B A B 3 8

1.8K 187 19
                                    

"Abang Az, he is private doctor." Kata Azhan dengan lembut.

Dia menarik nafas sebelum menyambung kata-katanya kepada adik kesayangannya itu. Dia tidak ingin memaksa Bunga Anggerik Nathalia. Namun, untuk kali ini dia berharap bahawa adik kesayangannya ini bisa membuka hati untuk seorang lelaki yang ikhlas mencintai serta menunggunya sehingga di saat ini.

"Selamat pagi Encik Shazrin." Ucap Azhan bersama senyuman manis.

Dia berjalan mendekati pesakit yang sudah tiga bulan berada di hospital ini. Dulang yang berisi makanan serta ubatan ia letak dengan cermat di atas meja yang di sediakan.

"Aku nak Anggerik..." Ucap Shazrin dengan suara yang lemah.

Muhammad Azhan Asfar mengukir senyuman. Dia duduk bersebelahan si pesakit. Sudah tiga bulan jejaka ini di rawat oleh pihak hospital. Namun, tiada sebarang perubahan yang Shazrin Ammar tunjukkan.

Selama tiga bulan ini, nama wanita itu sering di sebut oleh dia. Bahkan, nama itu seakan tidak asing bagi Muhammad Azhan Asfar. Seperti nama adik bongsunya.

"Kalau Encik Shaz nak Anggerik. Kita makan dulu ya? lepas makan, kita makan ubat. Kalau dah sihat, saya sendiri yang bawa jumpa Anggerik." Pujuk Azhan lembut.

Shazrin Ammar pula menatap tajam doktor yang bertanggungjawab di dalam merawatnya.

"Kau tipu, semua orang dekat sini tipu aku!" jerit Shazrin Ammar kuat.

"Dah tiga bulan aku dekat sini, Anggerik tak datang pun jenguk aku!" kata Shazrin lagi kecewa.

Muhammad Azhan Asfar pula mengukir senyum. Dia dengan tenang menatap wajah itu. Ya, muka yang penuh dengan luka di hati. Tak terurus. Bahkan, setiap hari nama wanita itu sentiasa meniti di bibir.

"Sampai bila, Encik Shaz nak hidup dekat sini? kesian dekat anak encik, adik-adik encik juga. Terkadang luka akan sembuh seiring waktu yang berjalan. Atau ia akan kekal menjadi parut kelak." Kata Azhan dengan lembut.

"Anggerik bertuah sebab dapat suami sebaik encik." Kata Azhan lagi.

Namun, hanya tawa sinis yang di balas oleh Shazrin Ammar. Bertuah?

"Kau salah, dia... Dia menderita hidup dengan aku. Sebab aku miskin, aku ni bodoh kau faham tak? isteri aku tu pandai, dia tak pernah hidup susah... Dia lahir dalam dulang emas. Aku memang tak berguna. Kenapa... Kenapa bukan aku yang tak mati... Kenapa ibu dan ayah yang perlu mati? kau tahu tak, sebab aku ibu dan ayah aku mati. Sebab aku..." Ucap Shazrin Ammar bersama tangisan kecil.

Kadang-kadang orang yang selalu bersikap tenang adalah seseorang yang selalu memendam 1001 perasaan yang terbuku di hati. Wajahnya mungkin tenang, namun hati kecilnya penuh luka yang tiada walaupun seorang yang tahu.

"Sekarang ni, abang Az nak tanya. Salah ke kalau dia paksa Anggerik untuk terima dia semula?" soal Muhammad Azhan Asfar dengan serius.

Itu baru sedikit sahaja yang ia cerita dekat si adik. Selepas ini, ada banyak lagi kisah yang akan dia ceritakan. Jika ikutkan hati, dia tidak ingin campur tangan di dalam urusan peribadi mereka berdua. Namun, di sebabkan kebelakangan ini Shazrin Ammar sering kali meminta ubat tidur. Dan, dia yakin ia ada kaitan di antara Anggerik dan dia.

Kerana sudah lama jejaka itu tidak bertemu dengannya hanya kerana sebotol pil tidur.

"Anggerik tak pernah cintakan dia. Perasaan di hati ini tetap kosong seperti lima tahun lepas." Jawab Anggerik dengan suara yang kendur.

