3 | Henry

3.4K 631 67
                                    

Berbuka apa harini awak awak semua

.
.
.

Gudang terbiar itu dilihat dari jauh. Henry turun dari kenderaannya selepas selesai mengangkat panggilan dari ketua pendakwa raya. Pasti berita tentang gudang terbiar ini sudah sampai ke telinga sang ketua pendakwa itu. Tidak lama lagi, Henry pasti akan terserempak dengan beberapa pendakwa yang turun ke tapak jenayah. Henry patut menyediakan mental dan fizikal sebelum bersemuka mereka-mereka itu.

"Tuan," Wasim lekas menyambutnya sebaik dia tiba. Kali ini tiada kerumunan di depan pita kuning. Kawasan gudang ini di tengah-tengah hutan. Tiada penempatan berada berhampiran. Di kawasan ini cuma ada beberapa buah kenderaan polis dan van forensik.

"Jejak Wahid bawa ke tempat ini, tuan. Tapi Wahid tak ada di sini." Wasim memberitahu. Pita kuning diangkat untuk dirinya dan Henry.

"Berapa banyak binatang yang disembelih?"

"25 buat masa sekarang, tapi mungkin masih ada lagi. Kawasan tingkat atas belum diperiksa forensik."

Mereka sama-sama masuk ke dalam gudang. Bau hanyir darah serta-merta menyucuk hidung. Gudang ini tak lebih seperti kilang sembelihan binatang, walhal gudang ini dianggap gudang terbiar sahaja.

Henry dapat banyak bahagian tompokan darah di mana-mana dalam gudang ini. Semua sudah ditanda pihak forensik menunjukkan sudah siap diperiksa.

"Pasti darah lembu?"

"Ya, tuan. Kebanyakannya darah lembu. Cuma ada sesetengah sahaja ayam dan itik."

"Memang pasti gedung ni bukan tempat sembelihan?"

"Bukan, tuan. Ini gedung terbiar sejak tahun lepas lagi. Tiada aktiviti dibuat." Wasim pun bingung memikirkan kenapa banyak binatang disembelih di tempat ini.

"Mungkin sebenarnya mereka buat sembelihan secara haram, sebab itu aktiviti dibuat diam-diam." Satu suara menyampuk dari belakang.

Wasim menoleh, manakala Henry melepas nafas panjang-panjang. Tak perlu menoleh, dia dah boleh agak. Orang yang paling dia tak mahu jumpa hari ini, datang juga.

"Tuan," Wasim menundukkan sedikit kepala pada pendakwa yang baru muncul itu. Tuan Amirul namanya. Masih muda dan gemar berkot walaupun di tempat panas dan tapak jenayah. Seperti sekarang ini.

"Cubalah tengok... Kenapa banyak sangat sembelihan dekat sini?" Amirul sudah berdiri di sebelah Henry. Menyeluk tangan dalam saku seluar.

"Banyak sangat kes sekarang penyeludupan daging secara haram. Tak mustahil gedung ni dulunya jadi tapak sembelihan benda begitu." sambung Amirul sambil melihat-lihat kawasan sekitar.

"Darah tu dah berapa lama?" Henry bertanya tanpa pedulikan Amirul di sebelah.

"Ada yang dah lama sampai tak dapat diperinci, ada yang setahun, ada yang tiga bulan.Paling lewat, sebulan setengah usianya. Mengikut rekod penggunaan elektrik pun, kilang ini hidup kali terakhir pada Februari lepas, tuan."

Amirul curi dengar juga di sebelah. Terangguk-angguk.

"Cari jejak Wahid di sekitar gedung ini. Saya yakin dia ada kaitan dengan penyembelihan besar-besaran ini."

"Baik, tuan." Wasim beredar kemudiannya. Mengerah anak-anak buah menggiatkan pencarian apa-apa sahaja berkaitan Wahid di sekitar gedung ini.

"Jangan serius sangat, Mika. Mungkin pasal penyeludupan daging saja." Amirul yakin dengan teori awalnya.

"Kes di flat Merak berkait dengan gedung ini. Kalau betul pun ada penyeludupan daging haram atau apa-apa saja yang kau cakap tu, itu dah dianggap kes lain. Tiada kaitan dengan kes bunuh di flat Merak." Balas Henry.

FALAH | Cinta AgungWhere stories live. Discover now