Disebalik redup matamu.

3.5K 22 1
                                    

Izati adalah nama yang saling meniti dari bibir ke bibir murid-murid SMKxyz. Usia 16 tahun memang usia yang paling mencabar. Kawan-kawan sekelas merasa cemburu dengan kejelitaan Izati. Namun semuanya diketepikan dan dipanang remeh oleh Izati, yang utama adalah pelajaran dan cita-citanya ingin menjadi seorang peguam wanita.

"Zati, kita masuk kelab puteri Islam esok nak?" Pelawa teman Izati, sambil menepuk bahu Izati. Lamuan Izati sejak tadi melihat kawan-kawan sedang berkerumun di kantin sekolah melayang entah kemana.

"Malas ler..., kena pakai tudung, rimas.. panas ler.." Balas Izati sambil memalingkan muka kearah temannya, Zakiah. Memanglah jika dibandingkan antara Izati dan Zakiah, kecantiakan Izati melebihi Zakiah, namun, temannya tetap terpandang ayu dengan mengenakan tudung yang meliputi sebahagian wajahnya.

"Ala.. mula..mula jer... seminggu dua biasa ler..., kita masuk yek.." Pujuk Zakiah sambil melabuhkan punggungnya disebelah Izati. Angin tengahhari itu menghebuskan bahang kepanasan, dengan lembut rambut Izati dibelai oleh bayu tengahhari, terasa nyaman dan begitu segar.

"Malu ler... , aku nie mana biasa pakai benda tu..." Balas Izati lagi memberikan alasan untuk tidak menyertai kelab Puteri Islam. Diselak-selaknya rambut yang terurai lembut...

"Ok ler, jika kau tak mau, aku tak paksa, tapi jika kau dah tukar angin, jumpa aku yer" Balas Zakiah dengan kuntuman senyuman. Mereka berbalas senyuman.

Anwar adalah murid sekolah tingkatan enam bawah, perwatakannya yang mudah mesra dan bersifat kepimpinan menjadi rebutan murid perempuan disekolah SMKxyz. Begitupun ramai murid perempuan yang cuba menawan hatinya, Anwar masih tidak punya teman istimewa dari kalangan murid-murid perempuan disekolah tersebut. Rakan-rakan Anwar rata-rata telah punya pasangan mereka masing-masing.

"Hoi.. bujang tua!!!" Sergah Mustafa sambil menolak lembut kepala Anwar.
"Hampeh...!!!!" Balas Anwar sambil melepaskan penumbuk kebahu Mustafa
"Adoi!!!..., apa nie? aku usik sikit taku lepas tropedo!!" Balas Mustafa mereka ketawa bersama sambil duduk dikerusi dibawah sebatang pohon rendang berhampiran padang sekolah SMKxyz. Kerusi batu yang kian usang namun masih tertera perkataan "Sumbangan Kelab OKxxx" menjadi mangsa punggung Anwar dan Mustafa tengahhari itu.

"Begitu ramai gadis-gadis sekolah nie tak kan tak ada sorang pun yang kau suka" Mustafa mula membuka topik yang menjadi topik kegemarannya apabila berjumpa Anwar.

"Abis tu... kau nak kasi adik kau ker.." Balas Anwar nakal sambil menjeling kearah Mustafa.

"Kalau adik aku suka...." Balas Mustafa sambil memandang jauh kearah kantin sekolah. Matanya terpandang Izati dan Zakiah yang sedang asyik berbual. Hati Mustafa mula merancang sesuatu untuk Anwar.

"Aku carikan untuk kau nak tak?" Mustafa memecahkan suasana tengahhari yang panas berbahang. Cuaca panas sejak sebulan memang tidak begitu selesa.

"Up to you" Pendek Anwar memberikan jawapan. Sambil mengambil ranting kayu yang berselerak disekitar tempat duduk mereka.

"Ok.. kau nampak budak dua orang yang sedang duduk kat tepi kantin tu?" Balas Mustafa sambil menundingkan jari kearah Izati dan Zakiah.

"So, ngapa?"
"Kau pilih yang mana kay suka, lain-lain aku uruskan"
"Emmm... tu.. budak sebelah yang bertudung tu..." Anwar membuat pilihan. Hatinya tidak menaruh harapan dan memang tidak ada niat langsung. Ia sekadar memenuhi desakan kawannya Mustafa.
"Ok.. begini ler.... baru ada seri hidup kau tu!" Ujur Mustafa sambil menepuk bahu Anwar. Dari kejauhan terdengar bunyi loceng menandakan waktu rehat telah berakhir semua murid-murid sekolah mula memasuki kelas masing-masing.

Sewaktu balik, Mustafa bergegas meninggalkan kelas, dia tahu, sekarang dia membawa satu misi, iaitu untuk memikat Izati untuk kawannya Anwar. Mustafa sengaja mengambil jalan melalui kelas tingkatan empat. Terlihat dari jauh Izati sedang jalan beriringan dengan kawan-kawannya, gelak tawa mereka menggambarkan betapa cerianya mereka hari itu.

KISAH dari INTERNET 2.0Where stories live. Discover now