The 11

1.3K 137 49
                                    

Aku menikmati jajan di ruang tamu sambil tengok tv tiba² sahaja Hoshi brek mengejut di depanku dan menukar channel tv. Mulutku terlopong. "Woi!!!!" pondan ni kacau ah! Aku baru nak tengok 'Sayangku Kapten Sekup' tapi dia kacau pulak!

"Kejaplah! Kau dari tadi dok tengok tv, aku pulak!" ujar Hoshi. Aku melihat kearahnya selepas itu aku sekilas melihat tv. "Sailor Moon??"

Aku melihat anime itu. Nampaknya dia dah terjebak macam Joshua. Ah, aku lupa dia dapat gelaran Hoshi pon sebab dia minat gila dengan Sailor Moon. Sebab aku bosan, Aku amik keputusan untuk melepak dengan tokey eyeliner dekat sebelah rumah.

______________

"Oohhoii!! Baek! Mmmbaekkk! Kambing wei!" panggil ku sambil terjerit² di depan rumahnya. "Kau panggil aku elok-elok sikit, satgi kot gunting pokok ni terpacak atas kepala kau nanti." marah Baek sambil menayangkan gunting pokok milik bapaknya. "Sejak bila kau jadi tukang kebun ni??" tanyaku di sebalik tembok rumahnya bahagian depan.

Baekhyun membetulkan cermin mata hitamnya dan juga topi kebun milik puan Jung, mak kepada Hoseok yg di balasnya. Sesekali dia mengelap peluh di mukanya menggunakan tuala kecil Hoseok yg puan Jung baru sidai di penyidai baju rumahnya juga di balas oleh Baekhyun. Selepas mengelap, dia menyidai semua kain itu tanpa riak bersalah. Ish, apa nak jadi budak ni??

"Hah? Kau dah kenapa panggil aku ni??" hairan Baekhyun. "Aku bosan dow" ujarku sambil menghelahkan nafas yg berat. Berat sangat ke?? "Dah! Aku nak sambung potong pokok bapak aku. Pi main sana shuh! Shuh!" Terus sahaja Baekhyun menghalau aku. Tak guna kau Baek. Aku sumpah kau jadi cicak kobeng.

_____________

Malam

"Yunlee, kamu nak kemana tu malam² ni??" Panggil Puan Mina kepada anaknya ini. Aku hanya sekadar memakai hoodie, seluar jeans hitam dan mengikat rambutku yg panjang ini. Aku bergerak kearah almari yg menyimpan berpuluh-puluh kunci di situ dan mengambil kunci motor aku.

"Pergi jadi rukun tetangga.." Balasku bersahaja. Puan Mina melihat pelik. Aku tersengih. "Taklah, ambil angin.." Selepas mengucapkan itu, terus sahaja aku keluar dari pintu rumah. Makku menggeleng. Mak, saya tahu perangai saya teruk.


Vromm, vrroomm

Perlahan-lahan aku memulas handel motor aku. Dan aku terlihat susuk tubuh seseorang yg aku kenal. Dia memakai Hoodie berwarna hitam dan penutup mulut berwarna hitam.

"Taehyung??" Ujarku. Lelaki itu menoleh dan terus lari kearah motor aku. Dia duduk di belakang aku. "Annyeong, Yunlee" ujarnya.

"Annyeong, kau buat apa malam² macm ni??"

"Kau tu pulak buat apa malam² mcm ni? Dah la perempuan"

"Ish, aku tanya kau!"

"K, la. Aku amik angin. Kau"

"Samalah"

Aku memasuki setiap lorong yg ada di taman perumahan ini. Taehyung memeluk pinggang aku. Perfume yg dia guna pun wangi sangt. Aku menampar pipiku. Apa aku mengarut ni?? Mataku membulat. "Ya.. Yah Tae, apa kau buat ni!!!!" Jeritku.

"Nanti aku jatuh, so aku peluklah" balasnya bersahaja. Aku menggulingkan mataku keatas.

Tiba-tiba aku berhenti di satu lorong yang gelap gelita. "Wae kau berhenti??" tanya Taehyung. Aku sekadar menggeleng. Dia melihat kedepan. "Ahhh, bukan orang kata lorong ni berhantu ke??" tanya Taehyung.

"Itulah, jadi aku cuba cari kepastian dan memasuki lorong ini!" balasku dan membawa motorku masuk kedalam lorong ini.

Sunyi, gelap, cengkerik dan bermacam lagi.

"Seram sejuk aku..." kata Taehyung. Aku bawa motor aku hingga ke hujung jalan terakhir.

"Takda apa pon.." kataku hampa. "Eleh, tunjuk yg gambar pon terjerit-jerit terpekik², ni yg sebenar lagilah.." aku menyekeh kepala Taehyung.

"Kau ah! Call aku guna dp hantu budak, aku pun terkejut. Seyton betul kau!" marahku. Dia hanya tersengih. Sedang aku bawak motor aku, ada sesuatu berwarna putih melintasi depan motorku.

"Ap.. Apa tu??"

"Entah.."

Aku dan Taehyung melihat sesama sendiri.

"Tolong.. Aku..."

Benda tersebut berhenti di depan motorku dan meminta tolong daripada kami.

"AARRGGHHH!!!! GWISHIN!!!"

TBC~~

____________________________________

Author note:

Annyeong! Author back after menghiatus yang lama, author busy sikit maaflah.... 😭😭😭😭

Btw, author ada buat ff baru, kalau rajin nanti bacalah! Tapi dia masih dlm mood Coming Soon. So, bila² masa saja readers boleh baca. Bye.

new romantics | kthWhere stories live. Discover now