3. ▶ Being Disturbed ◀

600 41 12
                                    

Hyesoon mengeluh buat sekian kalinya. Dia menguis-nguis nasi dan lauk di atas pinggan dengan sudu dan garfu. Wajahnya kelihatan kosong. Tanpa perasaan.

"Hye, janganlah main dengan makanan tu. Tak elok." Tuan Seo menegur sikap anak daranya itu.

"Em... Sorry appa."

"Hye, ada masalah ke? Kalau ada bagitahu kat omma dan appa. Jangan pendam sorang-sorang. Nanti stres tau." Puan Seo memandang wajah anak daranya. Terpancar wajah kerisauan seorang ibu terhadap anaknya.

Hyesoon menjeling sekejap ke arah Sehun. Sehun memandangnya dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan. Dingin dan menakutkan.

"Nantilah Hye ceritakan pada omma dan appa. Sekarang tengah makan. Tak elok pula."

"Yalah, Hye. Cepat makan tu."

Hyesoon mengangguk lalu mengambil suapan pertama. Dia mengunyah perlahan. Dia terasa seperti diperhatikan. Lama. Dia menjadi seram sejuk.

Hyesoon memandang gerangan di sebelahnya. Sehun memandangnya sedari tadi. Pandangan yang amat menakutkan. Seperti boleh membunuh.

"Hun, kenapa tak makan? Tak sedap ke?"

Sehun tersentak. Pandangannya dikalihkan ke arah Puan Seo. Dia tersenyum manis.

"Sungguh fake senyuman kau, Sehun." Monolog hati Hyesoon.

"Tak adalah, ommuni. Sedap je. Tiba-tiba rasa kenyang." Sehun memandang semula ke arah Hyesoon. Hyesoon tidak bereaksi.

"Tak payah acah sangat boleh tak? Menyampah aku tengok kau." Baekhyun dengan selamba memerli Sehun. Sehun memberi pandangan maut kepada Baekhyun. Baekhyun sekadar mengendahkan sahaja.

Hyesoon pula tersenyum menahan tawa dengan kenyataan yang diutarakan oleh Baekhyun.

"Kalau kenyang, tak apa. Simpan dulu. Nanti kalau lapar, sambunglah makan."

"Tak apalah. Hun boleh je makan. Masakan ommuni memang sedap." Puan Seo tersenyum lebar.

"Kamu semua makanlah sampai habis. Omma dan appa nak naik dulu. Ada hal sekejap."

"Nae, omma. Selamat malam."

"Unnie, tadi balik dengan siapa? Kenapa tak jemput dia masuk?"

"Tae Tae oppa yang hantar unnie, macam biasa. Dia ada hal. Lagi pun dah lewat malam."

Hyesoon secara tidak sengaja mengerling ke arah figura tampan di sebelahnya. Sehun menatapnya dengan pandangan yang amat menakutkan. Sekali lagi.

"Oh, ada boyfriend rupanya kau ni. Lelaki manalah yang buta sangat nak couple dengan kau. Aku simpati dengan lelaki tu. Hahaha."

"Kau ni kalau tak kacau life aku tak sahkan, Byun Baekhyun. Ada yang tercekik chopstick kejap lagi ni."

Baekhyun ketawa mengekek. Dia bangkit dari duduknya bertentangan dengan Hyesoon lalu mendekati gadis itu. Kepalanya diusap perlahan.

"Simpanlah niat kau tu, ya. Aku dah habis makan pun. Bye, aku naik dulu."

"Unnie, Roon dengan Hoon pun nak naik atas dulu. Kami nak sambung siapkan kerja sekolah."

"Okey, adik-adik kesayangan. Belajar elok-elok."

Saeroon dan Jaehoon menghampiri Hyesoon lantas kedua-dua belah pipinya menjadi mangsa ciuman mereka. Hyesoon membalas ciuman mereka. Jaeroon dan Junghoon terus mendaki anak tangga.

[Hiatus] Love Never Fade : TrustWhere stories live. Discover now