Sammy

1 0 0
                                    

Sammy

"Kau nak pergi mana?" aku tanya.

Dia menggigit separuh Super Ring yang dah sedia kecil tu sambil kedua matanya mengecil memandang sana sini, tiada arah.

"Entah..." jawabnya, sambil mengunyah. Aku menjeling. Dia turut menjeling.

"Hish, oh dear Samuel," aku mengeluh. Dia kata dia nak mengembara, nak keluar, nak travel, tapi bila ditanya, macam tu je dia jawab. Aku menumbuk lembut bahu bidangnya tu. Hanya tersungging senyuman di bibirnya.

Angin bertiup menerbangkan daun-daun kering yang jatuh dari pepohon besar yang menghiasi sekeliling padang ini. Layang-layang pun semakin melayang tinggi. Suara angin ini lembut diselang selikan dengan gelak tawa dan teriakan bayi yang menghidupkan suasana di taman sebesar padang bola ini. Mataku cepat menangkap satu daun kering kecil mendarat di kepala Samuel.

Sebelum sempat aku ambil daun kering tu, dia sudahpun menggeleng, rambut curly curtain dia turut gerak beralun. Entah bila masa jemariku sudah sibuk bermain dengan curl dia tu. Cantik. Hitam kilat highlight balayage putih. Apabila ditanya, rutin penjagaan rambutnya hanyalah syampu 3 in 1. Heh.

Samuel merenyeh saat aku tersentuh belakang lehernya. Geram. Minda aku melayang kepada memori lama. Sampson mereluh di pangkuan riba aku. Selesa dia aku dahulukan walau kaki sudah mula naik kebas. Saat aku usap lembut dari pipi sehingga ke telinganya, Sampson merintih manja. Hati aku melompat dan bertubi-tubi ciuman hinggap di kepala si Sampson. Dia relakan sahaja diperlaku sedemikian rupa.

Satu batuk kecil dari Samuel mengembalikan aku ke alam realiti. Dia masih sibuk mengunyah. Jari aku kini mengusap rambut lurus sendiri, pendek dan ikal beralun di dahi. Pandai aku gayakan, dari pagi sampai sekarang masih elok terletak, aku sedikit kesal dengan tindakan spontan aku untuk membotakkan kepala aku beberapa bulan lalu. Tak cukup dengan tu, bila rambut mula tumbuh, aku bleach satu kepala!

Tak mengapa, sekurang-kurangnya sekarang Samuel cakap aku tampak comel dengan gaya rambut seperti Betty Boop! Yang berbeza hanyalah rambut aku coklat dan dia hitam gelap.

"Sammy come on, kau teringin nak pergi mana?" Aku tanya lagi. Mulutnya masih penuh dengan Super Ring yang tadi sudah berbaki sedikit, dan dia pandang aku, mengangkat bahu.

"Oh Sammy, muka kau macam candy taw tak?" Samuel mengerutkan hidungnya sambil menggeleng-geleng dan tiba-tiba dia melutut dan cuba untuk merapatkan hidung kami. Hangat terasa. Satu keluhan bebas dari bibir ini sebelum ia tersimpul kecil bila aku teringat lagi. Sampson juga akan buat perkara yang sama setiap kali aku membuat remark candy tu. Yang berbezanya Sampson ni menjilat. Lekit air liurnya di pipi hanya mampu aku lap dengan lengan baju.

Samuel cuba mencubit pipi cengkung ini dengan jemari yang oren dengan serbuk Super Ring. Aku tepis dan aku menekup mukanya sampai renyuk. Aku yang tergelak dulu bila dia hampir tersembur isi mulut. Seraya itu, dia bingkas bangun meloloskan diri dan mengeluarkan tisu basah dari beg lusuhnya dan mengelap mulut dan tangannya sehingga bersih. Tak cukup dengan itu, dia berlari-lari anak hampir ke hujung padang, tempat yang kurang manusia untuk membasuh tangan menggunakan air dari botol besi yang disarung beg rajut. Kata orang, Samuel gives off golden retriever vibe. Aku mengiyakan sahaja namun dalam diam aku menyangkal. Aku rasa aura dia lebih kepada Pyrenean shepherd: berdedikasi, energetic, bossy, ada perangai sikit. Aku tersenyum sendiri.

