6 | Falah

4.1K 657 67
                                    

Sebelum baca part ni, saya jelaskan tau.

Falah waktu ni di Indonesia bersama gurunya. Bukan di Pulau Jengka. Saya dah letak lokasi Falah tu masa dekat prolog. Perbualan Falah bersama gurunya itu beri impak besar pada kepulangan Falah.

Mengikut cerita Serunai Maut, Falah duduk di Pulau Jengka hanya selama 6 bulan selepas Henry dan Iman balik ke KL. Lepas tu Falah kembali ke Indonesia untuk tambah ilmu. Dua tahun menetap Indonesia, akhirnya dalam bab ini dia balik jumpa ibunya. Begitulah.

Selamat membaca!

.
.
.





Hujung minggu ini juga menjadi waktu berkumpul anak-anak Datin Syahirah. Iman dan Henry tiba agak lewat berbanding Syukri dan isterinya, Adira. Ketika Iman sampai, keluarga abangnya sudah kelihatan duduk-duduk makan petang di halaman.

"Hasya dah sampai!" Anak kedua Syukri, Mikayla namanya menjerit riuh. Seronoklah anak kecil itu sudah sampai, boleh main sama-sama.

"Mama ada dalam ke?" Iman bertanya, Hasya sudah berpindah ke pangkuan Adira.

"Haah, itu mama dah keluar." Adira tunjukkan mama yang baru keluar dari pintu rumah dengan isyarat wajah. Kelihatan Datin Syahirah datang membawa sepinggan kuih untuk dimakan bersama-sama di halaman ini.

"Haii, Hasya dah sampai." Datin Syahirah menyapa Hasya dalam pangkuan Adira. Pinggan sudah diambil Aminah untuk dihidangkan.

"Lambat hari ni. Ingatkan nak datang sebelum asar." Datin Syahirah menegur ketika Iman menyalaminya.

"Itulah, ma. Tadi keluar awal dah dari rumah  lepas tu teman Mika pergi balai kejap. Terlajak pulak sampai ke asar, solat asar dululah di masjid."

Datin Syahirah terangguk-angguk. Sibuk benar menantunya seorang itu. Sekarang pun terlihat Henry sedang menjawab panggilan berdekatan pintu pagar.

Iman pergi menyertai keluarganya makan-makan. Seronoklah makan petang kali ini berbumbungkan langit redup. Lagipun ada gazebo di halaman rumah mama, siapa mahu berteduh boleh duduk di situ sambil memerhati ikan koi yang berenang dalam kolam. Seketika kemudian Henry turut menyertai makan petang itu usai bersalaman dengan ibu mentuanya.

Makan petang ini cuma kuih-kuih manis air tangan Datin Syahirah sendiri bersama Aminah. Sedap-sedap semuanya. Datin Syahirah tiba-tiba ada mood hendak membuat kuih, itu sebabnya dia ajak anak-anaknya makan di halaman hari ini. Sambil-sambil itu dapatlah berkongsi cerita.

Riuh-rendah jadinya meja bangku berdekatan gazebo ini. Fitri paling riuh menceritakan tentang tempat kerjanya. Syukri menggeleng kepala mendengar cerita si adik bongsu. Iman pula ada saja benda tidak puas hati dengan cerita Fitri. Biarpun semua sudah besar panjang, tak lepas juga bertekak bila berjumpa.

"Kau tu, lambat sangat  faham... Memanglah bos marah. Kalau aku jadi bos kau pun aku marah macam tu." Begitulah kata Iman.

"Wah. Melebih ea back up bos aku." Fitri tak berpuas hati bila Iman masih menyebelahi si bos yang demand itu.

"Biasalah majikan perempuan ni, dia selalu perhati walau benda kecil-kecil. Kau tu pulak asyik tak nampak benda kecik." Syukri pun semacam menyebelahi si majikan Fitri. Makin panaslah si Fitri di sini. Dia mahu lepaskan geram, alih-alih tambah geram pula.

"Yelah yelah. Akhirnya salah aku. Cik Liana tu betul belaka." Fitri bersuara tak puas hati.

"Eh bunyi macam merajuk je." Iman tergelak-gelak.

Fitri makan kuih dengan muka masih tak puas hati. Berkerut aje mukanya. Pecah tawa semua melihatnya. Dah macam budak kecil nak merajuk.

"Hari tu Linda ada datang rumah ya, ma?" Iman bertanya selepas topik sudah tidak berbincang tentang Fitri lagi.

FALAH | Cinta AgungWhere stories live. Discover now