Ditinggalkan Kekasih

3.2K 19 0
                                    

Akhirnya aku pulang ke tanah air. Pulang kepangkuan orang yang aku sayang. Perkara pertama yang aku lakukan sebaik sahaja kakiku menjejak bumi bertuah ini, aku menghubungi Suria. Tiada jawapan. Kemana agaknya dia pergi?

Aku lihat jam ditangan, baru pukul 4.15 petang. Patutlah, mungkin dia masih lagi dipejabat. Ahh.. Takpe, aku nak buat supprise kat dia, fikirku lagi.

Selepas 3 bulan berlayar dilautan, anak-anak kapal ini dahagakan hiburan. Masing-masing mahu mencari tempat untuk melepaskan nafsu serakah. Nafsu yang telah dikekang untuk tempoh waktu yang agak lama. Ada juga pelacur-pelacur jalanan yang sudah sedia menunggu, tapi itu semua tidak perlu. Aku cuma mahukan Suria, hanya dia yang aku rindu.

Dalam pada itu, banyak mata-mata yang memandang ke arahku. Mungkin kerana aku segak, dengan pakaian seragam atau mungkin kerana aku yang berkulit sawo matang yang sah keturunan melayu. Dalam aku mengelamun, sebuah teksi lalu dihadapanku. Aku terus menahannya dan sebentar kemudian aku sudah berada dalam perut teksi, Pelabuhan Klang aku tinggalkan dan menuju pulang.

Tiada apa yang berubah, fikirku, sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam apartmen itu. Apartmen yang aku tinggalkan selama 3 bulan kerana pergi bertugas. Kerusi kayu jati beralas kusyen bersarung putih itu juga masih berada ditempat yang sama, kerusi dimana aku menghabiskan saat-saat indah bersama Suria, sebelum aku berangkat. Sunyi sepi.

Suria masih enggan mengubah suai letak perabut diapartmennya, mungkin dia mahu semangat aku tetap bersama dia sepanjang ketiadaan aku. Maklumlah, kami yang sama-sama menghias apartmen ini.

Katil besar dari kayu jati ditutupi cadar putih terhampar kemas. Tingkapku buka, membiarkan udara segar dari hutan berhampiran masuk ke dalam bilik itu. Jam sudah pukul 5.30. Kejap lagi Ash akan pulang dari kerja. Aku akan tunggu dia diruang tamu, di atas kerusi jati itu. Dan aku tidak bercadang pun untuk menukar pakaianku.

Aku duduk bersendirian di situ, menunggu dan terus menunggu. Sebentar kemudian aku terdengar bunyi di luar pintu. Dari bayang-bayang celahan bawah pintu, aku dapat melihat ada seseorang di luar sana. Kedengaran kunci pintu dibuka. Suria melangkah masuk ke dalam tanpa menyedari aku yang sedang duduk menunggunya..

Hi.. Sapaku perlahan sambil tersenyum.

Suria terperanjat, segera dia menoleh. Mata kami bertentang. Dari mukanya, aku tahu dia sedikit terkejut. Dia cuma diam, tidak bersuara. Dia terus melangkah ke pintu kaca untuk membukanya, lantas melangkah keluar ke balkoni dan membuang pandangannya jauh ke banjaran Titiwangsa.

Hmm.. Dia marah pada aku lagi agaknya, bisik hatiku. Aku akui, malam terakhir sebelum kami berpisah, memang ada sedikit pertengkaran. Aku tahu, tapi apa lagi yang boleh aku buat, sudah kehendak tugasku begitu. Dia melangkah masuk kembali, menuju kedapur untuk mengambil air.

Aku perhatikan setiap langkahnya. Inilah yang aku suka. Setiap kali selepas aku pulang dari luar negara, aku rasa sedikit asing dengannya. Seolah-olah baru kali pertama berjumpa. Seolah-olah aku jatuh cinta sekali lagi dengan dia.

Semuanya jadi seperti baru. Walaupun kami lover, jarang sekali kami beromantik-romantik. Kami lebih senang berlagak seperti dua orang sahabat karib. Dia keluar dari dapur dengan segelas minuman ditangannya. Terus dia duduk di atas sofa bertentangan. Dia melihat aku. Aku tahu, dia sebenarnya gembira, tapi cuma dia tidak tahu bagaimana hendak menunjukkan kegembiraannya itu.

Mungkin jangka waktu 3 bulan membuatkan kami menjadi segan. Sebab tiba-tiba, kami rasa malu, rasa macam baru berkenalan dan bersua mata. Ahh.. Aku mesti mulakan sesuatu, fikirku.

Aku takkan habiskan petang indah ini dengan merenung dia, aku mahukan dia, aku rindukan belaian dia, dan aku rindukan bau tubuhnya. Perlahan aku merangkak merapati dia. Pinggangnya kurangkul. Dia masih senyap.

KISAH dari INTERNET 2.0Where stories live. Discover now