BAB 2

98 10 0
                                    

Kereta Toyota Vellfire yang dipandu Haziq diparkir tepat di hadapan pintu masuk bangunan.

Har membuka pintu kereta dengan perlahan lalu melangkah keluar dari keretanya itu.

Pagi ini mood dia agak lain. Har tampak tersenyum singkat sejurus sahaja kaki panjangnya berpijak pada tanah.

Entah kenapa, mungkin sebab dah minum latte yang dibuat oleh kekasih tersayang agaknya.

Har memberi isyarat kepada Haziq untuk meninggalkan jejak dari bangunan itu. Haziq faham dan menurut.

"Morning boss," Sapa Dania, P.A Har.

"Morning," Jawab Har dengan nada datar.

"Shall we?" Tanya Dania seperti mengisyaratkan untuk segera masuk ke dalam bangunan kerana mesyuarat sudah hampir berlangsung.

Har mengangguk sebagai jawapan.

Kaki Har akhirnya perlahan melangkah masuk ke dalam bangunan yang sedang diambil alih olehnya itu.

Ya, syarikat ini Har yang jaga.

Bapanya sedang ada hal di US. Jadi dia diarahkan untuk ambil alih syarikat tersebut sementara bapanya berada di US.

Har melihat sekeliling. Dia sangka akan ada sekelompok pekerja baharu sedang berkumpul di lobby bangunan ini.

Tetapi, mungkin dirinya sudah agak lewat untuk melihat mereka berkumpul sebelum diarahkan ke tempat masing-masing.

"Pekerja-pekerja baru tu dah dekat atas ke?" Tanya Har kepada pembantunya itu.

"Yes boss, dalam 20minit tadi."

"Oh, okay."

Mereka meneruskan perjalanan melangkah masuk ke dalam lift yang berada di sebelah kiri kaunter lobby tersebut.

Dania menekan butang bernombor 8 dimana letaknya ruang mesyuarat di bangunan itu.

Pintu bilik mesyuarat dibuka perlahan oleh Dania. Memaparkan beberapa orang sosok yang berpakaian kemas sedang menunggu ketibaan Har bagi memulakan mesyuarat.

"Sorry for being late," Kata Har.

"It's okay Sir. Shall we start?"

"Yea sure."

Maka bermulalah mesyuarat pada pagi itu.

Mereka menghabiskan masa kira-kira 3jam di dalam ruangan itu.

Saling berkongsi idea dan cadangan untuk membangunkan syarikat yang lebih baik untuk masa akan datang.

Skip*

Sesudah sahaja mesyuarat selesai, Har terus keluar dari bilik mesyuarat dengan wajah yang pucat dan tidak selesa.

Dania yang melihat itu pun dengan cepat bertanya, "Boss. Are you okay? You look sick," Dania memandang Har dengan riak wajah risau.

"I'm okay, You can go," Jawab Har singkat.

Dania hanya diam sambil melihat sosok tubuh sasa Har itu perlahan pudar dari penglihatannya.

Telefon bimbit yang berada di dalam poket seluar segera dicapainya. Kontak nama Haziq ditekan.

"Hello, Haziq. Datang sini jap, bos nampak tak sihat. Risau jadi apa-apa nanti susah," Kata Dania kepada Haziq melalui panggilan telefon itu.

"Aik, tadi kemain jumpa gf beli kopi bagai. Baru 3jam tak jumpa, takkan dah tak sihat kot?"

Ucap Haziq dengan nada pelik dan juga merupakan sebuah sindiran terhadap bosnya itu.

His Unexpected Love | OGWhere stories live. Discover now