Siapa Ukasyah?

15 2 0
                                    

SAAT itu baginda Rasulullah telah jatuh sakit agak lama sehingga keadaan beliau sangat lemah.

Pada suatu hari, Rasulullah meminta Bilal memanggil semua sahabat datang ke masjid. Tidak lama kemudian, penuhlah masjid dengan para sahabat. Semuanya merasa rindu setelah agak lama tidak mendapat taushiyah dari Rasulullah.

Baginda duduk dengan lemah di atas mimbar. Wajah beliau terlihat pucat kerana menahan sakit yang tengah dideritanya.

Kemudian Rasulullah bersabda,
"Wahai sahaba-sahabat ku semua. Aku ingin bertanya. Apakah telah aku sampaikan semua kepadamu bahawa sesungguhnya Allah itu adalah satu-satunya tuhan yang layak disembah?"

Dan sahabat pun menjawab,
"Benar ya Rasulullah."

Kemudian Rasulullah bersabda,
"Persaksikanlah ya Allah. Sesungguhnya aku telah menyampaikan amanah ini kepada mereka."

Kemudian Rasulullah bersabda lagi dan setiap apa yang Rasulullah bersabdakan selalu dibenarkan oleh para sahabat.

Kemudian Rasulullah bersabda,
"Sesungguhnya aku akan pergi menemui Allah. Dan sebelum aku pergi, aku ingin menyelesaikan segala urusan dengan manusia. Maka aku ingin beetanya kepada kalian semua. Adakah aku berhutang kepada kalian? Aku ingin menyelesaikan hutang tersebut. Kerana aku tak mahu bertemu dengan Allah dalam keadaan berhutang dengan manusia."

Rasulullah mengulangi pertanyaan itu sebanyak tiga kali. Tiba-tiba bangun seorang lelaki yang bernama Ukasyah, seorang sahabat mantan preman sebelum masuk islam. Dan dia berkata,
"Ya Rasulullah, aku ingin sampaikan masalah ini. Seandainya ini dianggap hutang, maka aku minta engkau selesaikan. Seandainya bukan hutang, maka tidak perlulah engkau berbuat apa-apa."

Rasulullah berkata,
"Sampaikanlah wahai Ukasyah."

Maka Ukasyah pun mulai bercerita,
"Aku masih ingat ketika perang uhud dulu, suatu ketika engkau menunggang kuda, lalu engkau pukulkan cemeti ke belakang kuda. Tetapi cemeti tersebut tidak kena pada belakang kuda, tapi justeru terkena pada dadaku. Kerana aku berdiri dibelakang kuda yang engkau tunggangi itu, wahai Rasulullah."

Mendengar itu Rasulullah berkata,
"Sesungguhnya itu adalah hutang wahai Ukasyah. Kalau dulu aku pukul engkau, maka hari ini aku akan terima hal yang sama."

Dengan suara yang agak tinggi, Ukasyah berkata,
"Kalau begitu aku ingin segera melalukannya, wahai Rasulullah."

Ukasyah seakan-akan tidak merasa bersalah mengatakan demikian. Sedangkan ketika itu sebahagian sahabat berteriak marah kepada Ukasyah.

"Sesungguhnya engkau tidak berperasaan Ukasyah. Bukankah baginda sedang sakit?"

Ukasyah tudak menghiraukan semua itu.

Rasulullah memerintahkan Bilal untuk mengambil cambuk dirumah Fatimah. Kemudian Fatimah bertanya,
"Untuk apa Rasulullah meminta cambuk ini, wahai Bilal?"

Bilal menjawab dengan nada sedih,
"Cambuk ini akan digunakan Ukasyah untuk memukul Rasulullah."

Terperanjat dan menangislah Fatimah seraya berkata,
"Kenapa Ukasyah hendak memukul ayahku Rasulullah? Ayah sedang sakit. Kalau hendak memukul, pukullah aku anaknya."

