7 | Falah

5.9K 655 141
                                    

Selamat membaca!

.
.
.

Seisi rumah ini terkejut dengan kepulangan Falah. Hatta Syukri dan Fitri yang sedang makan petang tercengang-cengang sebaik Falah dibawa di depan mereka. Falah nampak sangat berbeza, sehinggakan mereka hampir tidak mengenali Falah. Daripada usia Falah 27, kini sudah 33 tahun. Nampak ketara beza saudara kandungnya itu. Bukan dari segi susuk badan sahaja, malah perawakan dan cara bercakap juga berbeza.

Datin Syahirah begitu bahagia dengan kepulangan Falah. Dia tekun mendengar cerita Falah selepas solat maghrib berjemaah. Seronoknya mengisi masa lapang dengan mendengar cerita anaknya ini. Rasa terisi dan begitu penuh sekali. Seperti bukan hal yang sia-sia.

"Falah berguru dekat Indonesia?" Dalam celah penceritaan Falah, Datin Syahirah sesekali bertanya.

Falah mengangguk, "Ya, ma. Imam Suhaib nama guru Falah."

"Iya? Mesti dia ulama besar." Datin Syahirah memuji langsung guru Falah itu. Melihat pada bagaimana Falah dibentuk menjadi orang baharu, pasti sang guru itu bukan biasa-biasa.

Falah cuma tersenyum melihat respon teruja mamanya.

Datin Syahirah pula segan bila Falah tersenyum begitu. Tersipu sendiri.

"Falah ni bahayalah asyik senyum. Jangan senyum dekat sebarangan orang. Dekat mama tak apa." Akhirnya Datin Syahirah menegur. Bukan apa, senyuman anaknya ini begitu memikat. Bahaya untuk anak-anak gadis di luar sana.

Falah tertawa ditegur begitu. Terhibur bila mama seperti menandakan senyuman itu cuma untuk mama.

"Falah tak senyum pada sebarangan orang, mama. Falah senyum pada orang-orang yang Falah sayang sahaja." Falah membalas begitu. Sisakan tawanya dengan senyum kecil.

Datin Syahirah senyum-senyum bila Falah kata begitu. Aduhai. Dengan anak sendiri pun rasa tersipu begini.

"Mama happy sangat Falah balik. Mama ingatkan Falah tak mahu balik dah dekat mama." Datin Syahirah menukar topik. Bersuara lirih.

"Tak mungkin, mama. Ke mana pun Falah pergi, Falah tetap akan kembali ke syurga Falah. Mamalah syurga Falah." Falah mengucapnya ikhlas. Tersenyum pada ibunya itu.

Terpana Datin Syahirah dengar. Begitu manis sekali mendengar ucapan anaknya itu! Datin Syahirah jadi sebak serta-merta padahal panjang lagi dialog yang dia mahu beri pada Falah. Semuanya gara-gara Falah yang terlalu manis!

"Mama?" Falah jadi risau bila mamanya seperti ingin menangis.

"Ya Allah Falah..." Datin Syahirah menekup mukanya.

Falah tertawa dengan tingkah mamanya. Sedar-sedar sudah menangis mamanya itu. Sampai tersedu!

"Mama..." Falah tertawa terkejut. Akhirnya dipeluk mamanya, dipujuk buat kesekian kalinya.

Datin Syahirah pula sudah menangis begitu terharu. Nampak gaya dua tiga hari ini memang menangis sahaja dia dibuatnya kerana anaknya yang manis ini!

.
.
.

Henry menunggu sahaja giliran dapat berbual berdua dengan Falah. Sejak Falah sampai di rumah ini, Falah jadi rebutan ramai. Pastinya pertama-tama sekali, mama menguasai Falah. Itu sahaja sudah cukup jadi kuasa veto. Selepas mama, Iman pun sama menguasai Falah. Sehinggakan Henry sendiri diabaikan Iman. Syukri dan Fitri juga tidak tinggal mahu luangkan masa dengan saudaranya itu. Berbual itu ini. Henry tiada kesempatan langsung untuk mencelah perebutan itu.

Sekarang sudah masuk hari kedua Falah pulang. Sepanjang hari ini pun Falah masih jadi rebutan. Sukar sekali Henry hendak menembusi dinding-dinding tersebut. Dia hanya dapat berbual sekerat dua sahaja dengan Falah, tapi tetap tidak dapat berdua-duan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 15, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

FALAH | Cinta AgungWhere stories live. Discover now