Bab 16

45.2K 2.5K 104
                                    

"Please... Stay like this.."kata Haris. Suaranya seakan lemah. Nafasnya kedengaran kuat di telinga aku.

Aku menelan air liur. Jantungku masih lagi berdegup kencang. Aku kaku tidak bergerak..

"Err saya nak mandi jap. Bye"aku segera bangun tanpa menoleh ke arah Haris.

Aku terus masuk ke dalam tandas. Aku menghembus nafas lega.

"Dia tadi tu kenapa?.."kusut fikiran aku memikirkan perangai Haris yang kejap dingin kejap baik ni..

Selesai sahaja mandi aku keluar dengan perlahan-lahan agar tidak mengejutkan Haris.

Haris masih lagi tidur. Fuhhh selamat..

Aku duduk perlahan-lahan dan langsung tidak mengeluarkan bunyi di atas katil.

Aku melihat muka Haris yang nyenyak tidur itu.

"Aww comelnya dia time tidur.. You're not that bad Haris. I guess.."aku mendekatkan diriku dengan muka dia.

Aku mencium pipinya.

Aku segera bangun. "Apa kau buat ni Emma!!!"bisikku.

Aku memukul lembut kepalaku. "Kenapa kau kiss diaaaaaaaaa?!"

"Tapi kan.. Kenapa diri aku nak buat macam tu eh?.. Ahhh kau tak boleh suka dia Emma!"

Perangai aku sejak kebelakangan ni makin pelik la..

"Knock knock"pintu bilikku diketuk.

"Siapa pulak datang ni aduh.. Haris pulak tengah tidur ni macam mana ni??"aku membuka pintu bilikku tetapi hanya separuh.

"Ahh Akmal. Kenapa?"fuhh nasib baik Akmal ingatkan cikgu la tadi...

Akmal ketawa. "Kenapa muka awak terkejut sangat tu? Awak nampak comel sangat tau"

Mukaku terus menjadi merah. "Dia ni nak buat hati aku cair ke.."

"Eh mana ada.. Ha kenapa awak datang sini?"tanyaku.

"Ohh. Saya cari Haris. Awak ada nampak dia? Saya cuba call dia, tapi phone dia dalam bilik pulak"balas Akmal.

Aku terkejut. "Matila kalau dia tau Haris ada dalam bilik ni.."

"Ha..ris?? Err tak nampak pulak. Mungkin dia tengah jalan-jalan kot?.."balasku tergagap-gagap.

"I thought awak nampak dia. It's okay thank you Emma. Rehat la dulu. Sorry kacau"balas Akmal dengan sopan.

Aku membalas dengan senyuman. "Aku rasa la kan Akmal tu mesti ciri-ciri calon menantu setiap parents. Dah la handsome,pandai,sopan santun pulak tu"

Aku berjalan ke arah katil sambil tersenyum-senyum.

"Aik mana dia pergi?!"aku melihat di atas katil Haris sudah tiada.

"Cari siapa?"tiba-tiba ada suara mengejutkan aku daripada belakang.

"Awak pergi mana?! Risau saya"balasku.

Haris tersenyum. "Kau risau pasal aku ni... Kau suka aku eh?!"

Aku mengelakkan pandangan Haris. "Ya Allah, kuatkan lah hati aku daripada cair tengok Haris senyum macam ni.."

"Awak ni suka merepek la. Dah la balik ke bilik awak, nanti kalau cikgu nampak susah saya tau tak!"aku cuba menarik Haris keluar.

"Soooo? Kita dah kahwin kan apa salahnya"balas Haris sambil tersenyum sekali lagi.

"Memang la tapi awak nak ke semua orang tau? Dah pergi masuk balik bilik awak tu!!"aku sudah membuka pintu tetapi Haris enggan keluar.

Bad Boy Is My Classmate And My Husband?Where stories live. Discover now