B A B 4 5

2.6K 225 25
                                    

"Anggerik." Suara garau daripada Muhammad Azhan Asfar mematikan lamunan panjangnya.

Dia menarik nafas sebelum memandang si abang.

"Anggerik okay?" soal Azhan risau.

Bunga Anggerik Nathalia diam. Entahlah, terlalu banyak kejadian yang berlaku kepadanya kebelakangan ini. Baru sahaja dia ingin merasai sedikit kebahagiaan. Hari ini, muncul pula berita tentang seorang penjenayah yang berjaya di berkas kerana membunuh keluarga besar Tuan Fakhrul Adlan.

Mengapa dia tidak pernah mengecam bahawa pelaku itu adalah Ikram? Allahuakhbar! benarlah, kifarah akan sentiasa berputar. Puncanya daripada dia. Dan, sekarang baru dia sedar, perangai buruknya bisa membuatnya kehilangan orang-orang yang dia sayang.

"Abang, Anggerik ini jahatkan?" katanya bersama tawa kecil.

Azhan senyum. Dia mengerti bahawa adiknya ini dalam keadaan serba salah.

"Jangan sesalkan perkara yang dah berlaku. Sekarang ini, fokus dengan apa yang Anggerik ada. Faham?" kata Azhan pula dengan lembut.

"Bila ibu dan mama balik? rindulah dekat diorang." Kata Anggerik pula.

Muhammad Azhan Asfar masih mengukir senyum.

"Inshaallah lusa, sempatlah diorang tengok anak kesayangan ini naik pelamin." Usik Azhan bersama tawa lapang.

Bunga Anggerik Nathalia menjeling. Suka betul mengusik.

"Fatimah mana?" soalnya pula.

"Ada dekat bawah dengan Lea." Jawab Azhan pula.

"Kalau macam itu, Anggerik turun juga lah. Kesian Kak Lea nak melayan Fatimah itu." Kata Anggerik pula.

"Lupa pula abang nak beritahu, Shaz ada dekat bawah. Pakai tudung." Ujarnya.

Bunga Anggerik Nathalia mengerutkan dahi. Haih, semakin dekat tarikh pernikahan. Semakin suka pula dia datang yer?

"Abang turun dulu." Kata Azhan lalu beredar dari biliknya.

Dia pula, usai sahaja menyarung tudung. Kedua kakinya melangkah keluar dan menuruni tangga berjalan ke ruang tamu. Riuh rendah sungguh dengan suara-suara manusia.

"Umi!" Fatimah menarik tangan si ibu lalu ia menyuruh Anggerik duduk bersebelahannya.

"Cantik tak?" soal Fatimah ketika menunjukkan lukisannya.

Bunga Anggerik Nathalia mengangguk bersama senyuman.

"Pandainya anak umi melukis. Siapa yang ajar ni?" puji Anggerik bersama senyuman.

"Abah ajar!" jawabnya bersama sengehan.

Bunga Anggerik Nathalia memandang bekas suaminya bersama senyuman.

"Terima kasih sebab besarkan anak saya dengan baik. Rasa janggalkan, bila saya sebut anak saya?" katanya bersama tawa hambar.

Shazrin Ammar pula senyum kecil.

"Fatimah Zahra darah daging awak. Tak ada yang janggal pun. Kenapa? awak masih terkejut dengan berita tadi?" kata Shazrin Ammar pula ingin tahu.

Bunga Anggerik Nathalia senyum tawar.

"Puncanya saya, kan?" katanya pula dengan suara yang mengendur.

Shazrin Ammar pula mengeleng kecil.

"Semua yang berlaku kerana takdir. Jangan salahkan diri awak berlebihan Anggerik. Ia seolah awak mempersoalkan urusan Allah." Tegur Shazrin Ammar.

Sambil itu dia melihat Fatimah Zahra sedang menyiapkan lukisannya yang kedua pula.

SYARAT BAHAGIA | OGWhere stories live. Discover now