BAB 10

70 4 1
                                    

"Ehmm" Ara menggeliat perlahan sebelum tangan kanannya mencapai telefon bimbit yang berada di sebelah bantalnya untuk menekan tombol dismiss yang terpapar di layar Iphone 13 kepunyaannya.

Jam 6:40 pagi, hari Sabtu. Dia berniat untuk berjogging hari ini. Disebabkan itu dia bangun lebih awal dari hari-hari biasa. Badannya terasa sungguh berat untuk bangun tetapi dia tetap mencuba untuk melawan rasa malasnya. Sudah banyak kali dia plan untuk berjogging, tetapi sampailah hari ini masih belum dilaksanakan dek kerana dirinya yang sungguh malas itu.

Mujurlah hari ini malasnya itu tidak menguasai diri sepenuhnya. Ara bangun dari katil empuknya lalu menggeliat kecil. Tuala berwarna merah jambu digapai sebelum melangkah menuju ke dalam bilik mandi.

Skip*

"Eh Ara. Awal bangun harini? Nak pergi mana tu?" Suara Puan Farha menyapa telinga Ara yang sedang berjalan ke arah dapur itu. Senyum kecil terukir sebelum menjawab pertanyaan dari ibunya.

"Ara nak keluar pergi jogging kejap," Jawab Ara lalu melabuhkan punggungnya ke atas kerusi. Dia menuangkan secawan kopi untuknya sebelum keluar dari rumah untuk berjogging.

"Oh jogging. Rajin pula kamu ya cuti-cuti ni. Selalu membongkok aje dalam bilik tu" Usik Puan Farha. Dia tahu sangat anak perempuannya itu kalau tiada aktiviti apa-apa untuk dibuat, memang tidur saja kerjanya. Selalunya jam 10 pagi baru bangun, entah kenapa hari ini rajin semacam.

"Ish mami ni!" Cebik Ara. Merajuk dengan ibunya yang suka mengusik itu.

"Aik Ara. Awal kamu bangun?" Encik Arman pula bersuara. Sosok tubuh itu sedang berjalan menuruni tangga.

"Ara nak keluar jogging kejap, pa" Jawab Ara lembut. Cawan yang berisi kopi panas itu ditiup dan dihirup perlahan.

"Jogging? Dengan siapa?" Tanya Encik Arman, turut melabuhkan punggungnya ke atas kerusi. Ara yang melihat ayahnya itu pun dengan cepat menuangkan kopi untuknya. Anak solehah kan.

"Ara seorang je" Jawab Ara lalu dihulurkan cawan tersebut kepada ayahnya.

"Seorang je? Tak bahaya ke?" Tanya Encik Arman. Biasalah, siapa saja tak risau kalau anak perempuan keluar sorang-sorang.

"Takpe, pa. Ara boleh jaga diri. Lagipun taman tu depan ni jelah. Tak sampai 10minit pun dari sini" Jelas Ara sambil memaparkan senyumannya. Takut kalau bapanya itu tidak mengizinkannya untuk pergi tiba-tiba. Dia dah semangat nak jogging ni.

"Hm yelah. Hati-hati pergi tu. Kalau ada orang kacau tumbuk je dia tu" Pesan Puan Farha beserta dengan tawa dari Encik Arman dan Ara, bergurau senda dengan satu-satunya anak yang dikurniakan oleh tuhan kepada mereka.

Sekejap saja masa berlalu. Sekarang, Ara sudah berumur 24tahun. Melihat anak perempuannya membesar dengan baik dan sihat, sebak pula rasanya. Momen ketika dia berperang habis-habisan di bilik bersalin untuk melahirkan cahaya mata yang paling berharga dalam hidupnya. Sungguh, Puan Farha teramat bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk melihat anak perempuannya tumbuh besar dengan baik dan ceria. Dia tidak pernah mahukan lebih daripada melihat anaknya itu bahagia bersama orang yang dia sayang.

Tanpa sedar, mata Puan Farha sudah mula berkaca-kaca. Ara yang melihat itu pun seketika cemas.

"Mami? Mami okay tak?" Tanya Ara. Encik Arman turut mengalihkan pandangannya kearah isterinya.

"Awak kenapa ni?" Encik Arman memegang bahu isterinya itu. Puan Farha hanya menggeleng sebelum menjawab.

"Takde apa lah. Saya cuma teringat waktu saya lahirkan Ara dahulu. Tengok dia membesar dengan baik sekarang, makin sebak pula rasanya." Puan Farha mengelap air mata yang kini meninggalkan jejak di pipi.

His Unexpected Love | OGWhere stories live. Discover now