BAB 3

60 8 0
                                    

"Aii Ara," Suara Puan Farha mengejutkan Ara yang baru saja pulang dari kerja tepat pada pukul 10:00 malam.

"Lewat betul kamu balik. First day pun dah kerja lebih masa ke?" Tanya Puan Farha kepada anak perempuannya.

"Err- takde lah mami," Ara tergagap.

"Ara keluar makan dengan officemate tadi. Nak sambut first day kerja, kan," Jawab Ara lagi dengan perasaan takut akan dibebel oleh ibunya.

"Hm yelah," Puan Farha menjawab singkat.

"Fuh nasib selamat," ujar Ara dalam hati.

"Eh, dah balik dah anak papa ni." Encik Arman perlahan menuruni tangga.

"Haah, baru je pa," Ara menjawab lembut sambil tersenyum kearah bapanya.

"Macam mana kerja? Okay ke tak kawan-kawan semua?" Tanya Encik Arman yang sudah berada di tingkat bawah.

"Okay! Okay sangat. Officemate pun semua baik-baik!" Ara menjawab dengan penuh semangat.

"Bagus lah kalau macam tu." Encik Arman melabuhkan punggungnya di atas sofa yang berada di ruang tamu itu, tangannya mencari remote tv di celah-celah bantal.

"Awak nak teh?" Tanya Puan Farha kepada suaminya.

"Boleh juga," Jawab Encik Arman.

Ara melihat sekeliling.

Mungkin ibu bapanya dah tak mahu tanya apa-apa. Jadi, dia ambil peluang untuk lari sebelum ada lagi soalan yang muncul.

"Ara pergi mandi dulu lah yee." Ara dengan cepat berlari naik ke tingkat atas.

Skip*

Ara selesai membersihkan diri selepas 15minit menghabiskan masa di dalam bilik mandi.

Rambut yang berwarna coklat gelap itu disikat dengan manja. Muka putih yang bersih dari riasan makeup itu hanya disapu dengan bedak bayi berjenama Baby Johnson's.

Beg tangan berjenama Prada berwarna hitam itu digapai.

Tangan Ara berusaha mencari keberadaan telefon bimbitnya di dalam beg tangan yang dipenuhi dengan barang-barang Ara seperti kunci kereta, tisu, lipstick, makeup dan banyak lagi.

"Esok datang lah awal weh, kita breakfast sekali."

Teks mesej yang dihantar Syasya itu dibacanya.

"Oke babe," Jawab Ara singkat lalu merebahkan badannya ke atas katil yang dibaluti dengan bed sheets berwarna pink muda miliknya itu.

Hari ini terasa sangat meletihkan bagi dirinya.

Dia tidak menyangka bahawa bekerja di pejabat juga amat meletihkan.

Ara seketika menyesal bekerja. Tapi nak buat macam mana, benda dah jadi. Lagipun, ibunya yang suruh dia bekerja, takkanlah dia nak buat tak endah je suruhan ibunya itu, kan?

Ara juga sebenarnya bosan berada di rumah setiap hari. Dia keluar rumah pun kalau ada benda yang mustahak sahaja.

Waktu lebihan?

Dia habiskan dengan makan, minum, tengok drama, dan yang paling penting, tidur. Itu semua dah jadi aktiviti harian bagi Ara.

Jadi, tak peliklah jika ibunya dah bosan melihat anak perempuannya ini asyik berkurung di rumah saja.

Ting

"Assalamualaikum semua. Saya mahu beri sedikit maklumat untuk program sepanjang minggu ini. Bermula besok, akan berlangsungnya minggu orientasi untuk pekerja-pekerja baharu. Jadi, saya harap kamu semua berpakaian sopan dan kemas. Semua diwajibkan memakai baju berwarna putih pada hari esok."

His Unexpected Love | OGWhere stories live. Discover now