B A B 7

1.8K 180 22
                                    

Pang! satu kali.

Pang! dua kali

Pang! tiga kali.

Kali keempat tangan Tuan Fakhrul Adlan ingin menampar pipi anak perempuannya. Namun, di halang oleh Shazrin Ammar. Dia memeluk erat tubuh isterinya yang sedang memegang kedua pipinya. Sakit, dek kerana tamparan keras daripada bapa mentuanya. Dia tahu, Tuan Fakhrul Adlan kecewa dengan sikap isterinya. Tetapi, dia tiada hak untuk menyakiti isterinya.

Dia suami dan dia yang berhak untuk memberi pengajaran kepada isterinya.

"Baba, saya minta maaf kalau saya lancang atau terkurang ajar. Anggerik isteri saya. Tak sepatutnya baba tampar  isteri saya. Saya tahu dia anak baba. Puteri baba satu-satunya. Saya juga faham kalau baba kecewa. Tapi, baba. Saya suaminya dan tanggungjawab untuk mendidik ada dekat saya. Bagi pihak isteri saya, saya minta maaf sebab gagal untuk mendidik Anggerik seperti yang saya katakan." Kata Shazrin Ammar dengan suara yang lembut.

Semua mata-mata yang berada di ruang tamu itu menjadi saksi bertapa seorang Shazrin Ammar membela isterinya yang sudah terang-terangan bermain kayu tiga di belakangnya. Dia bukan sahaja curang, tetapi tidur bersama lelaki lain. Dia tahu, Anggerik sengaja berbuat seperti itu.

"Bunga Anggerik Nathalia, kau beruntung sebab dapat suami seperti abang. Dia masih membela seorang isteri yang nusyuz seperti kau! Kalau lelaki lain, dah lama jatuh talak!" sinis Shafiq Ammar berkata.

Dia marah, kerana kakak iparnya itu sedang memijak lumat harga diri seorang Shazrin Ammar. Dia tidak ingin, maruah abangnya di perkotak katikan dengan manusia yang terasa dirinya terpaling sempurna di atas muka bumi ini. Yakni, Bunga Anggerik Nathalia. Kerana pada dasarnya, tiada manusia yang sempurna di atas dunia ini. Sebab itu, Allah menjadikan kita berpasang-pasangan. Supaya setiap kekurangan itu di tutupi oleh sejuta kelebihan pasangan masing-masing.

"So what? kau nak aku rasa bangga? kau nak aku rasa terharu? atau kau nak aku rasa wanita paling bahagia sebab abang kau yang bodoh ni dah back up aku?" jawab Anggerik sinis.

Dia menolak kasar tubuh suaminya agar menjauhi dirinya. Jijik, kerana di sentuh oleh Shazrin Ammar. Ergh!

"Anggerik, jaga mulut kamu. Baba dengan umi tak pernah ajar kamu bercakap kurang ajar seperti sekarang! siapa kamu nak merendahkan seseorang? siapa kamu nak menghakimi orang? Kamu kata Shazrin tak pandai dan bodoh? habistu kamu itu dah rasa pandai sangat?" Kata Tuan Fakhrul Adlan geram dengan sikap anak bongsunya.

"Kalau kamu rasa, diri kamu dah terlalu pandai. Kenapa kamu perlu mengandung anak luar nikah? kamu sedar tak, berzina itu haram? kalau tak ada Shazrin, kamu nak cakap apa dekat orang kampung bila perut kamu dah besar nanti? nak cakap ini anak luar nikah hasil berzina dengan jantan lain? Anggerik, kalau kamu rasa diri kamu bijak, kamu tak akan sesekali dengan mudah berikan maruah kamu dekat lelaki lain!" Kata Puan Bunga Dahlia pula.

"Susah juga, kalau rasa diri itu terpaling sempurna. Sedangkan, diri itu yang paling hina." Kata Nurin Shazran pula sinis.

Dia sedang memuntahkan fakta. Bilang padanya, adik mana yang tidak kecewa dan marah ketika melihat abang yang paling dia sayang di rendahkan serendahnya?

"Dah habis bercakap?" soal Shazrin Ammar yang sedari tadi hanya menjadi pendengar dan pemerhati yang setia.

Masing-masing yang berada di ruang tamu itu, hanya diam membisu. Dia menarik nafas sebelum kembali berbicara. Sekilas, wajah cemberut isterinya di pandang dengan sebuah senyuman.

"Bunga Anggerik Nathalia binti Tuan Fakhrul Adlan ialah isteri saya. Tiada seorang manusia di ruang tamu ini berhak untuk memburuk-burukkan isteri saya termasuk adik beradik saya. Menghina dan menghakimi isteri saya sama seperti kalian sedang menikam saya dengan pisau berkali-kali, sakit rasanya." Kata Shazrin Ammar pula.

SYARAT BAHAGIA | OGWhere stories live. Discover now