Aku merebahkan diri ke atas rumput beralas tuala berwarna hijau; terang sedikit pada warna rumput ni. Samuel kembali ke arah tapak berkelah ini dan membetulkan tuala dia pula, sebelum melabuhkan punggungnya di sebelah aku.

"Umm, tak pasti..." dia buka mulut. Aku memandang ke arahnya walau mata aku mengecil dek silau mentari tengahari.

"Umm, aku nak pergi banyak tempat," tangannya mendepa luas, kejap-kejap dia mencapai langit setinggi-tinggi yang boleh, seperti mengusap sesuatu yang tidak kelihatan. Aku lihat kuku-kuku jemarinya yang dicat polka dot hitam bertanahkan warna putih. Kemas kejadiannya.

Dia kemudian mengangguk dan memandang aku. Aku tak pasti apa maksud pandangan tu tapi dia tampak... sedikit kesal? mungkin. Pandangan tu juga penuh dengan pengharapan. Mungkin sebab bentuk matanya yang besar dan sedikit bulat: mengeluarkan aura innocent-look. Mata aku pula seolah-olah aku perlukan kacamata. Sentiasa kelihatan seperti sedang dipanah silau panas matahari. Untuk itu, aku sentiasa memadankan tidak kira rupa pakaian aku dengan sepasang bulu mata palsu yang ekstra panjang, feathery, berjelaga. Ya, mereka berat. Hari ini aku turut oleskan eyegloss oren yang berkilau pada kelopak mata.

"...dan yang pasti, misi aku, aku nak pergi mana kau pergi, Chloe." dia tersenyum menampakkan gigi taring yang sebelah tu. Dia sentuh hujung kening kiri aku tanpa sebab tapi aku membiarkan sahaja. Hati aku! Out of control! Jerebu cinta dah datang.

Tapi, secepat itu jerebu cinta tadi hadir secepat itu juga rasa terkilan timbul dalam diri ini. Ugh, Sampson pun sama. Walaupun dia tak boleh bercakap tapi perbuatannya mengekori aku ke mana-mana sudah cukup memadai untuk buat aku faham. Right behind me everywhere I turn. Tahu sahaja dia aku kat mana. Namun, impian Sampson tidak kesampaian. Dia tiada hari ini di sisi aku. Dia suka keluar terutamanya waktu musim panas begini. Dia misti suka taman ni. Mungkin dia hanya ditakdirkan untuk mengekori aku setakat ke balkoni kecil, dapur, bilik mandi dan juga bilik tidur aku. Pujuk diri aku sendiri.

I'm all up in a love haze

So where do we go? Na-na

Tiba-tiba Samuel menyanyi baris-baris tu, seolah-olah mengetahui apa yang sedang berlaku dalam dada aku!

"Okay, fuck, I love this song!" Respon aku, muka bersahaja. Dia bersetuju. Samuel baring dan aku menghulurkan beberapa baby carrot yang aku bungkus dari rumah ke mulutnya yang sedang menanti manakala matanya sibuk memandang skrin telefon pintar. Semenjak aku prank dia makan biskut tetapi sebenarnya lobak merah, baby carrot dah menjadi snek hariannya. Dia suka lobak rupanya. Satu kisah prank yang gagal. Sebiji perangai Sampson. Sampson tetap menggoyang-goyangkan ekornya walaupun ditipu. Maafkan aku! Hati aku menjerit.

Giliran aku pula menyentuh, mengukir keningnya dengan ibu jari aku. Cukup sempurna. Aduh. Hati ini membuak-buak. Susah untuk aku sembunyikan keghairahan ini. Keningnya itu melengkapi setiap ciri fizikal di wajahnya. Wajah dia, could have the hearts of so many, many! Aku serius! Tak bias. Tak cukup dengan kontor tiap lekuk wajah dia yang sempurna, ditambah pula dengan kemanisan perwatakannya. His candy sweet little face!

Aku kemudian membaringkan diri bertentangan dengan Samuel. Hanya hujung kepala kami bersentuhan. Kami memandang langit biru yang penuh dengan awan tebal dan putih seperti kapas yang terapung-apung.

Kepada Sampson, I'm glad, aku ada di sisi sepanjang hayat kau. Kepada Samuel, akan aku heret kau ke mana sahaja, my love.

Sammy, I'm so glad that you're mine.

(1060 patah)

SONGS

- Sammy by Chloe Moriondo (heavily inspired)

- Out of Control by Gloria Tells

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 16, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The Hypocrite CreaturesWhere stories live. Discover now