13

10.7K 477 39
                                    

Nurul menggosok matanya menggunakan telapak tangannya. Dia menguap seketika sebelum dia bangun dari tempat tidurnya.

Badan direnggangkan lalu dia menuju ke tingkat atas untuk melihat Syed jika berada di dalam bilik lelaki tersebut.

Nurul melihat jam dinding yang terdapat di rumah tersebut. Jam tersebut sudah menunjukkan pukul 8 pagi. Kaki melangkah menuju ke sebuah bilik yang tidak jauh dari tangga.

"Dia masih ada ke dekat dalam? Entah-entah dia dah keluar." kata Nurul dengan andaiannya sendiri. Dia berdiri lama di hadapan pintu tersebut.

"Ketuk jelah. Tak pun buka je pintu ni. Tapi kalau buka pula nanti dia marah aku pula sebab buka tanpa kebenaran. Macam mana eh?" Nurul berkata sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Apa-apa jelah. Lebih baik aku ketuk je."

Baru sahaja dia ingin mengetuk pintu tersebut. Syed terlebih dahulu membuka pintu itu dengan wajah yang dingin. Nurul terkejut. Dia mengundur sedikit ke belakang apabila lelaki itu keluar.

"Erk...ehem. Kau kenapa masih ada dekat sini? Bukan sepatutnya kau kena pergi kerja ke?" soal Nurul pelik. Syed memandangnya dari atas hingga bawah. Walaupun Nurul agak kurang selesa tapi dia beriak biasa.

"Kau siapa nak soal macam-macam dekat aku? Suka hati akulah nak dekat sini. Rumah aku bukan rumah—-"

"Kau lupa ke?"

"Lupa apa?"

"Kau lupa yang rumah ni adalah rumah aku juga. Kau sendiri yang kata aku boleh buat apa-apa kan?" kata Nurul kepadanya. Syed memandangnya lama. Gadis itu sangat lain. Bahasanya juga sudah berubah.

"Aku kata dekat kau kalau kau tak bersalah aku akan bagi kau harta aku tapi bukannya sekarang. Aku masih belum tahu kau bersalah atau tidak,"

"Sama je pun. Aku tetap isteri kau walaupun kau kata cuma isteri atas kertas," balas Nurul. Syed terdiam sebelum dia mengukirkan senyuman sinis. Dia mendekati Nurul dengan senyuman sinis yang terlakar di bibirnya. Mata mereka berdua bertaut.

Nurul memerhatikan wajah tersebut. Sangat kacak dan bersih. Tidak lepas dia memandang wajah milik Syed yang sangat dekat dengan wajahnya.

"Kau dah tunjuk belang kau kan sekarang? Pandai kau eh? Mula-mula je kau berlakon alim depan aku. Tapi sekarang dah nampak yang kau ni gila harta," ujar Syed sinis. Nurul turut mengukirkan senyuman sinis.

"Takde orang yang akan tunjuk belang dia pada awal lakonan dia. Memang aku berlakon alim dulu sebab nak dapatkan harta kau. Tapi kalau aku tak bersalah dalam hal yang jadikan kita berdua menjadi pasangan suami isteri. Aku nak kau bagi sebahagian harta kau dekat aku. Lagi pula kau dah janji dekat aku kan?" kata Nurul kepadanya. Syed tergelak.

"Perempuan murah!"

"Aku tak kisah kau nak kata apa pasal diri aku. Cuma yang penting kau mesti tunaikan janji kau kalau aku terbukti tidak bersalah," balas Nurul kepadanya.

"Okey. Aku akan tunaikan janji aku kalau kau memang terbukti tidak bersalah. Tapi kalau kau terbukti bersalah. Aku takkan lepaskan kau dan kau tahulah apa nasib kau nanti. Faham?" kata Syed dibalas anggukan dari Nurul. Syed menjauh sedikit dari Nurul lalu tangan kanannya dimasukkan ke dalam poket seluar sambil memandang Nurul.

"Aku nak keluar. Kita buat hal masing-masing. Kau buat hal kau. Aku buat hal aku. Kau tak payah nak masuk campur dalam urusan yang aku buat. Aku tak suka." kata Syed kepadanya. Nurul menjulingkan bebola matanya ke atas. Macam je dia nak sangat ambil tahu dalam hal yang dia buat.

"Aku tahulah,"

"Baguslah kalau kau tahu. Aku ingat kau tak tahu. Maklumlah yang kau tahu cuma harta je kan," balas Syed sinis. Nurul tidak menjawab. Dia hanya berdiam sahaja.

𝐈'𝐌 𝐍𝐎𝐓 𝐀 𝐌𝐈𝐒𝐓𝐑𝐄𝐒𝐒Where stories live. Discover now