Bab 8

46.1K 2.7K 55
                                    

Terasa badanku dicucuk. "Oi bangun ah"

Aku terus terjaga. Dah sampai rupanya.. Terlena juga aku kan tadi..

"Lap air liur tu"kata Haris sambil ketawa.

Aku terus mengesat bibir.

"Mana ada air liur!" Aku menjeling ke arahnya.

"Kita nak buat apa kat sini?"Aku berjalan ke arah pintu masuk.

"Basuh pinggan"'balas Haris selamba.

"K"balasku.

"Shopping lah. Tanya lagi soalan macam tu" Haris kembali ketawa.

"Seronok ke gelakkan orang?"

"Seronoklah kalau orang tu kau" Haris menekan butang lif.

Aku mendiamkan diri. Kalau balas kang tak pasal-pasal kena balik.

Aku berada betul-betul di depan kedai makan Tony Roma's. Eh,dia ni nak ajak aku makan ke?

"Kita nak makan ke?"tanyaku.

"Ye lah takkan nak basuh baju pulak"perlinya sekali lagi.

"Ohhhhh, awak ajak saya date ehhhh" Aku mencucuk badannya.

"Aku lapar. Kalau kau taknak makan boleh tunggu kat luar eh"balas Haris dengan tak ada perasaan.

Cis, ingat aku tak lapar juga ke..

Aku mengikut Haris masuk ke dalam restoran itu. Selepas sahaja kami memesan,aku memerhatikan muka Haris.

"Dah habis dah tengok muka aku?"tanya Haris.

Aku mengalihkan pandangan.

"Mana ada saya tengok muka awak" ish kantoi pulak.

"Kenapa awak setuju nak kahwin dengan saya?"soalku.

"Kalau aku tak kahwin dengan kau, kau tau tak papa akan tarik semua kereta,card credit aku"terang Haris.

Hati aku terasa pedih. Kenapa aku nak rasa pedih pulak? Relax Emma, Takkan kau dah suka dengan dia ni?

"Oh. Pastu awak tak kisah ke dengan masa depan awak kalau awak kahwin dengan orang yang awak tak cintai?"

"Why you ask me this question?"tanya Haris kembali.

"Saja nak tau"

"Takyah tau"balasnya selamba.

Macam cakap dengan robot je tau.

"Saya dengar cerita awak selalu gaduh kan?"tanyaku

"Kalau betul asal?" Haris memandang aku.

"Awak tak takut ke?"balasku.

"Bukan aku yang cari pasal. Diaorang yang cari pasal, so tak salahkan kalau aku defend diri aku"balas Haris.

Aku hanya terdiam.

"Enough about me. How about you? Kau tak ada boyfriend ke sebelum ni?" Aku terus tersedak mendengarkan soalan itu.

"Kalau dah sampai tersedak adalah tu kan? Siapa dia?" Ish Haris ni kenapa macam penyiasat pulak.

"Saya tak ada okay. Saya tersedak sebab saya terkejut dengan soalan awak je. Awak lelaki pertama yang saya rapat selepas papa saya"terangku.

Haris tersenyum. Eh dia ni kenapa senyum pulak ni?

---------------------------------------------
"Aku nak bayar tiket parking jap. Kau duduk dalam kereta dulu"kata Haris.

Aku terus masuk ke dalam kereta sambil mendengar lagu di radio.

20 minit berlalu. Mana Haris ni? Lambatnya..

Selepas 10 minit, Haris masuk ke dalam kereta tetapi wajahnya terdapat sedikit lebam dan bibirnya ada darah sedikit.

"What's wrong with your face? Awak gaduh ke tadi? Are you okay? Siapa yang buat macam ni? Nak pergi klinik tak?"soalku. Ni mesti ada orang serang dia ni.

"I'm fine. Taknak, aku tak suka pergi klinik. Sikit je ni" Haris terus menyusur keluar dari tempat parking.

"Kalau sakit cakaplah sakit. Tak guna kalau kita tahan sakit, nanti boleh jadi lagi teruk tau"balasku.

"I'm fine"balas Haris.

Sesampainya di halaman rumah, Haris tidak bangun dari tempat driver.

"Why?"soalku. Aku melihat Haris sedang memegang kakinya.

Aku memerhatikan kakinya betul-betul.

"Haris you're bleeding!! Jom pergi klinik!"

"Please. Aku taknak pergi klinik"balas Haris sambil memegang tangan aku.

"Awak ni memang degil betul lah. Jom saya tolong awak bangun"

Aku memegang pinggangnya untuk membantu dia berjalan.

"Awak duduk kat sini dulu okay" Haris duduk di sofa sambil memegang kakinya.

Aku mengambil first aid dari bilik aku.

"Eh,kau nak buat apa ni?" Haris terkejut melihat aku memegang first aid.

"Nak tolong awak lah. Duduk diam-diam" Aku mengangkat sedikit seluar Haris sampai ke betisnya.

Betisnya penuh darah. Macam kena tikam? Tapi nasib luka dia tak dalam.

Aku membersihkan lukanya lalu membalut kakinya. Haris hanya memerhatikan aku.

Selepas itu, aku membersihkan luka di wajahnya pula.

Kau nak buat apa ni? Aku boleh buat sendiri lah"kata Haris sambil memegang pergelangan tangan aku.

"Diam lah. Biar saya buat" Aku terus meletakkan ais di lebamnya. Aku membersihkan luka di bibirnya pula.

"Ouch!" Haris menyentuh bibirnya.

"Sorry" Aku menyentuh bibirnya. Jantungku tiba-tiba berdegup kencang. Not now please..

Aku dapat merasakan Haris sedang memerhatikan aku dan wajahnya semakin hampir dengan aku..

"Er, saya nak mandi dulu lah. Bye" Aku melarikan diri ke atas.

Wah, so close! Haris is trying to kiss me? Tak kot. Imaginasi aku je kot. Kalau imaginasi kenapa aku pergi lari ey buat malu je.Lagipun dia bukan suka aku pun. Dia kan tengah tunggu 'someone'...

Bad Boy Is My Classmate And My Husband?Where stories live. Discover now