SPECIAL CHAPTER

17.1K 514 47
                                    

"Abang..oh abang..." laung Nurul mencari suaminya. Matanya meliar mencari lelaki tersebut. Sejak dari tadi dia tidak melihat suaminya.

"Haihhh..mana pula dia pergi ni. Adoiii.." omelnya tidak puashati. Dia terus mencari Syed.

"BAH!!!"

"EH MAMAMU HITAM!!"

Pang!!!

"Auww!!

Nurul menampar pipi Syed secara tidak sengaja akibat terkejut. Gadis itu menutup mulutnya menggunakan kedua telapak tangannya.

Syed mengusap pipinya yang terasa sakit. Nurul hanya mampu tersengih dengan wajah yang tidak bersalah.

"Sayang ni!! Apa ni main tampar-tampar orang? Sakit tahu tak? Kalau pipi abang bengkak, siap sayang nanti!!" geram Syed. Nurul hanya membuat tidak tahu. Siapa suruh buat orang terkejut? Kan dah mendapat.

"Tak kisah pun. Siapa suruh buat sayang terkejut? Bukan salah sayanglah kan? Salah abang," protes Nurul.

"Abang cuma nak jadi sweet je dengan sayang,"

"Itu bukan sweet wahai abangku tercinta. Itu nak suruh sayang jumpa tuhan awal," balas Nurul malas. Kecil besar, kecil besar je dia tengok suaminya.

"Hehe. Janganlah marah. Kenapa sayang cari abang?" soal Syed lalu menarik tangan isterinya untuk duduk.

"Sayang nak ajak abang keluar jenguk Fryceyla. Kesian dekat dia. Keluarga dia langsung tak jenguk dia dekat sana," ujar Nurul kepada suaminya.

Semenjak gadis itu dimasukkan di rumah sakit jiwa, keluarganya tidak pernah menjenguknya. Tambahan pula, keluarganya memang tidak suka dengan dirinya sejak dulu lagi disebabkan sikapnya sendiri.

"Tak payahlah. Abang malas nak jumpa perempuan tak guna tu," dingin Syed berkata. Jika diingat perbuatan Fryceyla dulu memang dia tidak boleh maafkan. Disebabkan gadis itu, dia hampir kehilangan dan benci orang yang sayang.

Nurul mengeluh. Tangan suaminya diusap perlahan lalu dikucup. Syed hanya diam. Dia tahu gadis itu sedang memujuknya untuk pergi menjenguk Fryceyla.

"Abang, benda dah lepas. Dia pun manusia biasa. Sayang tahu dia banyak buat salah tapi tak salahkan kalau kita pergi jenguk dia walaupun sekejap?" kata Nurul tidak putus asa. Syed menarik nafas panjang sebelum perlahan-lahan dia mengganguk.

"Baiklah,"










Nurul dan Syed melangkah masuk ke dalam sebuah bilik dimana Fryceyla diletakkan. Mereka tidak membawa anak mereka sekali kerana Datin Mirah dan Dato Fikri membawanya jalan keluar bersama mereka.

Terlihat tubuh Fryceyla yang sedang bercakap seorang diri. Nurul jatuh kasihan terhadap keadaan gadis itu manakala Syed hanya memandangnya dengan pandangan kosong.

"Abang..abang taknak bercakap dengan dia ke?"

"Tak," balasnya sepatah. Nurul mengeluh. Genggaman tangan mereka berdua, dia leraikan lalu dia mendekati tubuh Fryceyla.

"Ceyla..kami datang ni,"

"HAHAHAHA. Lelaki bodoh!!! HAHAHAH. Perempuan tu pun sama je bodoh!! Memang layak mati je. Kesian sangat. Hmm..tapi aku cantik kan? Cantik kan," kata Fryceyla tanpa memandang wajah Nurul.

Nurul menundukkan kepalanya. Dia mengangat semula wajahnya lalu bahu gadis itu dipegang. Fryceyla tersentak. Dia menolak tubuh Nurul dengan kuat sehingga gadis itu jatuh.

"Sayang!!!!"

"Auchh!!"

"Kau siapa!! Kau nak bunuh aku ke? Tolong!!! Tolong!!!!" jerit Fryceyla dengan tangisan. Syed mendekati tubuh isterinya yang jatuh terduduk di lantai. Syed memandang Fryceyla tajam.

Gadis itu menjauh daripada mereka dan bersembunyi di sebalik tabir. Nurul turut melihat ke arahnya.

"Korang siapa hah!! Korang buat apa dekat sini? Korang nak bunuh aku? Aku tak salahlah!! Yang salah lelaki tu!!! Bukan aku!! Jangan bunuh aku!!! Arghh!! Tolonggg!!! Jangan bunuh aku!! Tolong..aku tak salah!!" rayu Fryceyla dengan esakkan. Keadaannya sudah tidak terkawal.

Pintu bilik dibuka, beberapa orang pekerja yang berada disitu menarik tubuhnya untuk duduk di atas katil lalu suntikan penenang diberikan kepada Fryceyla.

Perlahan-lahan mata gadis itu tertutup dan kembali tenang. Nurul dan Syed mengeluh kecil. Mereka hanya mampu mengeluh.

"Encik..maaf ye. Tapi sekarang pesakit perlukan rehat. Nanti encik datang lagi,"

Nurul dan Syed mengganguk faham dan melangkah keluar dari bilik tersebut. Syed menggengam tangan Nurul. Mereka jangan beriringan bersama.

"Sayang tak apa-apa?"

"Sayang okey. Abang jangan risau," balas Nurul lalu memberikan senyuman tipis. Syed mengganguk. Kepala isterinya dicium sekilas.

"Takpe, nanti kita jenguk dia lagi. Kita pulang eh?"

"Baik, abang," Nurul dan Syed bergerak pulang ke rumah mereka sambil berpimpinan tangan. Mereka sentiasa doakan yang terbaik untuk Fryceyla walaupun gadis itu sudah banyak melakukan kesalahan kepada mereka berdua.

𝐈'𝐌 𝐍𝐎𝐓 𝐀 𝐌𝐈𝐒𝐓𝐑𝐄𝐒𝐒Where stories live. Discover now