BAB 8

72 9 0
                                    

"Morning umi." Har menyapa ibunya yang sedang menyiapkan makanan di dapur.

"Morning" Datin Hanim turut menyapa anaknya yang terlihat sedikit membetulkan t-shirt berwarna putih yang dijadikan baju tidurnya semalam.

"Kenapa umi buatkan breakfast? Makcik Pia mana?" Tanya Har sembari melabuhkan punggungnya ke atas kerusi kayu yang empuk itu.

"Makcik Pia balik rumah dia kejap, ambil barang" Datin Hanim berkata sambil memasak.

"Har nampak banyak baju-baju umi dekat atas katil tu, umi nak bagi dekat orang ke?" Har bertanya sembari menuangkan kopi yang masih panas itu kedalam cawannya.

"Eh tak lah, kan umi nak pergi US besok" ujar Datin Hanim.

"US? Umi nak buat apa dekat sana?" Har mengangkat satu keningnya, pelik.

"Jenguk ayah kamu lah,"

"Ayah takde cakap apa-apa pun dekat Har?"

"Takde lah, umi saja nak pergi jenguk ayah kamu. Dah dua bulan ayah kamu dekat sana, lagipun umi rindu nak pergi US tu"

"Flight umi pukul berapa? Lama ke umi dekat sana?"

"Flight umi besok pagi. Lama ke tak tu umi tak sure, tengok lah macam mana"

"Nak Har hantarkan umi pergi airport?"

"Kamu tak kerja ke besok?"

"Kerja tu kerja, tapi Har free je besok kalau setakat nak hantar umi pergi airport"

"Okay lah macam tu"

"Okayy"

Datin Hanim menghidangkan nasi goreng sebagai menu sarapan pagi mereka.

                                      *

"Ha macam mana?" Tanya Syasya sebaik saja kelibat Ara muncul di hadapannya.

"Macam mana apa?" Ara pelik. Dia baru saja sampai office, tiba-tiba dah kena soal.

"Pasal semalam lah, kau tanya aku nama bos kan?" ujar Syasya dengan suara yang agak keras.

"Eh bongok slow sikit suara kau tu, orang dengar lah!" Ucap Ara hampir berbisik sambil tangan kanannya merangkul bahu rakan baiknya yang tidak memperhatikan kawasan sekeliling sebelum berkata-kata.

Lekas sahaja tangan Syasya naik menekup mulutnya, dia baru sedar kesalahannya tadi.

"Sorry sorry. Orang tengok ke weh?" Syasya turut berbisik kepada Ara dengan tangan yang masih menekup mulutnya.

"Nasib kau harini, orang tak tengok. Lain kali tengok la sekeliling dulu gila! Main cakap jee" Ara melepaskan rangkulannya. Dia berjalan kearah meja kerjanya dengan segera.

"Weh sorry ah," Syasya mencuba untuk menyamai langkahnya dengan langkah Ara.

"Yee takpe, dah buat kerja tu" Jawab Ara malas.

"Eh kau tak jawab lagi soalan aku. Dah tahu ke belum nama dia?" Syasya kembali bertanya soalan yang tidak terjawab oleh Ara tadi.

Belum sempat Ara menjawab pertanyaan sahabatnya itu, niatnya terbatal apabila mendapati Miss Dania sedang berjalan menghampiri mereka berdua.

"Zahra and Syasya?" Tanya Miss Dania kepada mereka.

"Yes, Miss?" Tak dinafikan, Syasya dan Ara sempat cuak apabila Miss Dania memanggil nama mereka dengan suara yang tegas.

His Unexpected Love | OGWhere stories live. Discover now