"Belajar Anggerik. Belajar untuk terima seseorang yang masih setia dengan kita. Dia tetap pilih Anggerik sedangkan dia ada banyak pilihan wanita yang jauh lebih baik dari bekas isterinya." Kata Azhan lagi dengan suara yang sedikit keras.

"Abang Az tak marah tapi kecewa. He love you so much Anggerik. Every single thing he doing. Just because of you." Kata Azhan lagi.

Dia berharap si adik akan sedar bahawa Shazrin Ammar sangat tulus di dalam mencintainya. Namun, Bunga Anggerik hanya diam tidak menjawab kata-kata si abang kerana dia tidak tahu hendak memberi reaksi seperti apa.

"Abang, nak rujuk semula dengan Anggerik." Kata Shazrin Ammar ketika seisi keluarga sedang menikmati makan malam.

Tidak lupa juga Fatimah Zahra yang sedang enak makan di pangkuannya.

"Aran tak setuju." Ucap Shazran dengan serius.
Mereka berdua saling bertatapan. Dan tersungging senyum sinis di bibir jejaka itu.

"Abang tak perlukan persetujuan daripada sesiapa pun termasuk Aran. Abang cuma beritahu yang abang akan rujuk semula dengan Anggerik." Kata Shazrin Ammar pula dengan selamba.

Shazran mendengus tidak berpuas hati dengan kata-kata si abang. Lupakah Shazrin Ammar bertapa deritanya dia dulu angkara wanita itu?

"Abah." Fatimah mendongak memandang wajah si ayah bersama senyuman manis.

Senyuman itu yang mewarisi Anggerik. Cantik dan manis.

"Ya, kesayangan. Kenapa?" lembut Shazrin Ammar menjawab.

Fatimah Zahra senyum manis.

"Anggerik itu nama umi kan?" soal Fatimah inginkan kepastian.

Shazrin Ammar mengangguk.

"Fatimah dah boleh jumpa umi ke abah?" soalnya lagi dengan teruja.

Shazrin Ammar senyum.

"Boleh kesayangan abah. Esok, abah suruh umi datang office." Jawabnya lagi.

"Yeay, thank you abah. I love you!" sorak Fatimah Zahra dengan rasa teruja.

Dia bangun sedikit lalu kedua pipi si ayah dia cium penuh sayang.

"Aran tak akan pernah terima betina itu semula." Kata Nurin Shazran lagi.

Shazrin Ammar pula senyum sinis.

"Jangan label Anggerik macam itu. Kalau abang label suami Aran biawak hidup. Aran marah tak?" kata Shazrin Ammar dengan selamba.

Nurin Shazran mengetap bibir. Geram.

"Abang, Ana bukan tak suka. Tapi, bukan sikit perbuatan dia dekat abang. Kalau abang nak kahwin lagi. Ana boleh carikan calon yang jauh lagi baik dari Anggerik." Kata Nurin Shazana dengan lembut setelah lama dia mendiamkan diri.

Sebelum dia membalas kata-kata si adik. Dia menatap semula anak kesayangannya itu bersama senyuman manis.

"Kesayangan abah boleh tak pergi ruang tamu dengan mama Afrin? abah ada kerja sekejap." Kata Shazrin Ammar lembut.

Si anak mengangguk dan menurut perintahnya. Setelah itu, baru Shazrin Ammar memandang adik-adiknya.

"Abang tetap akan rujuk dengan dia. Suka atau tidak. Keputusan abang dah muktamad." Tekad Shazrin Ammar.

"Abang..." Shafiq memandang si abang dengan kecewa.

"Fine, kalau korang ada calon. Bawakan dekat abang. Pastikan calon itu, seperti Anggerik." Kata Shazrin Ammar lalu bangun dari tempat duduknya dan bergerak ke ruanga tamu untuk bermain-main dengan si anak.

Manakala, mereka bertiga pula mengeluh kecil. Sungguhlah, sejauh mana waktu yang memisahkan. Jika Allah berkehendak. Maka, mereka berdua akan di pertemukan semula.

"Fiq, cuba cari kalau ada." Putus Shafiq.

Walaupun dia ragu-ragu dia akan tetap cuba untuk mencari seorang wanita yang sama persis Bunga Anggerik Nathalia demi kebahagiaan abangnya.

Hello! okay tak?
typo abaikan!

Jangan lupa vote&comment
banyak² tau! kalau tak saya
malas updated werk!

Enjoy & happyread❣️

SYARAT BAHAGIA | OGWhere stories live. Discover now