BAB 22 | DENDAM CINTA 2

5.5K 546 270
                                    

HARI cuti begini, Adam lebih gemar menghabiskan masanya di bilik gim. Maklumlah, bukan senang dia nak dapat cuti. Setiap hari, setiap waktu, masanya akan dihabiskan di hospital. Ada saja panggilan kecemasan yang diterimanya. Jadi, waktu cuti ini akan dimanfaatkan sebaiknya.

Orang bujang, ini sajalah aktiviti yang dapat dilakukan seorang diri. Kalau ada bini, boleh juga dia bermanja. Eh silap, jangan katakan bini, bayang-bayang perempuan yang berjaya memenangi hatinya pun belum dijumpai lagi. Entah kenapa, muncul pula wajah Marissa di mindanya. Cepat-cepat Adam menggeleng. Lantas, dumbbell seberat sepuluh kilogram itu diangkat untuk melakukan senaman.

Hampir tiga puluh minit, dumbbell itu diletakkan semula. Adam sedut udara. Dahinya mula berkilat dengan peluh. Otot bicepsnya juga jelas kelihatan. Dia memandang pantulan diri di hadapan cermin di bilik gim tersebut. Tanpa sebarang baju di tubuh dan hanya mengenakan sehelai sweatpants. Memang seksi dan mampu memukau mata para wanita di luar sana. Kalau dia ada isteri, pasti wanita itu akan mengurungnya di dalam rumah. Eh, kau ni Adam! Dari tadi sebut pasal isteri saja! Fokus!

Kini, dia melakukan push up pula. Peluh membasahi tubuh kekarnya. Rambut messy Adam turut beralun mengikut rentak pergerakannya. Keringatnya jatuh mengena pada tikar senaman. Sungguh, setiap titis peluh itu amat melegakan. Seolah-olah segala kekusutan telah dibuang keluar melalui setiap titisan keringatnya. Hanya dengan cara ini saja Adam dapat melepaskan stres sekali gus, memenuhi nafsunya yang gemar akan bersenam.

Bagi Adam, inilah cara terbaik dia melapangkan fikiran. Berbeza pula dengan orang lain. Sesetengah daripada mereka, ada yang lebih suka menenangkan fikiran dengan melancong. Lain orang, lain aktiviti yang dilakukan.

Sedang dia sibuk mengeluarkan peluh, kedengaran loceng rumah bergema. Dahinya berkerut seribu. Siapa pula yang datang ke rumahnya awal pagi begini? Lantaran itu, Adam mengemas semula segala alatan senamannya lalu turun menuju ke tingkat bawah.

"Wow! Mengancam! Menggoda! Seksi!" Buka saja daun pintu, muncul wajah tak berapa kacak Yazid. Tersengih-sengih lelaki itu sambil menilik tubuh Adam yang tidak berbaju.

Adam menggulingkan bebola matanya. Jijik pula dia mendengar pujian Yazid. Kalau pujian itu datang daripada seorang gadis tidak mengapa juga. Ini tidak. Apatah lagi mata lelaki itu kelihatan nakal memerhati setiap inci tubuhnya. Terasa macam diperkosa pun ada juga ni.

"Kau jangan nak scan lebih-lebih, Yazid. Aku hempuk kepala kau nanti." Adam memberi amaran keras. Matanya terjegil. Bukan boleh percaya sangat si Yazid. Otak pemuda itu bukan kira. Yang bukan-bukan saja yang akan difikirkan nanti.

"Kau nak apa datang sini?" soal Adam apabila Yazid hanya menyengih aje dari tadi. Lelaki itu masih berada di luar. Selagi dia tak tahu tujuan kedatangan Yazid ke rumahnya, memang taklah dia nak pelawa orang kanannya itu masuk.

"Memandangkan sekarang baru pukul sembilan pagi, jadi saya ada belikan sarapan untuk tuan. Nasi lemak sambal sotong. Tuan dah breakfast?" Plastik berisi nasi lemak diangkat tinggi. Sudah lama dia kenal Adam. Jadi dia tahulah apa makanan kegemaran doktor muda itu.

Adam teguk liur. Ah, nasi lemak sambal sotong betul-betul menguji keimanannya. Sudahlah dia baru saja selesai melakukan senaman. Yazid pula datang membawa sarapan untuknya.

"Kau ni, aku baru je habis workout. Kau pula pagi-pagi dah bawa nasi lemak. Menambah kalori aku je. Masuklah," arah Adam seraya menjeling Yazid yang tidak lekang dengan sengihannya. Sia-sia je dia keluarkan peluh tadi.

"Sekali sekala apa salahnya, tuan. Lagipun saya tengok tuan busy lately ni." Yazid meletakkan sebungkus nasi lemak di hadapan Adam. Air kopi dibancuh. Memang kena makan nasi lemak dengan air kopi. Mahunya selepas ini mereka tersandar kekenyangan.

3.0 | DENDAM CINTA 2 [OG]Where stories live. Discover now