35

18.9K 526 15
                                    

3 hari berlalu...

Syed termenung jauh. Dia mengeluh. Entah ke berapa kali dia asyik mengeluh. Jujur di dalam hatinya dia masih ada perasaan sayang untuk Nurul namun dia juga membenci gadis itu kerana sanggup mempermainkannya.

Fryceyla datang menghampirinya lalu memeluk tubuh Syed dari belakang. Mereka berdua sedang bercuti ke Singapore.

"You!! You buat apa dekat sini? Penat tau i cari you tadi." cebik Fryceyla kepada Syed. Lelaki itu tersenyum segaris.

"Sorry. Aku tak sempat bagitahu dekat kau tadi yang aku dekat sini sebab aku tak sampai hati nak kejut isteri aku ni. Tidur nyenyak sangat sebab tu aku tak sampai hati nak kejut," balas Syed lalu mengucup dahi Fryceyla.

"Kenapa you tak kejut je? You memang saje kan? Cakap jelah kalau you taknak i ikut dengan you," rajuk Fryceyla lalu meleraikan pelukkannya. Dia tidak memandang wajah Syed.

"Tak..bukan macam tu. Aku memang tak sampai hati nak kejut tadi sebab takut ganggu tidur isteri aku yang manja ni," pujuk Syed dengan lembut lalu memeluk tubuh Fryceyla sambil mencium ubun-ubun Fryceyla.

"Betul ni? You tak tipu i kan?"

"Tak..aku tak tipu," balas Syed dengan laju. Fryceyla tersenyum suka. Dia membalas pelukkan tersebut. Hidup mereka bahagia tanpa ada gangguan dari sesiapa.

"You..i lapar. Nak makan?"

"Lapar eh? Alahai..jom kita makan. Nak makan apa ni?"

"Emmm..i tak kisah. I ikut you je,"

"Ha yelah. Jom..kita makan,"

"Jom!!"

Mereka berdua berpimpinan tangan dengan gelak tawa. Syed sudah melupakan Nurul sedikit demi sedikit sejak bersama dengan isterinya, Fryceyla.





Adyan mendekati Zulaikha yang tidur dalam keadaan terduduk. Pipi gadis itu ditepuk berkali-kali sehingga dia terjaga.

"Bangun!!l"

Zulaikha membuka matanya perlahan-lahan. Tekaknya terasa kering. Dia tidak diberi makan dan juga minum sejak beberapa hari lalu.

"Nah, aku ada bawa makanan untuk kau. Kau makan. Aku taknak kau mati awal dulu," katanya selamba. Zulaikha memberi isyarat mata kepada Adyan untuk membuka gari tangannya.

"Menyusahkan jelah!!"

Adyan terus membuka gari tersebut. Zulaikha mengurut tangannya perlahan sebelum dia menjamu selera. Doa dibaca sebelum dia makan.

Adyan hanya memerhati gadis itu makan. Bibirnya mengukirkan senyuman sinis. Puas hatinya dapat menyeksa gadis itu.

Zulaikha menghabiskan makanan tersebut hingga licin. Dia sangat lapar kerana tidak makan selama beberapa hari.

"Alhamdulillah," kata Zulaikha dengan senyuman tipis. Adyan menjulingkan bebola matanya ke atas.

"Aku nak pergi toilet boleh tak? Aku dah tak tahan ni," ujar Zulaikha. Dia memang sudah tidak tahan untuk membuang air kecil. Adyan mengecilkan matanya.

"Kau nak larikan diri ke?"

"Taklah!! Aku dah tak tahan tahu tak? Kau nak aku kencing dekat sini ke apa? Kalau kau nak..boleh je," malas Zulaikha berkata.

"Eh!! Kau jangan nak berani buat macan tu eh? Tak senonoh langsung!!!" marah Adyan lalu membuka gari kaki Zulaikha.

"Cepat jalan!! Kau jangan berani nak larikan diri pula!!" keras Adyan berkata.

𝐈'𝐌 𝐍𝐎𝐓 𝐀 𝐌𝐈𝐒𝐓𝐑𝐄𝐒𝐒Where stories live. Discover now