BAB 1

231 11 2
                                    

Hari yang dinanti-nantikan telah tiba. Jam di dinding menunjukkan tepat pukul 7:30 pagi. Terdengar suara kicauan burung yang berterbangan di langit menandakan hari sudah bermula.

"Ara..dah bangun ke belum tu?" Suara lantang itu menyapa telinga Ara.

"Dah mami! Ara tengah bersiap ni!" Sahut Ara turut melantangkan suaranya agar terdengar oleh ibunya, Puan Farha yang berada di tingkat bawah.


Nanti dah siap, turun makan dulu sebelum pergi kerja tu!" Ucap Puan Farha.

"Ye mamiii!" Sahut Ara lagi.

Hari ini merupakan hari pertama Ara sebagai seorang pekerja di syarikat yang megah berdiri berhampiran dengan menara KLCC itu.

Agak lain, Ara minta untuk bekerja disitu kerana dia mahukan pemandangan yang indah dan cerah kalau dia perlu kerja lebih masa pada waktu malam. Kalau kawasan sekeliling dia cerah, barulah tenang dia nak buat kerja.

Ya, Ara takut gelap. Atau lebih tepatnya, dia takut hantu. Dia tak mahu berseorangan di office malam-malam. Jadi dia ambil keputusan untuk bekerja disitu.

Sebenarnya, Ara tak mahu pun bekerja. Dia lebih suka berada di rumah, goyang kaki sambil main telefon.

Tapi disebabkan Puan Farha dah bosan tengok anak perempuannya itu tidak melakukan apa-apa di rumah, dia menyuruh anaknya itu bekerja. Ada lah sikit manfaatnya daripada duduk di rumah sahaja.

Ara akhirnya sudah selesai bersiap. Kaki kecilnya perlahan menginjak anak tangga dalam perjalanan turun ke tingkat bawah untuk sarapan bersama papa dan maminya.

"Cantiknyaa anak papa!" Ucap Arman kepada anak perempuannya. Senyum manis terukir di bibir Ara apabila bapanya itu memuji dirinya.

Ara melabuhkan punggungnya di kerusi meja makan itu.

"Kamu dah baca apa yang kamu perlu buat hari ini?" Tanya Arman sambil menyuapkan bihun goreng kedalam mulutnya.

"Dah pa, semua Ara dah baca," Jawab Ara.

"Harap kamu takde buat salah lah ye hari ini," Ucap Arman dengan nada bergurau. Sengaja nak menyakat anak perempuannya.

"Ish papa ni! Mami tengok papa ni ha," Ara merengek. Ibunya hanya ketawa melihat gelagat mereka itu.

Skip*

Jam menunjukkan jam 8:30 pagi. Ara sampai tepat pada waktu yang ditetapkan.

Kakinya melangkah masuk ke dalam bangunan megah itu dengan mata yang melilau tak tentu arah, mencari rakan sepasukannya yang juga baru memulakan kerja mereka pada hari ini.

"Ara!" Suara lantang itu membuat Ara serta orang lain terkejut.

Terlihat sosok wanita berbaju maroon yang sedang melambaikan tangan kearahnya.

"Kenapa lah aku ada kawan macam ni," Ara mengumpat dalam hati.

"Sini lah cepat, dah lewat ni!" Panggil Syasya.

kawan baik Ara yang juga merupakan rakan sepasukannya.

"Ya kejap," Sahut Ara dengan suara yang sederhana.

Takkan lah dia pun nak memekik dalam bangunan ni, malu gila kot orang ramai pandang.

Setibanya di office mereka, Ara dan Syasya terlihat sibuk meneliti setiap sudut bangunan tersebut.

Mereka masih takjub dan tidak menyangka bahawa mereka akan bekerja di syarikat besar ini.

"Baiklah, itu sahaja yang saya akan kongsikan buat masa sekarang. Semua boleh ambil tempat masing-masing dan mula buat kerja. Kalau tak faham, boleh tanya ye," Ucap pekerja wanita yang diarahkan untuk membawa pekerja baru meneliti bangunan megah itu.

