14

10.7K 460 34
                                    

"Dia..."

Alvin memandang Nurul pelik. Sebelah keningnya dijongketkan melihat reaksi wajah gadis tersebut. Dia memusingkan kepalanya untuk melihat apa yang gadis itu lihat.

Alvin turut mengecilkan matanya untuk mengenal pasti wajah orang yang mereka berdua lihat. Dia juga terkejut melihat orang tersebut.

"Itu bukan kakak kau ke?"

Alvin mengajukan soalan kepadanya. Nurul tidak menjawab. Dia tekun melihat pasangan sejoli itu yang sangat gembira. Seketika hatinya berasa sebak kerana kakak kandungnya terlihat bahagia tanpa ada dia disisi.

"Iya. Memang kakak aku pun," balas Nurul hambar. Alvin memusingkan kembali kepalanya memandang Nurul yang jelas terpancar riak sedih pada wajahnya. Dia berasa kasihan. Bibirnya mengeluh pendek.

"Kau tak payah sedih sangatlah eh? Biarkan je dia. Dia lebih memilih kebahagiaan dia sendiri tanpa kau ada dekat sisi dia. Orang macam tu tak perlu untuk kita bersedih. Buang masa je," ujar Alvin memberi dia semangat. Dia tidak mahu gadis itu bersedih. Jujur dia tidak suka melihatnya.

"Aku cuma rindu kakak aku je. Aku rindu. Aku dah takde siapa-siapa dekat dunia ni. Cuma dia je keluarga yang aku ada. Tapi dia anggap aku ni macam bukan keluarga dia je. Dia tak pernah sekalipun jenguk aku. Tanya khabar aku. Tak pernah. Semenjak dia khawin dengan suami dia," sayu dia berkata kepada Alvin. Lelaki tersebut terdiam.

Nurul menundukkan kepalanya sebelum diangkat lalu berdiri. Alvin terkejut. Dia terus mengajukan soalan kepada gadis itu.

"Eh..kau nak pergi mana ni?"

"Aku nak jumpa kakak aku. Aku rindu dia. Aku nak peluk dia. Kau tunggu je dekat sini,"

"Eh..kejap! Aku ikut!"

Alvin berkata separuh menjerit. Dia mengikuti langkah Nurul dari belakang. Nurul berjalan dengan langkah yang sangat laju mengejar kakak kandungnya.

"Akak!!"

"Akak!!"

"Akak!! Tunggu!!!"

Nurul menjerit memanggil nama kakaknya. Gadis itu bersama suaminya menoleh ke arahnya yang semakin menghampiri mereka berdua. Nurul tersenyum gembira kerana mereka berdua menghentikan langkah mereka. Dia berlari anak menuju ke tempat gadis itu lalu memeluknya dengan erat.

Gadis itu terkejut. Begitu juga dengan suaminya. Alvin tersenyum kecil tapi matanya memandang ke arah suami kakak kepada Nurul.

"Akak..akak pergi mana je? Kenapa akak tak pernah jenguk Nurul? Akak tak rindu ke dekat Nurul? Nurul rindu akak sangat-sangat. Nurul bersyukur sangat Allah pertemukan kita dua kak," ujar Nurul dengan tangisan. Gadis itu tidak menjawab. Dia juga tidak membalas pelukan Nurul. Badannya hanya kaku.

"Akak..kenapa akak diam?"

"Kau siapa? Siapa kakak kau?"

Kata-kata yang terkeluar dari mulut gadis itu membuatkan Nurul terkejut dan merenung wajah kakaknya dengan lama. Dia tidak salah dengar ke?

"Akak..ni Nurul kak. Adik akak. Adik kandung akak," balas Nurul dengan mata yang berkaca. Gadis itu memandangnya dari atas hingga bawah.

"Sejak bila aku ada adik? Awak kenal ke dia ni siapa?" soal gadis itu kepada suaminya yang berada di sebelah.

"Tak kenal. Tapi dia kata dia adik sayang. Bukannya sayang kata adik sayang dah meninggal ke sama-sama dengan ibu dan ayah sayang?" ujar suaminya. Sekali lagi Nurul terkejut. Alvin yang berada disitu juga turut terkejut. Tidak berkelip mereka memandang wajah gadis itu.

"Memang betul adik sayang dah meninggal. Sayang tak kenal pun dia ni siapa. Mungkin dia salah orang ni," balas Siti Kasirah iaitu kakak kandung kepada Nurul. Sebenarnya waktu dia berkhawin dengan suaminya, dia tidak menjemput adiknya datang ke majlis dan memberitahu keluarga suaminya yang dia hanyalah anak yatim piatu dan sebatang kara. Oleh sebab itu, suaminya tidak mengenali Nurul.

𝐈'𝐌 𝐍𝐎𝐓 𝐀 𝐌𝐈𝐒𝐓𝐑𝐄𝐒𝐒Where stories live. Discover now