Bilal menjawab,
"Sesungguhnya ini adalah urusan antara mereka berdua."

Bilal membawa cambuk tersebut ke masjid lalu diberikannya kepada Ukasyah. Setelah mengambil cambuk tersebut, Ukasyah menuju kehadapan Rasulullah.

Tiba-tiba Abu Bakar berdiri menghalangi Ukasyah sambil berkata,
"Ukasyah, kalau kamu hendak memukul Rasulullah, pukullah aku!"

Ukasyah menuju kehadapan Rasulullah. Kemudian Umar bin Khattab berdiri menghalangi Ukasyah sambil berkata,
"Ukasyah kalau engkau mahu mukul, pukullah aku. Dulu memang aku tidak suka mendengar nama Muhammad, bahkan aku pernah berniat untuk menyakitinya. Itu dulu. Sekarang, tidak boleh ada seseorang pun yang boleh menyakiti Rasulullah. Kalau engkau berani menyakiti Rasulullah, maka langkahi dulu mayatku!"

Ukasyah menuju kehadapan Rasulullah, dan tiba-tiba berdirilah Ali bin Abi Thalib sepulu sekaligus menantu Rasulullah. Dia menghalangi Ukasyah sambil berkata,
"Ukasyah, pukullah aku saja. Darah yang sama mengalir pada tubuhku ini, wahai Ukasyah."

Ukasyah semakin dekat dengan Rasulullah. Tiba-tiba tanoa disangka, bangkitlah kedua-dua cucu kesayangan Rasulullah yaitu Hasan dan Husain. Mereka berdua memengangi tangan Ukasyah sambil berkata,
"Wahai paman, pukullah kami paman. Kakek kami sedang sakit. Pukullah kami wahai paman. Sesungguhnya kami ini cucu kesayangan Rasulullah."

Begitu sampai di tangga mimbar, dengan lantang Ukasyah berkata,
"Bagaimana aku mahu memukul engkau ya Rasulullah? Engkau duduk diatas dan aku dibawah. Kalau engkau mahu aku pukul, maka turunlah kebawah sini!"

Memang manusia terbaik. Kekasih Allah itu meminta beberapa sahabat memapahnya turun. Rasulullah didudukkan pada sebuah kerusi, lalu dengan tegas Ukasyah berkata lagi,
"Dulu waktu engkau memukul aku, aku tidak memakai baju, ya Rasulullah."

Para sabahat sangat geram mendengar perkataan Ukasyah. Tanpa berlama-lama dalam keadaan lemah, Rasulullah membuka bajunya. Kemudian terlihatlah tubuh Rasulullah sangat indah. Beberapa batu terikat diperut Rasulullah bertanda Rasulullah sedang menahan lapar.

Kemudian Rasulullah berkata,
"Wahai Ukasyah, segeralah dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Nanti Allah akan murka padamu."

Ukasyah langsung membuang cambuk ditangannya itu jauh-jauh. Kemudian ia memeluk tubuh Rasulullah seerat-eratnya sambil menangis sejadi-jadinya.

Ukasyah berkata,
"Ya Rasulullah, ampuni aku. Maafkan aku. Mana ada manusia yang sanggup menyakiti engkau, ya Rasulullah. Sengaja aku melalukannya agar aku dapat merapatkan tubuhku dengan tubuhmu. Kerana engaku pernah mengatakan;
Barang siapa yang kulitnya pernah bersentuhan denganku, maka diharamkan api neraka keatasnya.
Seumur hidupku, aku bercita-cita memelukmu."

Rasulullah sambil tersenyum berkata,
"Wahai sahabatku semua, kalau kalian ingin melihat ahli syurga, maka lihatlah Ukasyah."

— 🥹🫶🏻

"andai ada yang salah atau silap, kau orang boleh tegur aku. kita sama-sama kongsi ilmu walaupun hanya satu huruf, insyallah :)"
— K

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 21 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Nu'aiman Bin Amr Where stories live. Discover now