2. ▶ Closed Friends ◀

845 45 17
                                    

Meja makan telah dilap dengan bersih manakala kerusi telah tersusun dengan rapi. Kain lap diletakkan semula di tempat asal di singki.

"Cepat kau habiskan kerja hari ni, Soon. Tunggulah aku habiskan kerja aku ni."

"Encik Kim Taehyung, macamlah aku tak pernah langsung tunggu kau. Buat apa aku tunggu kau. Balik jelah dengan a--"

"Aku tak nak balik dengan dia. Never."

"Apa-apa jelah."

Hyesoon lantas memastikan meja dan kerusi yang dilap olehnya tadi tersusum dengan kemas. Taehyung pula sudah menghabiskan kerjanya tadi.

"Tuan Kim, saya pulang dulu. Shift saya dah tamat."

"Cik Seo, masuk ke bilik saya dulu. Ada sesuatu yang nak dibincangkan."

"Baik, tuan."

Hyesoon menghampiri Taehyung. "Tae, jangan pergi mana-mana. Tunggu aku, tau."

"Iya, Soon. Aku tunggu. Dah pergi masuk. Nanti dia mengamuk."

Hyesoon mengangguk lantas berjalan ke arah bilik majikannya. Pintu diketuk. Apabila terdengar sahutan, dia terus masuk.

"Ada apa tuan nak jumpa saya?"

"Duduklah dulu."

Hyesoon duduk di atas kerusi berhadapan dengan majikannya. Meja yang memisahkan jarak.

"Saya nak jumpa awak ni ada banyak sebabnya. Tapi, antara banyak-banyak satu sahaja yang penting bagi saya."

Hyesoon mengangguk dengan teragak-agak.

"Saya nampak awak dengan Kim Taehyung tu rapat. Jadi, ini dari apa yang saya rasa dan saya mahukan. Saya nak awak dan Taehyung berkahwin."

Hyesoon tersentak hebat mendengarkan permintaan majikannya. Gila.

"Tapi, t-tuan. Kenapa? Kenapa saya?"

"Saya dah kenal hati budi awak dari mula awak bekerja di sini. Lagi pun, Taehyung nampaknya macam berkenan dengan awak."

"Kami sekadar kawan. Kawan yang terlalu rapat. Tak lebih dan tak kurang."

"Ya, saya tahu. Tapi, tak mungkin di antara awak berdua tak simpan perasaan suka. Atau lebih darpada suka, cinta, kan?"

Hyesoon kehilangan kata-kata. Tidak mampu untuk membantah.

"Saya tak ada jawapan untuk tu. Sa-saya--"

Bam!!!

Pintu bilik terbuka dengan kasar. Terpamer satu figura dengan wajah yang merah padam menahan amarah.

"Hyesoon. Keluar."

"Ta-tapi... Tae."

"Aku kata keluar, keluar jelah!"

Taehyung menarik lengan Hyesoon dengan kasar berkira-kira untuk keluar.

"Saya belum habis bincang dengan Cik Seo Hyesoon. Baik awak lepaskan dia sekarang."

"Tuan Kim Daeri, tuan tak ada hak nak tentukan pasangan hidup Cik Seo Hyesoon. Tak ada."

♥♠♥♠♥♠

"Aku minta maaf, Soon. Bagi pihak appa aku."

Hyesoon menggenggam jari-jemari Taehyung. Diusapnya dengan perlahan-lahan.

"Tak apalah Tae. Mungkin dia ingat kita ni ada hubungan lebih daripada seorang kawan. Kita rapat dari sekolah rendah, kan? Walaupun umur kita berbeza."

[Hiatus] Love Never Fade : TrustWhere stories live. Discover now