula kenal aku. Macam mana kau boleh masuk dalam rumah aku?" soal Syed dengan pandangan tajam. Nurul menjadi gerun melihat pandangan tersebut.

"Saya memang tak kenal awak. Sumpah saya tak kenal. Saya masuk rumah awak pun ada sebab. Saya cuma nak selamatkan——"

"Kau nak cakap kau nak selamatkan aku daripada diperangkap oleh Ceyla?" potong Syed dengan laju seakan tahu apa yang hendak disampaikan oleh gadis itu. Nurul mengganguk laju. Syed tergelak.

"Kau bodoh ke apa? Kau nak cakap yang dia tu jahatlah sebab nak perangkap aku?"

"Eh, tak! Bukan macam tu. Saya—-"

"Kau jangan nak berlakon lagilah perempuan! Kau nak tutup kesalahan kau dengan fitnah dia? Kau ingat aku percaya ke dengan apa yang kau cakap? Aku dah kenal Ceyla tu dah bertahun! Kau dengar tak? Bertahun! Sedap mulut kau je cakap dia nak perangkap aku kan? Hati dia bukan macam hati ka tu! Busuk! Sanggup perangkap aku! Aku tahu kenapa kau perangkap aku," kata Syed dengan senyuman sinis. Nurul menggelengkan kepalanya.

"Tak! Saya memang takde niat nak perangkap awak. Sumpah demi Allah. Saya cuma nak membantu,"

"Kau jangan nak berlakon baik. Perempuan macam kau ni ramai je yang pura-pura suci, baik, tapi hakikatnya perempuan macam kau ni lah yang kaki kikis. Gila harta. Betul kan? Dan kau nak perangkap aku sebab kau nak harta aku kan? Siapa je tak kenal dengan aku. Mesti kau nak harta aku sebab tu kau rancang semua ni. Betul kan?" tuduh Syed melulu. Nurul hanya mampu diam. Malas ingin berdebat. Biar Allah je yang tahu apa yang berada di dalam hatinya.

"Kenapa kau diam? Betul kan apa yang aku cakap?" kata Syed.

"Ye, betul. Semua yang awak cakap tu semuanya betul. Memang saya gilakan harta awak. Puas?" kata Nurul mengiyakan kata-katanya. Tiada guna dia menjelaskan semuanya dengan jujur kerana lelaki itu tetap dengan pendiriannya dengan menuduhnya. Jadi biarlah dia mengiyakan sahaja jika itu dapat memuaskan hati lelaki tersebut. Apa yang penting adalah Allah tahu apa yang dia buat dan apa yang ada di dalam hatinya. Itu yang lebih penting baginya.

"Aku memang dah agak. Kau memang perempuan tak tahu malu kan? Perempuan murah! Gila harta!"

"Saya memang murah. Memang saya gila harta. Apa lagi awak nak saya cakap?" kata Nurul. Syed mengetap gigi menahan amarahnya. Pandangannya yang tajam setajam pisau diarahkan kepada Nurul.

"Kau akan menyesal sebab perangkap aku! Kau jangan ingat aku akan maafkan kau dengan apa yang kau dah buat! Kau ingat tu! Perempuan sial! Kau jangan berani masuk dalam rumah aku! Kalau aku nampak kau masuk, jangan salahkan aku kalau aku buat sesuatu dekat kau. Kau layak tidur dekat luar." kata Syed lalu melangkah masuk. Nurul menundukkan kepalanya lalu airmatanya mengalir perlahan.

'Ya Allah, kuatkan hati aku. Tabahkan aku untuk hadapi semua ni. Hanya kau tempat untuk aku mengadu. Tolong aku, Ya Allah.' doa Nurul di dalam hati dengan sayu.

𝐈'𝐌 𝐍𝐎𝐓 𝐀 𝐌𝐈𝐒𝐓𝐑𝐄𝐒𝐒Where stories live. Discover now