SITI NAPIAH

4.3K 35 2
                                    



eperti biasa aku akan sampai ke sekolah diantara jam 6.40 atau 6.50 
pagi. Aku memang suka datang awal ke sekolah. Dapat buat banyak kerja 
sebelum mula mengajar. Untuk memastikan aku dapat masuk pejabat, aku 
pegang satu salinan kunci pejabat.

Apabila aku sampai Siti Napiah sudah sedia menanti di pintu pejabat 
yang masih berkunci. Pembantu makmal yang cantik dan manis ini 
menyambutku dengan senyuman. Wajahnya semakin cantik dan manis apabila 
dia mengorak senyum.

“Awal awak sampai.” Aku menyapanya dengan mesra.

“Saya nak lawan cikgu.” Jawabnya bersahaja. “Takkan cikgu saja nombor 
satu. Saya pun nak juga.” Suaranya semakin manja. Lunak pulak tu.

Aku tersenyum sambil membuka kunci pintu pejabat dimana terletaknya 
buku rekod kehadiran guru dan kakitangan sokongan. Aku melangkah 
masuk. Siti Napiah melangkah sama.

“Bersemangat betul awak ya. Nak lawan saya datang awal. Tak apa… besok 
saya datang lagi awal.” Aku berkata sambil menulis nama pada buku 
rekod kehadiran guru.

Siti Napiah mengambil buku rekod kehadiran kakitangan sokongan. 
Kemudian dia menulis namanya. “Bukan bersemangat sangat cikgu.” Siti 
Napiah bersuara ketika dia menulis namanya. 

“Sebenarnya saya ikut suami saya. Dia kena keluar pagi. Saya terpaksalah keluar pagi. Lagi 
pun di rumah bukan ada kerja sangat. Sarapan pun kat kantin.” Dia 
meneruskan penerangannya.

Pagi ini nampaknya dia begitu ramah. Biasanya dia cuma tersenyum bila 
aku menyapa. Aku mengambil peluang ini untuk terus berbicara dengan 
pembantu makmalku yang cantik manis ini.

“Anak awak siapa uruskan?” Tanyaku lagi.

“Mana saya ada anak cikgu.” Jawabnya berselamba.

“Awak belum ada anak?”

“Entahlah cikgu. Sudah nasib saya.” Jawabnya macam orang kecewa.

“Janganlah kata begitu. Kita kena berusaha.” Aku cuba memujuk. “Awak 
dah berubat?”

“Buat apa saya yang berubat? Salahnya bukan saya.” Dia tiba-tiba 
melenting, tetapi suaranya tidak tinggi.

“Macam mana awak tahu. Awak dah periksa doktor?”

“Tak payah periksa pun tak apa cikgu.”

“Awak tak boleh kata begitu. Dalam hal ni kita perlu dapat pengesahan 
doktor.”

“Buat apa dapatkan pengesahan doktor. Membazir waktu sahaja.”

“Kenapa awak kata macam tu?”

Sebelum menjawab pertanyaanku aku nampak dia melihat kiri kanan. Belum 
ada guru atau kaki tangan sokongan lain yang datang. “Cikgu tolong 
jangan beritahu sesiapa ya. Ini rahsia.” Tiba-tiba dia berbisik.

Aku terdiam sejenak. Hatiku bertanya, apalah besarnya rahsia sicantik 
manis ini. Kemudian aku berkata, “Baiklah saya berjanji akan rahsiakan 
apa yang kata nanti.”

“Janji ya cikgu. Kalau tidak saya tak kawan cikgu.” Dia berkata. Kata- 
katanya itu macam kata-kata kanak-kanak. Setelah itu dia menghampiri 
aku sehingga aku boleh terhidu keharuman minyak wangi yang dipakainya. 
Dia berbisik lagi. “Sebenarnya cikgu…… suami saya tu tak berfungsi.”

“Tak berfungsi? Betul ke?”

“Betul cikgu. Kan saya ni isterinya.”

“Sejak bila dia tak berfungsi?” Aku cuba korek ceritanya lagi dalam.

KISAH dari INTERNET 2.0Where stories live. Discover now