Ara dan Syasya terlihat masih sibuk meneliti bangunan tersebut. Mereka tersedar dari dunia mereka lalu mengambil tempat untuk mula bekerja.

"Weh, kau rasa hensem tak pekerja-pekerja company ni?" Tanya Syasya kepada Ara.

"Apa pulak kau ni tanya soalan macam tu. Kau datang nak kerja ke nak usya pekerja sini?" Ucap Ara.

"Lah rilek ah aku gurau jee. Mana lah tahu ada yang hensem kan?" Syasya menjawab sambil memaparkan muka gatalnya.

"Dah lah. Buat kerja tu, bising je kau ni," Ara menjawab malas.

"Ye aku nak buat lah ni. Serious betul kau eh mentang-mentang harini first day kerja," Jawab Syasya kesal dengan sikap serious kawan baiknya itu.

                                    *

"Harraz! Bangun la, matahari dah tegak depan muka pun kamu masih taknak bangun ke?" Bebel Datin Hanim, ibu kepada Har.

"Hm..kejap umi...5minit lagi," Jawab Har perlahan. masih mamai.

Mana tak nya, semalaman dia sibuk siapkan kerja dekat office. Jam 3pagi barulah dia pulang ke rumah.

"Dah 4 kali kamu ulang benda yang sama, tapi tak bangun juga." Datin Hanim menarik selimut tebal yang membaluti tubuh sasa anaknya itu.

Datin Hanim sebenarnya kasihan terhadap Har. Yalah balik kerja jam 3 pagi, selepas itu kena bangun awal pula.

Tapi apakan daya, dia terpaksa kejut Har kerana dia terlibat dengan mesyuarat di syarikat bapanya.

Bapa Harraz, Dato Hilman, ialah seorang usahawan berjaya yang memiliki beberapa cawangan yang diusahakannya di Malaysia dan juga di United States.

Pada tahun kedua perkahwinan ibu bapanya, mereka terpaksa berpindah ke US dan memulakan kehidupan di sana atas urusan kerja.

Tepat pada tahun keenam pernikahan mereka, Dato Hilman dan Datin Hanim dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu, Harraz Faeeq Bin Dato Hilman.

Skip*

Jam tangan Rolex berwarna silver itu ditilik. Menunjukkan jam 9:00 pagi.

"Ziq, berhenti tempat biasa," Ucap Har kepada drivernya, Haziq.

"Baik, bos." Haziq menurut.

"Kau tunggu sini jap. Aku nak beli kopi," Kata Har lagi.

"Okay," Jawab Haziq singkat.

Haziq sebenarnya sudah tahu niat Har. Tetapi, dia hanya berdiam diri kerana sudah terbiasa dengan perkara itu selama dia berkerja dengan Har.

Setiap pagi sebelum ke tempat kerja, Har selalu menyuruh Haziq untuk berhenti di salah satu kafe untuk memesan 1 cup hot latte untuk dirinya.

Tetapi, bukan itu niatnya yang sebenar.

"Morning, sayangg," Ucap Har.

"Eh morning babyy. Bila sampai? Tak perasan pun kereta u kat luar?" Tanya Bella, kekasih Har.

"Mana nak perasannya, u sibuk layan customer u yang bajet hensem tu," Har berkata dengan nada manja.

"Mana adaa babyy, tu kan customer I. Takkan lah I nak biar je dia, habis lah I nanti," Bella menjawab lagi.

"Hehe takde lah I gurau jee. I nak macam biasa"

"Okayyy"

"5.60sen"

"oke"

Mereka berbual beberapa minit sambil menunggu pesanan Har siap.

"Bye sayangg, nanti I jemput u balik eh,"

"Okayyy nanti I text u kalau kerja I dah siap"

"okayyy byee"

"byee baby"

Har keluar dari kafe setelah memesan minumannya lalu berjalan kearah kereta sambil meniup dan menghirup latte yang masih panas itu.

"Jom," Har berkata singkat. Haziq yang menurut akan bos nya itu kembali memandu hingga sampai ke destinasi yang dituju.

His Unexpected Love | OGWhere stories live. Discover now