Suatu hari,ada sekumpulan kanak-kanak masuk ke dalam masjid untuk bermain perang-perang.
Lalu Rasulullah bertanya, "Wahai Humairah,adakah kamu ingin melihat mereka ?"
" Ya," jawab Aisyah
Maka Rasulullah mendukung Aisyah dan berdiri di ambang pintu. Dagu Aisyah diletakkan pada bahu Rasulullah,pipi Aisyah pula menempel pada pipi Rasulullah.
Setelah sekian agak lama...
Rasulullah bertanya, " Adakah kamu merasa puas ?"
"Belum Ya Rasulullah," jawab Aisyah.
Maka Rasulullah kembali mendukung Aisyah dan selang beberapa ketika, Rasulullah bertanya lagi soalan yang sama dan Aisyah masih berikan jawapan yang sama.
Sebenarnya, Aisyah tidak tertarik dengan permainan kanak-kanak tadi, tapi Aisyah hanya ingin agar kaum wanita dan isteri-isteri Rasulullah yang lain tahu akan keadaan dan kedudukan Aisyah dihati Rasulullah.
YOU ARE READING
Nu'aiman Bin Amr
RandomSejujurnya ini buka kisah tentang Nu'aiman sahaja :) Andai ada salah atau silap dimana-mana,kau orang boleh tegur aku. Jangan segan-segan sama aku. Aku tak makan kau,aku ma-