The 12

1.1K 133 38
                                    

"Nom... Nom.. Nom... Ermmm!! Sedapnya!"

Aku dan Taehyung melihat sesama kami. Budak lelaki?? Or remaja lelaki, ermm... Entahlah.

"Err..  Adik ni sesat ke??" tanya Taehyung dan mengambil satu keropok yang di beli kami kepada budak tersebut.

"YAHHH!!! JANGAN AMBIL!!!!" Pabila nampak Taehyung mengambil keropok tersebut, terus budak tersebut bertukar menjadi singa yang garang.

Taehyung mencebik. "Kedekut! Padahal aku yang beli keropok kau tu!!!!" marah Taehyung. Aku hanya menjadi pemerhati saat itu. Budak itu tersenyum sampai tak nampak mata.

"Ermm, adik sesat ke?? Btw, umur adik berapa tahun?? Sekolah rendah mana? Nama adik apa ya??" bertubi-tubi soalan aku lemparkan kepada budak tadi. Lantak dialah nak pening ke apa. Taehyung di sebelah aku hanya mengangguk.

"Nama?? Min Woozi, umur saya 16 tahun, dan... SAYA BUKAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH!!!!" Herdiknya dan meneruskan suapan ramen segera bersama nasi yang kami belikan pada dia, dan kami rehat di taman permainan berdekatan Sungai Hwang bersama Bangku + meja yg di sediakan di taman Hwang itu.

"Min Woozi?? Wait, muka kau nampak familiar lah..."

"APA??!! PELAJAR SEKOLAH MENEGAH RUPANYA!!!" Taehyung menekup pipinya. Aku hanya menjeling. Dah kenapa mamat ni??

Woozi mengangguk. "Sebenarnya saya nak cari alamat rumah ni tapi tak jumpa.." dia menghulurkan sekeping kertas kearah kami dan terus sahaja aku mengambilnya.


Jln 908, Hwang, lorong 7/13 LJH, Rumah 450,
 Keluarga Min.

"Hyung harap kamu sampai dengan selamat, yang ikhlas Abang sepupumu yg swag lagikan manis ;)"  Aku dan Taehyung membaca serentak. Kedua² kami menganggkat sebelah bibir kami dan memandang sesama kami dengan rupa yang sungguh Annoying.

"Pergi rumah sepupulah..." ujarku sebelum terhenti. "Wae??"

"WAIT! AWAK NI SEPUPU YOONGI TU KE??!!" Kataku kuat. Dia melihat sebelum mengangguk. "Jinjja??!!" Tae pula mengeluarkan suaranya.

"Kenapa? Awak berdua tahu ke jalan rumah ni??" tanya dia. Aku angguk. Melainkan Tae. Well dia tak tahu sangt pasal lorong rumah ni sangt.

"Patut aku tengok muka dia macam Suga..." balas Tae.

_________

Ding~ Dong~

"Kejap" laung seseorang dan membuka pintu kepada kami. Dahinya berkerut melihat diri aku. "Yunlee?? Kenapa datang rumah aku malam-malam ni??" tanya Yoongi sebelum melihat sekeliling.

Aku menelan air liur sebelum memandang belakang. "Err.."

Ish! Mana mereka berdua ni??! Kata nak follow rapat²! Tah² pergi melancong kemana dah!! "Kalau takda apa-apa kau boleh balik.." ujar Yoongi sebelum hendak menutup pintu rumahnya. Aku menahan.

"Se.. SEBENARNYA!"

"Yun! Kami dah sampai!"

Pantas aku menoleh kebelakang dan memandang muka Taehyung dan Woozi dengan pandangan garang. Mereka tersengih-sengih. "YAAHHH!!! KAU PERGI MELANCONG KEMANA HAH??!" Marahku lalu membuat headlock pada Taehyung.

"Yun!! Lepaskan kepala aku!!! Huhuhuh" Tae memegang lengan aku dan mengalirkan air mata palsu. π_π

"Woozi!!!! Lama hyung tunggu kamu pergi mana??!!" Yoongi melompat dan memeluk adik sepupunya itu manakala Woozi sedang bergembira melihat aku dan Tae sedang bergusti.

"Dia sesat dan terjumpa dengan kami yang alang-alang amik angin kat luar.." kataku pada Yoongi. Tae hanya mengiakan sahaja.

Yoongi tersenyum. "Gomawo hantarkan Woozi kat aku." Yoongi dan Woozi tunduk hormat. Taehyung dan aku pun berbuat demikian.

Kami balik kerumah masing² sebaik sahaja aku hantar Tae balik rumah.

Aku menutup pintu rumah tiba-tiba satu suara garau menyapa telinga aku. "YUNLEE!!!!! MANA BERUS GIGI OPPA??!!!" And he's Soonyoung.

"Ada je kat bilik air! Cubalah cari pakai mata!!!" aku melaung kuat dan memasuki bilikku. Aku menghempas pintu bilik aku.

Kreekk

Aku megeluh sebelum kembali kedepan pintu dan meletakkan kepingan cardboard nipis di tepinya lalu tutup kembali.

TBC~~

____________________________________

Author Note:

Hai... Hmm.. Okay tak chapter ni? Vote and comment. Btw, sekarang mood menulis author makin menjadi-jadi. So, author akan berusaha untuk menulis banyak.

Woozi at the background ≧﹏≦

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Woozi at the background ≧﹏≦

new romantics | kthWhere stories live. Discover now