BAB 11 | DENDAM CINTA 2

7.8K 776 325
                                    

     "TERMENUNG jauh nampak?"

Marissa yang sedang mengambil angin malam tersentak dengan suara garau itu. Wajah dipalingkan melihat figura yang menegurnya tadi. Automatik, bibir tersungging senyuman manis.

"Awak rupanya, Adam. Saya ingatkan awak dah balik tadi."

Kening Adam terjongket.

"Aik, bunyi macam menghalau saya je ni?" seloroh Adam lantas menghamburkan tawa.

Marissa menjeling. Malas mahu melayan usikan Adam itu, kepalanya didongakkan memandang langit yang hitam pekat. Matanya bersinar-sinar melihat kerlipan bintang dan cahaya bulan. Cantik! Sesekali, lengannya digosok bagi menghasilkan haba. Sejuk pula malam itu. Angin sepoi-sepoi menampar lembut kulit mukanya. Tenang dan damai.

Melihat Marissa yang kesejukan itu, pantas Adam membuka jaket kulitnya. Disarungkan jaket tersebut ke tubuh Marissa. Marissa tidak menolak. Malah, ditarik jaket itu lagi membaluti tubuh.

"Sejuk je malam ni. Tenang sikit hati saya," ujar Adam. Dia turut memandang dada langit.

"Tak ada yang lebih menenangkan hati kita selain melihat keindahan alam," sambung Marissa pula.

Adam menggangguk kecil. Setuju dengan omongan wanita itu. Buat beberapa detik, hening mengambil ruang di antara mereka.

"Adam." Suara Marissa memecahkan sepi yang hampir lima minit bertandang. Adam lekas menoleh.

"Terima kasih," senyum Marissa. Anak matanya berlari-lari dan menikam sepasang mata hitam pekat itu.

Adam yang tidak mengerti lantas mengerutkan dahi. Namun, bibirnya turut mencorek senyuman saat wanita di hadapannya kala ini sedang tersenyum. Manis dan cantik pada pandangan matanya.

"Terima kasih untuk apa?"

"Terima kasih untuk hal semalam." Ringkas namun penuh tersirat apa yang disampaikan oleh Marissa.

Mulut Adam drastik berbentuk 'o'. Kini, barulah dia faham mengapa Marissa tiba-tiba saja mengucapkan terima kasih. Kepalanya terangguk-angguk pula.

"Small matter je tu. Sikit punya hal," gelaknya. Matanya yang sedia sepet semakin sepet dek ketawa.

"Small matter untuk awak. Tapi amat besar buat saya. Cuma saya nak tanya, macam mana awak ugut si Irfan tu untuk bagitahu semua rahsia Natalia? Awak buat apa pada dia?" soal Marissa, sedikit hairan. Keningnya mula bertaut. Nampaklah muka nak tahu tu.

Adam sengih.

"Awak nampak tangan dia berbalut semalam?"

Marissa angguk. Matanya terkelip-kelip ingin tahu lebih lagi.

"Sayalah yang buat dia jadi macam tu. Degil sangat taknak buka mulut. Nak juga pertahankan Natalia tu. Last-last, dia tak tahan, dia buka mulut juga akhirnya," beritahu Adam, senada. Mulutnya bersiul kecil selepas itu.

"Aw... awak buat apa?" Marissa telan liur. Lain macam Adam ni. Dia pula yang gerun.

Adam ketawa kecil. Lucu melihat muka takut-takut wanita itu.

"Relakslah, Jasmine. Saya tak buat apa pun. Saya cabut kuku dia je. Guna spanar. Hihihi." Tengkuk yang terasa gatal digaru. Adam berkata seolah-olah apa yang dilakukan kepada Irfan tidak memberi kesan kepadanya.

Manakala Marissa di sebelah sudah terbeliak biji matanya. Nasib baik tidak tersembul keluar. Punyalah tidak menyangka yang Adam akan melakukan perkara sebegitu terhadap Irfan. Ngeri pula bila dibayangkan kukunya dicabut.

3.0 | DENDAM CINTA 2 [OG]Where stories live. Discover now