The 14

1K 118 0
                                    

"Kim Taehyung!!!" aku menjerit memanggil dirinya. Dia pula tergopoh gapah datang kearah aku.

"Nae??!" katanya dengan terkejut. Aku memberikan sekeping kertas kearahnya dan sedulang makanan.

"Hantar kat meja ni tau!" sambil jariku mengetuk-getuk kertas itu, aku mengarahnya menghantarkan makanan pada meja tersebut.

Hari pertama Taehyung berkerja disini. Hoho, lepas ni aku hanya menjerit nama Taehyung dan pasti dia akan datang. Sebelum tu aku asyik dengar Shinee Fanboy tu terjerit-jerit panggil Yunlee untuk hantar makanan. Lepas ni pasti akan kurang.

Aku dengan senang duduk di depan kaunter. Ah, bagusnya~~

"YUNLEE!!! PERGI HANTAR PESANAN! TAEHYUNG KAMU PULA JAGA KAUNTER!!"

Aku tersentak. HUH!! Taguna punya Hoshit! Aku baru ingat nak rehat-rehat. Taehyung dengan blank datang kearah kaunter. Aku melihat Taehyung.

"Tukar cepat!"

"Taknak!!! Ahh!! Sakit!!"

Tak pasal-pasal telinga aku kena tarik dengan Hoshi. Dengan jelinganya sahaja terus aku berjalan pergi dan memberikan tempat duduk aku pada Taehyung. Chan dan Taehyung menghigh five.

"Taguna" sumpahku di dalam hati.

________

Aku membawa motor ku menyusuri jalan-jalan yang ada. Hoshi demam, jadi aku pergi sekolah sorang- sorang. Hmm.. Dah hujung tahun, exam pun dah dekat tahun depan Dino pun dah masuk sekolah menegah tinggi.

"Hai pakcik Guard!" sapa aku pada pakcik guard yg sedang bertugas di pintu pagar. Pakcik itu hanya tersenyum dan membalas balik sapaan aku.

_____

Bila aku masuk kelas, meja pun dah di jarakkan. "Yunlee!" aku menoleh kearah orang itu. Taehyung dengan wajahnya yang berseri-seri itu memandang aku. "Anyyeong" aku tersenyum kearahnya.

"Kenapa meja kita di jarakkan??" Taehyung menyoal pada diriku. "Minggu depan kan final exam kita..." Taehyung hanya melopongkan mulut dan berkata 'o'.

Sewaktu kami belajar, seseorang datang mengetuk pintu kelas kami.

"Nae?? Cari siapa??"

"Boleh saya jumpa Kwon Yunlee??"

Hah?? Aku?? Aku hanya bangun dan pergi kearah kakak itu. Name tagnya aku tengok, Eun Jiseol.

"Nae, unnie.." kataku pada dirinya. Tak silap aku, dia ni budak kelas Hoshi.

"Hai, errmm.. Nak tanya, Soonyoung ada bagi apa² tak kat kamu??" tanya dia pada diriku. Aku hanya termenung memandang atas dan cuba mengingatinya.

TBC~~

____________________________________

Author note;

Hey! Sudah lama author menyepikan diri dan akhirnya author berjaya sambung! Btw, sokong fanfic ni dan fanfic author yang lain. Ikhlas daripada author.

new romantics | kthWhere stories live. Discover now