Khalid Saifullah Al-Maslul

36 3 0
                                    

Pemuda gagah yang menggegarkan dunia ini lahir pada 592 Masihi dan salah seorang daripada sahabat Rasulullah. ,Lahir di kalangan Bani Quraisy, yang sememangnya memusuhi perjuangan nabi, Khalid seolah-olah mewarisi semangat itu daripada Bani Quraisy.

Ketika Perang Uhud antara tentera Islam dan kafir Quraisy menyaksikan bagaimana Khalid sudah mula menunjukkan potensi untuk menjadi seorang panglima dan jeneral perang yang hebat. Khalid Al-Walid memeluk Islam selepas Perjanjian Hudaibiyah menyaksikan bagaimana seorang panglima perang yang bakal menempa nama sebagai antara jeneral perang yang tidak pernah kalah dalam peperangan sebaris dengan Alexander The Great dan Genghis Khan.

GERALAN PEDANG ALLAH

Pertempuran Mut’ah menyaksikan bagaimana Khaldi Al-Walid menempa nama gelaran 'Pedang Allah' oleh junjungan besar Rasulullah kepada Khalid. Ada sebuah kisah hebat yang harus dijadikan pendoman oleh kita semua.

Junjungan besar Rasulullah telah menghantar utusan ke pemerintah Syria yang ketika itu menjadi naungan kepada Empayar Rom. Namun, ketika dalam perjalanan utusan tersebut telah dibunuh oleh ketuak puak Ghassanid yang memerintah Syria dan ini telah melanggar peraturan di dalam peperangan di mana seorang utusan adlaah dilarang untuk dibunuh.

Untuk menuntut kembali di atas apa yang berlaku, maka dikisahkan 3000 orang askar Islam telah disusun oleh Rasulullah untuk menuntut kembali apa yang dilakukan oleh puak arab Ghassanid.

Mereka adalah Zaid bin Harithah, Ja’afar bin Abu Thalid dan Abdullah bin Rawahah. Jika Zaid telah syahid, maka Jaafar akan mengambil alih daripadanya, dan begitu juga jika Jafar syahid, maka Abdullah akan mengambil alih daripada Jaafar jawatan jeneral perang.

Ditakdirkan bahawa tentera Islam harus berdepan dengan 300, 000 orang tentera Rom ketika dalam perjalanan dan tiga orang jeneral perang ini telah syahid ketika pertempuran. Maka, ditakdirkan bahawa Khalid Al-Walid untuk mengambil peranan menjadi jeneral perang.

Tugas Khalid yang baru adalah bagaimana dia membawa bala askar askar 3000 orang itu kekal hidup melawan 300, 000 orang tentera Rom. Maka, di sinilah dunia mula mengenali betapa Khalid adalah seorang jeneral perang yang tersangat genius.

Diceritakan bahawa sepanjang pertempurna itu, Khalid menggunakan kelebihan askar yang kecil untuk menggerakkan askarnya ke merata tempat, sekadar terlibat dalam pertempurna kecil dan mengelakkan pertempuran besar.

Khalid menceritakan bagaimana perang tersebut begitu epiknya sehinggakan 9 pedang yang digunakan oleh Khalid patah dan menggunakan pedang terakhirnya untuk kekal bernyawa.

Menyedari bahawa tentera Islam bukan tandingan untuk bertempura 300, 000 orang tentera Rom, maka Khalid telah merencanakan sebuah strategi yang maha bijak.

Pada suatu malam setelah lama bertempur, maka Khalid membuat keputusan untuk menukarkan posisi askar-askarnya.

Mengubah formasi dan posisi barisan ketenteraan, dengan barisan hadapan diletakkan di belakang, sayap kanan diletakkan sebelah kiri dan sebaliknya. Kemudian bahagian hadapan itu diminta untuk memegang bendera baru.

Berkat strategi ini memberikan kemenangan moral kepada tentera Islam, apabila tentera Rom begitu takut dan terkejut melihat ‘barisan baru’ tentera Islam seolah-olah seperti tentera Islam mendapat bantuan luar. Disebabkan perbezaan pendapat sesama mereka, tentera Rom saling bertelagah dan bertempur sesama sendiri.

Pada akhirnya, Khalid telah mengarahkan tenteranya menggerakan kuda di tempat setempat beberapa kali untuk menghasilkan debu yang banyak seolah-olah meninggalkan impresi bahawa tentera bantuan daripada Madinah dalam jumlah yang tidak terhitung banyaknya baru sahaja tiba.

Nu'aiman Bin Amr Where stories live. Discover now