BAB 33 | DENDAM CINTA 2

4.2K 539 85
                                    

MARISSA pandang muka lencun Aini. Teresak-esak temannya itu menangis. Marissa menggeleng kecil. Lalu, tangan Aini dicapai dan digenggam erat.

"Janganlah menangis lagi, Aini. Aku bukannya nak mati dah. Kalau aku mati nanti, barulah kau menangis beria macam ni. Ouch!" Tak semena-mena lengannya dicubit geram oleh Aini. Mendecit sakit kawan tu dibuatnya. Marissa panjangkan muncung bibir. Merajuk konon-kononnya.

"Mulut kau memang nak kena cabai, kan? Sukalah tengok aku menangis macam ni? Dah macam badut muka aku tau tak!" Merembes-rembes air mata Aini. Dalam tengah marah pada Marissa, terselit juga rasa sedihnya. Kawan baiknya ini akan bertarung nyawa dalam beberapa detik saja lagi.

Mengekek Marissa gelak. Seluruh ahli keluarganya ada berkumpul di sini. Satu persatu wajah mereka Marissa pandang.

"Aunty, izinkan saya cubit anak aunty ni. Orang tengah sedih dia boleh gelak pulak!"

Datin Syarifah tersenyum seraya menyeka sisa air matanya. Sungguh tak sangka anaknya menderita selama ini. Besar dugaan yang Marissa hadapi.

"Ma... janganlah nangis. Mama buat Ris sedih." Tercebik bibir Marissa. Tangan didepakan apabila Datin Syarifah menghampiri. Berpelukan dua beranak itu.

"Mama minta maaf, sayang. Mama tak tahu yang Ris menderita selama ni. Kenapa tak cakap dengan mama yang Ris sakit, sayang? Kenapa tanggung semua beban ni sorang-sorang? Ya Allah, kesiannya anak mama..." ngongoi Datin Syarifah. Suasana pilu kian memenuhi ruang di wad tersebut. Dua beranak itu masih berpelukan erat.

Marissa makin lencun dengan air mata. Kepalanya digelengkan berkali-kali. Dia tak salahkan Datin Syarifah atas apa yang menimpa dirinya. Kalau boleh, Marissa tak mahu mamanya tahu yang dia sakit. Marissa tak mahu Datin Syarifah bersedih. Dia tak nak wanita yang bergelar ibu itu khuatir akan dirinya.

"Tak, ma. Bukan salah mama. Ris yang pilih untuk berahsia. Ris tak nak mama susah hati bila tahu Ris sakit. Biarlah Ris tanggung ni semua seorang diri. Mungkin ini balasan Allah kepada Ris sebab tak pernah nak dengar nasihat mama sebelum ni. Ris selalu ikutkan hati Ris. Ris tak pernah nak jaga hati mama. Ris minta ampun, ma. Ampunkan Ris ya, ma?" Tangan Datin Syarifah dicium bertalu-talu.

Semua yang berada di wad itu mengelap air mata. Aini paling terkesan sekali. Terhinggut-hinggut bahunya. Dia menangis bukan saja kerana sedih terhadap apa yang berlaku pada Marissa, tapi rasa bersalah pada temannya lebih membuak. Dia tak jujur dengan Marissa. Dia mengkhianati kepercayaan Marissa terhadapnya. Ada banyak perkara yang Marissa belum tahu. Namun untuk meluahkan semuanya, Aini tak mampu. Dia belum bersedia.

"Mama tak marah Ris, sayang. Mama dah maafkan semuanya. Cukuplah, Ris. Jangan seksa mama macam ni. Mama tak kuat tengok Ris menangis lagi. Mama alpa. Mama tak pernah ambil tahu apa yang berlaku pada Ris lepas Harraz kahwin lain. Kalau mama tahu kamu akan terseksa, mama akan halang perkahwinan tu, sayang. Mama takkan bagi Harraz menikah dengan perempuan tu. Maafkan mama, Ris. Maafkan mama."

Datin Kalsom memegang dada. Dia juga tak pernah nak ambil tahu tentang kehidupan anak menantunya selepas Harraz menikahi Natalia. Dek terlalu kecewa dengan keputusan anak lelakinya, dibiarkan menantunya itu hidup dalam gelombang rumah tangga. Langsung tak ambil tahu keadaan Harraz dan Marissa selepas itu.

Datin Kalsom anggap Marissa reda, cekal hati dengan kehidupan barunya. Ternyata dia silap. Menantunya menggalas beban yang tak mampu semua wanita dalam dunia ini pikul. Sehinggalah Marissa ambil keputusan membawa diri ke Ireland, barulah Datin Kalsom sedar betapa menderitanya Marissa. Sebagai ibu mentua, sepatutnya dia memberi sekongan kepada si menantu.

"Ris... maafkan mama ya, sayang?" Datin Kalsom mencium dahi Marissa. Didakap erat tubuh bekas menantunya.

Walaupun Marissa dan anaknya, Harraz sudah berpisah, namun ikatan keluarga diantara mereka takkan pernah terputus. Walaupun jodoh mereka tak panjang, Marissa tetap pernah menjadi menantunya. Kasih sayang Datin Kalsom tak pernah terpadam buat Marissa yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri.

3.0 | DENDAM CINTA 2 [OG]Where stories live. Discover now