Bab 12

46.4K 2.5K 92
                                    

"So kalau betul aku jealous kenapa?"tanya Haris.

Haris mendekatkan diri dengan aku. Jantungku kembali berdegup kencang.

"Kenapa dengan dia ni?.."bisikku.

"Kenapa awak nak jealous pulak? Bukannya awak suka saya pun"balasku.

Wajah Haris agak terkejut. Haris tidak membalas apa-apa dan sambung memandu.

"Eiii dia ni selalu je bagi orang awkward.."bisikku.

---------------------------------------------
"Oi bangun!" Haris mencucuk badanku dengan kunci kereta.

Aku terjaga. "Macam mana boleh tertidur pulak ni?"

"Jap. Kenapa kita bukan kat rumah saya?"kataku. Ni rumah siapa pulak?

"Ni rumah aku. Papa ada kat dalam. Papa suruh kita tidur kat rumah ni mulai harini"balas Haris.

"Tapi.."belum sempat aku menghabiskan ayatku Haris mencelah.

"Jangan risau semua barang kau aku dah suruh bibik aku ambik termasuk kucing kau tu"balas Haris sebelum keluar daripada kereta.

"Eyy dia ni macam tau-tau je aku nak cakap apa"bisikku.

Aku keluar daripada kereta. Wah rumah ni 2 kali ganda lagi besar daripada rumah aku.

Aku berjalan ke arah pintu masuk.

"Ha Emma masuklah"kata Dato Zasran.

"Aik macam mana Papa ada kat rumah? Bukan tadi ada kat sekolah ke?"bisikku.

Aku pun masuk ke dalam rumah. Kakiku masih lagi sakit.

"Haris kata kaki Emma terseliuh. Terus Papa balik rumah sebab takut Haris ni tak reti nak jaga Emma. Papa nak tengok-tengokkan si Haris ni"kata Dato Zasran.

Haris membuat muka menyampah.

"Eh takde la. Kaki Emma sakit sikit je ni. Nanti sembuh la. Tak apa la Papa pergi la sekolah balik"kataku sambil tersenyum.

"Ha ye lah. Kalau nak apa-apa bagitau Haris atau Mak Siti. Papa pergi dulu. Haris, jaga Emma baik-baik"balas Dato Zasran.

"Mesti lah Haris akan jaga isteri Haris yang tercinta ni" Haris menekan sedikit perkataan 'isteri'.

Selepas sahaja Dato Zasran beredar,aku naik ke atas dengan perlahan.

"Kau nak pergi mana tu?"tanya Haris.

"Bilik la. Nak rehat"balasku.

"Kau dengan kaki macam tu nak naik tangga?"balas Haris.

"Dah tu?"tanyaku. Pelik betul la dia ni.

Tiba-tiba Haris mendukungku naik ke atas.

Jantungku berdebar. "Kenapa lah sejak kebelakangan ni jantung aku suka sangat berdebar?"

Haris meletakkan aku di atas katil dengan perlahan.

Bad Boy Is My Classmate And My Husband?Where stories live. Discover now