BAB 41 | DENDAM CINTA 2

2.8K 164 35
                                    

"SHE'S pregnant." Wajah jatuh memandang jemari kaki sendiri. Tak berani si dia mahu angkat kepala menentang sepasang mata helang yang sedang merenungnya tajam. Harus dia akui, aura si adik sangat menggerunkan tika ini.

"Apa kau cakap?" Sekejap saja punat amarahnya kembali dijentik. Damian... Lelaki di hadapannya ini benar-benar sedang menguji dia.

Lemas.

Atmosfera dirasakan terlalu sesak sekarang. Jantung Damian berdegup kencang bilamana nada si adik mula kedengaran keras menusuk ke gegedang telinga. Payah-payah salivanya dipaksa tolak ke rengkung.

"Dee... Dia mengandung. Anak aku."

Buk!

Laju saja buku lima Harraz singgah pada wajah Damian. Tak cukup dengan itu, dicekak kasar kolar baju si kembar. Jelas biasan api kemarahan di kornea Harraz. Langsung tak peduli dengan siapa dia sedang mengadili sekarang.

"Dari dulu sampai sekarang, kau tak pernah nak berubah! Hei, tak boleh ke kau belajar kesilapan dari masa lalu kau? Kau memang tak pernah serik kan, Damian?" Suara Harraz menjulang keras.

Di mata dia sekarang, Damian itu ibarat semut. Mahu saja dipijak-pijak sehingga hatinya puas. Namun, mengenangkan di hadapannya ini adalah darah dagingnya sendiri, Harraz cuba pujuk hati agar bersabar lebih lagi meskipun tubuhnya sekarang sedang menggigil-gigil menahan amukan.

"Aku... Aku minta maaf..."

"Maaf kau bukan pada akulah, bodoh!"

Damian merengus kasar apabila dijerkah begitu. Sekali rentap saja, cengkaman pada kolar bajunya terlerai. Sekarang ni dia pula yang mahu mengamuk. Apa Harraz ingat, lelaki itu sorang saja ada baran?

"Kau tak payah nak berlakon baiklah... Kau dengan aku, tak ada beza. Dua-dua, sama-sama bodoh. Kau tak ingat apa yang kau buat dekat Marissa dulu?" Berdesir bibir Damian melepaskan tawa. Namun, bunyinya cukup sinis. Puas hati dapat mengenakan si adik pula. 

"Apasal kau diam? Betul kan apa yang aku cakap? Kalau nak ikutkan, perbuatkan kau tu lagi teruk. Sampai amnesia perempuan tu kau buat," selar Damian. Sengaja dia mahu menghangatkan lagi api yang sedang membara. Biar Harraz tahu, biar adiknya sedar diri, lelaki itu masih punya khilaf. Bukan terus mengadili dirinya seolah-olah Harraz tak pernah berbuat masalah.

"Tapi, semuanya berpunca dari kau juga! Kau yang jerat aku! Kau yang jadikan Marissa tu mangsa! Apa yang aku buat dulu, sebab aku buta, aku bodoh percaya dengan apa yang kau cakap tentang Marissa. Sekarang ni, kau nak letakkan semua kesalahan tu atas bahu aku sorang?" Lurus telunjuk Harraz di muka Damian. Abangnya itu kalau bercakap, memang ikut sedap mulut dia saja!

Menyeringai sinis, Damian langsung tak ambil peduli dengan bicara pedas Harraz. Belakang lehernya digosok sekadar meredakan bahang yang semakin hangat dirasakan.

"Kau yang salah, tak perlu tuding jari tu pada aku pula. Lagipun, kau tak rasa seronok ke dapat dua perempuan sekaligus? Walaupun Marissa tu aku tak pernah sentuh, tapi dia tetap bekas aku. Bekas kembar kau sendiri. Kau tak jijik?" 

"Kau!"

"Harraz! Stop it!"

Saat penumbuk naik ke udara, jeritan nyaring itu menerobos ke telinga. Kalih saja wajah, raut lembut itu yang menyapa pandangannya. Dee.

"What are you doing here?" Keras nada Harraz menyoal. Rasanya, sudah hampir berbulan dia tidak melihat wajah itu. Dan hari ini, Dee muncul di hadapannya.

Dee menarik nafas dalam-dalam. Ketat dadanya melihat pertelingkahan dua beradik itu tadi. Mujurlah dia sampai tepat pada waktu.

"Masalah takkan selesai kalau you guna kekerasan macam ni."

3.0 | DENDAM CINTA 2 [OG]Место, где живут истории. Откройте их для себя