-Bab 30

49.2K 3.6K 483
                                    

30. Kata-kata Jibrail.

KELOPAK mata dicelikkan perlahan saat terasa tubuhnya diselimutkan dengan kain. Yasmeen memalingkan kepala memandang ke tepi apabila melihat tubuhnya sudah ditutupi dengan jaket bewarna hitam milik Jibrail.

"Dah sampai ke?" Yasmeen menyoal tatkala perasan yang kereta lelaki itu tidak bergerak, berhenti di hadapan masjid. Jibrail melepaskan tali pinggang keselamatan sebelum memandang wajah gadis di sebelahnya.

"Saya nak solat sekejap. Kunci kereta dari dalam. Kalau ada apa-apa, call saya." Balas Jibrail sebelum keluar dari kereta meninggalkan Yasmeen tanpa sempat gadis itu memberikan sebarang balasan.

"Laparnya." Yasmeen membetulkan kedudukaan, perut ditekan perlahan. Nafas dihela lemah, penat sebenarnya kerana perlu mengikut Jibrail kehulur-kehilir namun dia yang mahu untuk dekat dengan lelaki itu selalu.

Yasmeen memejamkan kelopak mata, perut yang berkeroncang minta di isi di biarkan sahaja. 10 minit berlalu, gadis itu kembali mencelikkan kelopak mata saat cermin kereta diketuk dari luar.

Butang unlock ditekan apabila mendapati orang yang mengetuk cermin kereta itu adalah Jibrail. Yasmeen hanya memandang Jibrail yang sudah siap solat, lelaki itu masuk ke dalam kereta tanpa berkata apa-apa.

Yasmeen memandang sisi wajah Jibrail, lama gadis itu merenung sisi wajah tampan lelaki tersebut.

"You..." Jibrail memalingkan kepala memandang Yasmeen apabila gadis itu memanggilnya. Kening kanan dijungkitkan dan mata masih merenung wajah jelita Yasmeen.

"I lapar." Perlahan sahaja suara Yasmeen menyapa gegendang telinga Jibrail. Gadis itu masih memandang Jibrail, renungannya redup seperti tidak larat. Mungkin penat dan lapar.

"Sekejap. Dekat tepi tu ada kedai runcit, Cik Alana nak makan apa?" Jibrail menyoal perlahan, wajah Yasmeen dipandangnya lama. Gadis itu memejamkan kelopak mata buat seketika.

"I tak kisah pun. Tapi you beli banyak sikit boleh? I lapar sangat." Pesan Yasmeen menyebabkan Jibrail mengangguk memahami akan apa yang gadis itu katakan.

Kereta dipandu menuju ke arah kedai runcit tersebut, Yasmeen hanya membisu dan memerhati Jibrail yang sudahpun kembali keluar dari kenderaan. Senyuman manis terbit pada wajahnya.

Suka dengan cara Jibrail, walaupun lelaki itu tampak serious dan tidak berperasaan, Jibrail tetap mengambil berat tentang dirinya. Seakan tidak terbeban dengan permintaannya setiap waktu.

Tidak mengambil masa yang lama, Jibrail kembali bersama satu plastik besar yang penuh berisi dengan makanan dan minuman buat Yasmeen. Gadis itu makin melebarkan senyumannya.

"Banyaknya." Yasmeen mengambil plastik tersebut dari tangan Jibrail, lelaki itu hanya membiarkan tindakan gadis tersebut. Tutup sahaja pintu kereta, Yasmeen segera memandang sisi wajah Jibrail.

"Thank you,Jibrail." Ceria Yasmeen, dia tidak kisah jika lelaki itu tidak membalasnya. Sudah terbiasa dengan cara Jibrail yang selalu mengabaikan dirinya.

"Sama-sama." Perlahan namun Yasmeen mampu mendengarnya dengan jelas. Berbunga-bunga hatinya pada saat itu.

Jarang-jarang Jibrail seperti tersebut.

Milik JibrailOn viuen les histories. Descobreix ara