-Bab 48

46.3K 3K 65
                                    

48. Her sweet scent.

BOTOL kaca di baling ke dinding sehingga hancur pecah meninggalkan serpihan tajam di atas lantai. Wajah merah menahan marah dan serabut di dalam kepala otaknya ketika mendengar akan berita dari anak buahnya.

"Kalau aku jumpa orang tua tu, mati aku kerjakan." Ujar lelaki berambut panjang separas bahu itu.

"Patutnya aku bunuh dia awal-awal lagi!" Jerkah lelaki tersebut seorang diri. Dada berombak kencang menahan amarah yang mahu meletup.

"Siapkan flight aku ke Malaysia." Lelaki yang bekerja bawahannya itu mengangguk sebelum terus kelur dari bilik selepas menerima arahan tersebut.

Ujar lelaki itu sambil meneguk air haram memenuhi ruang perutnya. Senyuman sinis diukir elok saat membayangkan wajah Yasmeen dan Jibrail.

Pasangan yang perlu dia hancurkan.

YASMEEN mengeluh lemah menyebabkan Jibrail yang sedang duduk di katil sambil melihat iPhone mengangkat wajah memandang isterinya.

Wanita itu sedang merenung tubuh sendiri di dalam cermin sambil mengusap perut yang sudah besar, tujuh bulan.

"Sayang... I gemuk gila kan?" Jibrail menggelengkan kepala apabila Yasmeen menyoalnya, wanita itu mencebik seakan tidak percaya lelaki tersebut.

"Tengok ni pipi I pun dah tembam." Ujar Yasmeen sambil menekan jari pada pipinya yang sudah semakin berisi.

Jibrail memandang pelik wanita itu, rambut di raupkan ke belakang sebelum dia menyimpan iPhone di atas nightstand. Tangan mengamit Yasmeen untuk mendekatinya.

Wanita itu mendekati Jibrail bersama wajah yang cemberut, air jernih yang bertakung pada kelopak bawah mata dikesat lembut.

Jibrail menarik pinggang Yasmeen menyuruh wanita itu duduk di sebelahnya. Yasmeen hanya menurut tanpa membantah.

"Awak tak gemuk mana pun, sikit je berisi dia. Nanti bila dah beranak, kurus lah." Pujuk Jibrail sambil mengesat air mata Yasmeen yang tumpah. Wanita itu mencebik.

"Tapi I tetap cantik kan?" Jibrail mengangguk sambil menyelak rambut hadapan Yasmeen yang hampir menutupi sebelah wajah wanita itu.

Yasmeen mengukirkan senyuman lebar saat menerima balasan seperti itu. Hatinya yang sakit sendiri tadi tiba-tiba sahaja berbunga mekar.

Wanita itu kembali bangkit sebelum mendekati meja solek, Jibrail hanya menggelengkan kepala melihat telatah Yasmeen yang semakin hari semakin pelik.

Bunyi notification iPhone yang berada di atas nightstand menyebabkan Jibrail terus mengambil gajet tersebut. Berkerut dahinya saat melihat whatApps dari Haikal.

Inspektor Haikal
— Unit A Korea dah dapat bukti tentang kes arwah Papa mertua kau. Ada saksi yang serah diri datang bagi bukti.

Yasmeen yang perasan akan perubahan Jibrail terus memalingkan badan sebelum berjalan mendekati suaminya itu kembali.

"Kenapa sayang?" Jibrail menutup iPhone nya sebelum diletakkan kembali di atas nightstand, kepala berpaling memandang Yasmeen.

Milik JibrailWhere stories live. Discover now