Uqbah Bin Mu' it Meletakkan Najis Semasa
Nabi Muhammad Sedang SolatPada suatu hari, Muhammad bin Abdullah sedang sembahyang di Kaabah. Pembesar-pembesar Quraisy melihatnya sambil mengejek beliau. Tiba-tiba, ada orang datang menyembelih unta di Kaabah.
Pembesar-pembesar Quraisy cabar-mencabar antara mereka siapa yang berani mengambil perut-perut unta yang berdarah dan bernajis itu dan meletakkannya di atas kepala Muhammad yang sedang sujud di Kaabah.
Uqbah bin Mu'it, jiran Muhammad bangun dan berkata, "Aku yang akan melakukannya."
Dia pun pergi mengangkat tali-tali perut itu dan meletakkannya di atas kepala Muhammad yang sedang sujud itu. Uqbah dan pembesar-pembesar Quraisy yang lain ketawa terbahak-bahak sampai bergoyang-goyang badan mereka.
Muhammad terus sujud tidak bergerak-gerak. Perut-perut unta itu terus berada di atas kepala Muhammad yang sedang sujud itu sehinggalah Fatimah lalu di situ.
Dia yang membuang kotoran-kotoran itu sambil menangis
melihat penghinaan dan ujian yang ditanggung oleh Muhammad, ayahnya.Apabila Muhammad bangun daripada sujudnya, beliau memerhati mereka semua. Lantas Muhammad berdoa dan menyebut setiap nama mereka yang ada pada masa itu.
Mengikut cerita perawi hadis ini, "Aku melihat setiap orang yang Muhammad sebut itu semuanya mati terbunuh di perang Badar."
YOU ARE READING
Nu'aiman Bin Amr
RandomSejujurnya ini buka kisah tentang Nu'aiman sahaja :) Andai ada salah atau silap dimana-mana,kau orang boleh tegur aku. Jangan segan-segan sama aku. Aku tak makan kau,aku ma-