-Bab 12

46.4K 3.3K 286
                                    

12. She need you, Jibrail.

SECAWAN air coklat panas di letakkan di atas meja sebelum Yasmeen melabuhkan punggung di atas sofa ruang tamu rumah Yazir. Remote televisyen di ambil sebelum dia menekan butang on pada alat kawalan jauh itu.

Terang benderang cahaya televisyen itu tatkala di on oleh Yasmeen. Belakang tubuh di sandarkan pada sofa sambil mata gadis itu ralit merenung drama yang ditayangkan dalam televisyen.

Nafas dihembus perlahan apabila melihat drama melayu yang tertera, hujung hidung mancungnya digaru lembut.

"Bosannya!" Ujar Yasmeen sebelum menutup televisyen, remote di letakkan di atas meja kembali. Air coklat panas di ambil sebelum Yasmeen meniup perlahan air tersebut.

Bunyi deringan iPhone menyebabkan Yasmeen berpaling melihat sebelahnya, tangan mencapai gajet itu sebelum id caller dilihat. Cawan air coklat panas tadi di letakkan kembali di atas meja.

"Abang Yad." Hanya nama itu yang terluah dari mulut Yasmeen, gadis itu terus mengangkat panggilan tersebut sebelum iPhone dilekapkan pada telinga.

"Hello abang." Senyuman Yasmeen melebar apabila mendengar suara garau milik Yarid di dalam talian. Sudah lama dia tidak berhubung dengan abang keduanya itu.

"KAHWIN dengan Yasmeen untuk jaga dia." Kenyataan yang baru sahaja keluar dari celah bibir Yazir menyebabkan Jibrail tertawa perlahan. Lelaki itu menyibakkan rambut ke belakang.

"Kau fikir ini drama tv3 ke?" Soal Jibrail sambil menjungkitkan keningnya. Yazir menggelengkan kepala perlahan. Dia tidak tahu akan apa reaksi Jibrail sebentar nanti.

"Ini untuk keselamatan Yasmeen." Kini renungan mata Jibrail sudah mula tajam, tiada lagi riak sinis dan hanya riak beku yang ditayangkan oleh lelaki itu.

"Then aku tak nak teruskan lagi tugas ni. Cari orang lain untuk jaga adik kau." Yazir hanya senyap apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Jibrail. Lelaki di hadapannya itu tampak serious dan seakan tidak suka dengan arahannya tadi.

"Hanya kau je yang mampu jaga Yasmeen." Bunyi 'heh' lahir dari celahan bibir Jibrail, lelaki itu memandang ke arah lain.

"Tahun bila punya klise ni?" Sinis Jibrail menyoal sambil memandang ke arah Yazir. Kening kanan dijungkit sambil bibir mengukirkan senyuman perlinya.

"Kau tahu betapa terancam hidup Yasmeen, Jibrail. Hanya kau saja yang aku harapkan–"

"Kau harapkan aku untuk jaga dia, aku buat. Sekarang kau nak aku kahwin dengan alasan nak jaga dia?" Jibrail menyoal tidak puas hati. Lelaki itu menyandarkan belakang tubuh dan cuba menenangkan dirinya.

Yazir menatap Jibrail yang berada di hadapannya, lelaki itu tampak santai sahaja. Kelopak mata Jibrail terpejam rapat selepas mendengar apa yang dikatakan oleh Yazir tadi.

Keadaan di dalam bilik kerja Yazir sepi buat beberapa saat sebelum Jibrail mencelikkan kelopak matanya. Wajah Yazir di hadapannya di renung lama seakan cuba membaca riak wajah lelaki itu.

"Aku buat semua tu sebab kau yang paksa aku, Tuan Yazir. Aku jaga Cik Alana sebabkan kau paksa aku. Aku boleh tarik diri bila-bila masa sahaja." Yazir menghela nafas perlahan tatkala menerima kenyataan itu daripada Jibrail.

Milik JibrailWhere stories live. Discover now