Bab 2

50.9K 2.8K 115
                                    

"Ni tempat aku"kata lelaki itu sambil merenung tajam ke mata aku.Huish meremang bulu roma.

"Tapi saya sampai dulu so saya dapat dulu lah"balasku dengan berani.

Ish pantang betul aku dengan orang yang macam ni. Kalau dia expect aku nak pergi dalam mimpi je la.

Satu kelas terkejut apabila aku berkata sebegitu. Aku rasa aku dah faham kenapa semua terkejeut bila aku duduk tempat ni. Kenapa lah diaorang takut dengan lelaki ni?

Lelaki itu menolak kerusi aku ketepi.Dengan aku sekali tertolak sampai terjatuh. Eyy dia ni tak reti respect orang agaknya. Sabar Emma breathe in breathe out..

Aku bangun lalu menolak dia ke tepi.Lelaki itu agak terkejut dengan perbuatanku lalu dia tersenyum sinis.

Lelaki itu mendekatkan diri dengan aku sehingga aku bersandar di dinding.Wajahnya sangat dekat dengan aku. Perfume yang dipakainya pergh menusuk hidung.

Aku memandang tepat mukanya dengan renungan tajamku.Ingat dia sorang je ke boleh buat. Ni Emma Qistina lah.

"Well girl, what is your name?"tanya lelaki itu sambil menyentuh rambutku. Aku menepis tangan lelaki itu. Lelaki itu tersenyum sinis sekali
lagi.Annoyingnya.

"Aku rasa kau tak kenal aku lagi kan? 1. Jangan sesekali sentuh aku. Sekali lagi kau sentuh aku, mungkin kau tak dapat nak habiskan tahun ni. 2. Tempat tu aku punya" sambil menunjuk ke arah tempat duduk yang aku duduk tadi.

"Kalau saya tak duduk situ, saya nak duduk mana? Ada dua meja kan kat situ, takkan dedua awak punya ? Lagi satu sekolah ni bapak awak punya ke?!"balasku pula. Ha tau sentap. Tamak betul.

"Ada aku kisah kalau kau duduk atas lantai sekali pun? Yes dua-dua meja tu aku punya dan ni memang sekolah bapak aku"balasnya. Pergh berlagak betul.

"Apa bukti dia?"tanya ku. Tiba-tiba sahaja seorang guru lelaki masuk ke dalam kelas aku. Eh macam kenal, siapa eh?

"Haris Adrey!" Lelaki yang aku rasa nama dia Haris itu terus melepaskan aku. Wajahnya agak takut dengan guru lelaki tersebut.

Wait..tu bukan pengetua ke? Dan Haris Adrey?... Habis lah aku..

Why I'm so stupid. Aku nak menangis satu sungai sekarang ni. Sekarang aku tau siapa lelaki ni. Patutlah semua takut sangat dengan dia. Kalau lah aku tau siapa dia dah lama aku blah je.Lebih rela duduk atas lantai.

Haris Adrey bin Zasran. Anak kepada pengetua sekolah ni, iaitu Dato' Zasran. Haris Adrey memang banyak telibat dalam kes displin. Seorang yang panas baran,suka bergaduh tetapi pandai,atlet sekolah dan mempunyai pakej lengkap iaitu wajahnya kegilaan ramai perempuan.

Aku tak pernah nampak muka Haris sebelum ni tapi aku banyak dengar cerita pasal dia. Kaki pukul lah,terlibat dalam gang dan macam-macam. Nasib anak pengetua kalau tak dah lama kena buang sekolah.

"Haris!First day sekolah pun buat hal.Apa nak jadi ni?"marah cikgu Zasran.

"Pa, dia yang cari gaduh dulu"balas Haris sambil menunjuk ke arah aku.

"Papa tak rasa dia yang cari gaduh dulu. It must be you yang cari gaduh dulu. Papa bukan baru kenal Haris semalam lah"balas cikgu Zasran.

Pelajar di dalam kelas 5 Alpha hanya diam mendengarkan perbualan mereka termasuk aku.

"Sorry. Boleh cikgu tau apa yang berlaku ni?" tanya cikgu Zasran.

"Err,tadi saya duduk sini lepas tu dia tolak saya kata ni tempat dia. Saya pun marah lah sebab dah la ada dua meja kat situ lepastu dia nak conquer tempat tu sorang je. Tempat lain pula dah penuh" terangku.

Cikgu Zasran merenung tajam mata Haris. "Haris buat kecoh pagi ni sebab tempat duduk je?! Matang lah sikit Haris, you are 17 this year. Please behave"

"But papa tau kan Haris memang suka duduk sorang je. Haris mana pernah share dengan orang lain"balas Haris sambil membuat muka tidak puas hati kepada aku.

"Papa tak kisah. Haris kena share juga tempat ni. Muktamad!"balas cikgu Zasran.

"Awak duduk je sini. Kalau Haris buli awak report je terus kat saya."kata cikgu Zasran kepada aku lalu beredar dari situ.

Aku mengambil beg lalu meletakkan di kerusi sebelah Haris. Jantungku berdegup kencang. Kenapa lah aku argue dengan dia? kalau lah aku tau siapa dia memang tak lah nak duduk sini. Tapi aku tak ada pilihan lain sebab tempat ni je kosong.

Haris membisik sesuatu di telinga aku."You will regret" meremang bulu roma aku uish. Selamat tinggal dunia huaaa..

Bad Boy Is My Classmate And My Husband?Where stories live. Discover now