BAB 23 | DENDAM CINTA 2

5.6K 651 276
                                    

"KENAPA dengan mata kau?" Tanpa salam, terus Aini menyergah Marissa yang ralit termenung. Terhinjut kecil bahu wanita itu. Aini dijeling tajam. Kut ya pun, bagilah salam dulu. Ini tidak, main terjah aje.

"Takde apalah." Ringkas jawapan Marissa. Namun tidak cukup untuk seorang Aini yang kepochi mendengarnya. Mata dipincilkan. Yakin, kawannya itu ada menyorokkan sesuatu daripada pengetahuannya.

"Bohong! Kau sorokkan apa daripada aku? Ni, mata kau bengkak macam baru lepas menangis. Baik kau cakap dengan aku Marissa, apa yang dah jadi? Harraz buat apa lagi kat kau? Dia ada pukul kau?" Ibarat butir peluru soalan Aini itu. Berdas-das dan bertalu-talu menuju ke arah Marissa.

Sebut je nama Harraz, terus naik dua tanduk di kepala Aini. Bengangnya pada lelaki itu masih belum berkesudahan. Mendidih aje darah dia kalau terbayang-bayang muka Harraz. Rasa nak bagi penumbuk kepada suami rakannya itu.

"Tak, dia tak pukul aku. Jujur Aini, dia layan aku baik beberapa hari ni. Dia Harraz Daniel yang aku kenal. Bukan kaki pukul, bukan jenis panas baran. Dia dah berubah. Tapi..." Marissa berjeda. Ada satu perkara yang menyesakkan sangkar dadanya. Nafas lemah dihela perlahan-lahan.

"Tapi apa lagi, Marissa? Jangan cakap kau kesiankan dia sebab dia dah berubah. Kau jangan buat pasal, Marissa. Kau tak ingat apa yang dia dah buat pada kau? Pada anak-anak kau? Anak-anak kau mati disebabkan bapa diaorang sendiri. Nyawa kau hampir melayang disebabkan suami kau. Kau lupa semua tu?" Naik turun dada Aini.

Tubir mata Marissa mula bergenang. Bibirnya diketap. Satu titik air matanya mengalir. Hati menjadi sakit tiba-tiba. Benci! Dia bencikan perasaan ini. Dia bencikan dirinya yang terlalu mudah jatuh sebegini.

"Tak, aku tak pernah lupa semua tu, Aini. Dia kejam, Aini. Dia kejam. Kenapa dia buat aku macam ni? Kenapa aku tak boleh bencikan dia? Kenapa rasa sayang tu perlu ada untuk dia lagi? Aku terseksa Aini. Hati aku sakit sangat-sangat bila ingat balik apa yang dia dah buat. Tapi dalam masa yang sama, aku tak mampu benci Harraz. Dia tetap seorang lelaki yang pernah aku sayang. Tapi sekarang ni... Aku tak tahu, Aini. Aku tak tahu. Aku buntu."

Aini mengeluh perlahan. Kesian tengok kawannya yang seorang ini. Dia tahu dilema yang Marissa tanggung. Separuh dari hati wanita itu masih sayangkan Harraz. Namun separuh lagi masih terkesan dengan apa yang berlaku. Kalau Aini di tempat Marissa pun, dia juga akan buntu. Buntu memikirkan hala tuju rumah tangga mereka ini.

"Look, Marissa." Tubuh Marissa dipusingkan. Tangan menyentuh jemari sahabatnya itu.

"Aku nak kau cari kebahagian kau sendiri. Tolonglah, Ris. Aku nak tengok kau bahagia. Aku tak nak tengok kau menangis lagi. Cukup-cukuplah derita yang kau lalui selama ni. Kalau perpisahan tu adalah jalan terbaik, kau berpisahlah dengan dia, Ris. Kalau perpisahan tu boleh buat kau bahagia, kauorang bincanglah baik-baik. Marissa, perkahwinan itu sepatutnya membahagiakan, bukan menyakitkan." Aini berjeda.

Terpukul dengan bicara Aini, makin deras cecair jernih itu mengalir. Bibir Marissa terketar-ketar. Merah padam wajahnya, diselangi esakan yang berlagu sayu.

"Sampai bila kau nak menderita macam ni, Ris? Berapa lama lagi kau nak seksa hati kau? Aku sedih, Ris. Sedih tengok kau macam ni. Kau satu-satunya kawan yang aku ada selepas arwah Lisa pergi. Kau sakit, aku pun rasa sakit yang sama. Sudahlah Marissa. Jangan seksa diri kau lagi." Aini turut menangis. Batang tubuh kawannya dipeluk kejap.

"Aku sakit, Aini. Aku tanggung perit ni dah terlalu lama. Dari mula dia berkahwin dengan Natalia, aku pendam rasa ni seorang diri. Aku terima Natalia sebagai madu aku walaupun masa tu, hanya Tuhan je yang tahu betapa remuknya hati aku bila tengok suami sendiri bernikah dengan perempuan lain. Aku tak rela berkongsi kasih dengan perempuan lain. Tapi aku paksa diri aku untuk terima semua ni. Kalau aku tak buat semua tu, apa akan jadi dengan Harraz dan family dia? Diaorang ugut nak bunuh Harraz! Suami aku akan dibunuh kalau dia tak bernikah dengan Natalia. Apa pilihan yang aku ada, Aini?"

3.0 | DENDAM CINTA 2 [OG]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang