-Bab 10

49.9K 3.6K 55
                                    

10. Keselamatan Yasmeen.

YASMEEN menggigit bibir bawah apabila Yazir menatapnya tajam bagaikan hendak menelan dirinya hidup-hidup ketika itu. Jari-jemari berlaga sesama sendiri bagi menghilangkan rasa kekok.

"Kan abang dah pesan, ikut arahan Jibrail. Dengar kata dia." Yazir bersuara setelah menghabiskan masa selama 20 minit merenung wajah adik bongsunya itu.

"I kesiankan adik tu je..." perlahan sahaja suara Yasmeen semasa menerangkan niat asalnya.

Memang dia yang bersalah kerana tidak mendengar kata, lari dari Jibrail hanya untuk menenangkan perempuan yang menangis di sebelah jasad kaku perempuan yang telah ditembak mati.

Yazir menghela nafas lemah, kelopak mata dipejamkan rapat sebelum kembali dicelik. Wajah diraup perlahan.

Mahu luruh jantungnya tadi apabila menerima laporan bahawa mall dirusuh dan Jibrail antara mangsa yang kena tembak.

Jika Jibrail saja sudah ditembak maka apa nasib adiknya ketika itu? Nasiblah tidak ada apa-apa yang seriouos menimpa Yasmeen dan Jibrail.

Kalau Jibrail tidak sempat menolak Yasmeen tadi, pasti dia hanya akan melihat jasad adiknya sahaja.

Tindakan pantas dan cekap lelaki itu menyebabkan dirinya sendiri yang tercedera, berkorban untuk menyelamatkan Yasmeen.

"Yasmeen tahu tak keadaan tadi tu bahaya sangat?" Soal Yazir sambil memandang wajah adik perempuannya itu.

Yasmeen mengangguk bagi menjawab soalan yang dilontarkan oleh abangnya tersebut.

"Lepasni I akan dekat je selalu dengan Jibrail. I janji." Ucap Yasmeen dengan yakin. Yazir mengeluh sebelum memandang ke arah lain.

Yasmeen pandai membuat dirinya rasa serba salah dan terpujuk.

"Abang, Jibrail macam mana?" Anak mata Yazir bergerak melihat ke arah Yasmeen, gadis itu sedang melihatnya seakan menunggu jawapan daripada lelaki tersebut.

"Pergi tengok sendiri. Abang kena balik balai." Ujar Yazir sebelum bangkit dari duduk sebelum berlalu meninggalkan Yasmeen yang termangu-mangu melihat ke arahnya.

"Cik Yasmeen." Yasmeen segera mengangkat wajah melihat orang yang baru sahaja menegurnya. Kelihatan seorang lelaki bertubuh tegap sedang berdiri di hadapannya.

"Inspektor Haikal." Balas Yasmeen, dia kenal lelaki di hadapannya itu kerana semasa dia berada di bilik soal siasat, lelaki di hadapannya ini turut ada di situ dan sedang berbual dengan Jibrail.

"Cik Yasmeen boleh masuk dalam kalau nak jumpa Jibrail." Dingin saja nada suara Haikal pada waktu itu, anak matanya tidak memandang ke arah Yasmeen.

"Oh. Okey I masuk." Laju sahaja Yasmeen bangkit sebelum masuk ke dalam ward persendirian yang menempatkan Jibrail.

Haikal hanya melihat dan terus melabuhkan punggung di atas kerusi di hadapan ward tersebut.

Masuk sahaja Yasmeen ke dalam ward itu, terhidang dengan jelas wajah Jibrail menyapa penglihatannya. Mata lelaki tersebut sedang terpejam rapat, mungkin tidur.

Milik JibrailWhere stories live. Discover now