-Bab 11

49.3K 3.4K 191
                                    

11. Kerenah si Yasmeen.

YASMEEN mengerutkan dahi licinnya tatkala melihat sebuah kereta mewah yang sangat dikenalinya berada di hadapan rumah Yazir.

"Jibrail ke?" Soal Yasmeen pada dirinya sendiri. Gadis itu mendekati belakang kereta untuk melihat nombor plat kenderaan tersebut.

Benar! Nombor plat kereta Jibrail.

Yasmeen berjalan perlahan sahaja mendekati Jibrail yang sedang berdiri membelakanginya, gadis itu bagaikan terjengket-jengket mendekati Jibrail. Senyuman nakal terukir elok pada wajah jelitanya.

"Cik Alana." Tersentak Yasmeen apabila namanya tiba-tiba saja diseru oleh Jibrail. Dada diusap lembut bagi menenangkan jantungnya yang berdegup kencang. Terkejut punya pasal!

Macam mana lelaki itu boleh mengesan kehadirannya sedangkan dia tidak buat apa-apa bunyi yang mampu menarik perhatian Jibrail.

Lelaki itu benar-benar peka!

Kelopak mata Yasmeen terkedip-kedip melihat Jibrail yang sudahpun menghadap dirinya. Lelaki itu lengkap memakai mask hitam menutupi separuh wajah dan topi hitam menutupi kepala.

"Macam mana you tahu I ada dekat belakang you?" Soal Yasmeen sambil menegakkan tubuhnya, rambut yang terjuntai mengenai dahi diselitkan kebelakang telinga.

Jibrail hanya membisu dan kening belah kanannya terangkat sedikit melihat telatah spontan Yasmeen. Gadis itu berdehem perlahan apabila melihat renungan Jibrail.

"Bukan ke inspektor Haikal yang kena ambil I hari ni? Kenapa you pula yang tiba-tiba ada dekat depan rumah ni? Dah sihat ke?" Bertubi-tubi soalan dilontarkan kepada Jibrail namun lelaki itu masih diam tidak memberi sebarang jawapan.

Jibrail berjalan menuju ke arah pintu kereta bahagian penumpang belakang sebelum dibuka untuk Yasmeen. Gadis itu hanya melihat sahaja.

"Kenapa buka pintu belakang?" Soal Yasmeen kepada Jibrail, seakan sengaja menyoal walaupun tahu yang lelaki itu tak akan menjawab soalannya.

Jibrail hanya memerhati Yasmeen yang bertindak membuka pintu penumpang hadapan sebelum gadis itu terus masuk ke dalam kereta.

Lelaki tersebut memejamkan kelopak mata buat beberapa detik sebelum kembali dicelik, pintu kereta yang dibukanya tadi ditutup sebelum Jibrail berjalan menuju ke arah tempat pemandu.

Sesampai sahaja mereka di butik Yasmeen, gadis itu terus masuk ke dalam kedai pakaian itu tanpa menunggu Jibrail.

Lelaki tersebut keluar dari kenderaannya sebelum berjalan menuju ke arah butik. Telinga peka mengesan bunyi disekeliling manakala mata tajam melihat kawasan itu.

"Jibrail. You kena tolong I satu benda je." Masuk sahaja dalam butik itu, Yasmeen terlebih dahulu menerpa ke arahnya. Gadis itu sedang tersengih lebar sambil memandang wajah tampan Jibrail.

"Tolong I angkatkan kerusi tu letak dekat sini. I rasa orang yang datang kemas semalam dia lupa nak angkat letak sini semula. I nak angkat sorang tapi berat." Jibrail melihat ke arah wing chair bewarna emas yang berada tidak jauh darinya.

Tanpa mengeluarkan satu pun perkataan, Jibrail terus mengangkat kerusi tersebut dengan mudah menyebabkan Yasmeen tersenyum manis. Dia sengaja saja hendak menyusahkan lelaki itu.

Milik JibrailWhere stories live. Discover now