Bab 14

45.8K 2.5K 238
                                    

Jantungku berdegup dengan sangat pantas. Wajah Haris sangat dekat dengan aku.

Kenapa dia suka sangat buat macam ni kat aku...

"Morning.."Haris membisikkan perkataan itu betul-betul di sebelah telingaku.

Aku kaku tidak bergerak. Haris ketawa selepas dia bangun daripada aku.

"Okay..tu adalah wish morning yang paling pelik pernah aku dapat.."bisikku. Aku menghembus nafas lega.

---------------------------------------------
"Sabtu ialah hari yang paling best. Sebab apa? Sebab sekolah tak ada! Yayyy"bisikku. Hatiku sudah keriangan menyanyikan lagu cuti.

Selesai sahaja mandi, aku turun breakfast bersama Haris dan Papa.

Tetapi bila sampai di meja makan, hanya Haris sahaja berada di situ sambil bermain phone.

Aku duduk dengan perlahan-lahan.

"Err mana Papa?"tanyaku.

"Keluar"balas Haris pendek.

"Pergi mana?"tanyaku lagi.

"Mana la aku tau. Kau ingat aku ni spy Papa ke?"marah Haris.

"Ee suka sangat marah orang!"bisikku.

"Ding dong!"loceng rumah Haris berbunyi.

"Kau pergi tolong bukak pintu tengok"suruh Haris.

"Baiklah bossssssss"balasku saja memerlinya.

Aku berjalan ke arah pintu. Aku membuka pintu.

"Emma?"kata Akmal.

Aku terkejut. Tidak sangka pulak Akmal nak datang rumah Haris pagi-pagi macam ni..

"Eh Emma la. Kau buat apa kat rumah Haris ni?"kata Aaron. Aaron pun ada?...

"Err.. Saya er..."belum sempat aku menghabiskan ayat aku, Haris memeluk bahu aku.

"Aku yang suruh dia datang untuk siapkan homework aku"balas Haris.

"Haa betul la tu. Terlupa pulak saya"balasku.

"Baek la Emma! Apa kat kau tolong aku punya homework sekali?"pujuk Aaron.

Haris memukul kepala Aaron. "Kau buat sendiri"

"Laa apa salahnya. Kau boleh suruh Emma buat asal aku tak boleh?"tanya Aaron sambil memuncungkan bibirnya.

"Sebab dia kena dengar cakap aku sorang je"balas Haris.

"Sejak bila kau jadi kedekut ni Haris? Ke kau dah.."Aaron tersenyum sinis sambil memandang aku.

"Dah apa? Kau nak kena ke sekali lagi dengan aku? Dah ah masuk cepat!"kata Haris sebelum beredar daripada situ.

"Relax la aku gurau je kot hahaha"balas Aaron.

Aaron mengenyit mata ke arah aku seperti memberikan aku satu mesej.

"Yang awak kenyit mata kat saya ni kenapa?"tanyaku. Cucuk kang mata dia ni!

"Kau dengan Haris, ada apa-apa kannn? Aku tau. Baik kau mengaku cepat"kata Aaron sambil tersenyum sinis sekali lagi.

"Er.. Ada apa..?"balasku. Aduhai dia ni..

"Tak payah layan Aaron ni Emma. Dah jom kita masuk"kata Akmal yang tadi hanya diam tiba-tiba bersuara.

"Jom. Tinggalkan Aaron sorang-sorang"balasku sambil ketawa.

"Ooo sampai hati korang kan tinggalkan aku sorang-sorang!"balas Aaron.

Bad Boy Is My Classmate And My Husband?Where stories live. Discover now