4. ▶ Behavior ◀

515 36 6
                                    

Jungkook diam seribu bahasa. Pandangan dikalihkan ke luar tingkap. Menahan rasa amarah yang membuak-buak. Tangannya dikepal menjadi penumbuk sehingga tersembul urat. Seksi.

Junghyun yang duduk di sebelah Jungkook hanya memerhati tingkah laku adiknya itu. Dia mengukirkan senyuman dalam diam.

Walaupun Jungkook pernah bertindak melulu terhadapnya, kasih sayang terhadap satu-satunya adik lelakinya tidak pernah pudar. Baginya ikatan kekeluargaan amat penting dalam hidup.

"Jeon Jungkook. Kau kena terima apa yang appa dah aturkan. App cuma nakkan yang terbaik untuk kau."

Jungkook memandang ke arah abangnya dengan wajah yang membengis. Terselit senyuman sinis dibibirnya.

"Heh. Nak kongkong hidup aku cakap jelah. Tak payah bagi alasan klise macam tu."

"Appa tak pernah kongkong hidup kau lah, budak. Salah kau sebab buat hal tak senonoh kat luar."

"Kau tak ada bukti. Langsung tak ada. Alasan tak logik."

"Suka hati kau nak percaya ke tak. Ini semua untuk kebaikan kau juga."

Jungkook tidak mahu membalas lantas melihat ke arah luar semula. Jalan yang biasa dilaluinya dilihat dengan pelik.

"Kenapa jalan ni nampak familiar eh? Aku pernah lalu sini ke?"

Kereta diberhentikan. Jungkook hanya kaku pada kedudukannya. Wajahnya kelihatan kosong. Kepalanya terasa berpinar.

"Apa tunggu lagi? Pergilah keluar."

Jungkook masih kaku. Matanya tidak berkedip sedari tadi. Dahinya berkerut seribu.

"Kau nak aku temankan kau ke? Boleh je. Dah lama tak hantar adik aku sorang ni sampai kelas dia."

Jungkook tersedar daripada lamunannya. Dia menggeleng pantas. Pandangan dingin dilemparkan.

"Tak. Tak payah."

Jungkook menggalas beg sekolahnya. Lantas dia keluar dari kereta milik abangnya tanpa menoleh ke belakang.

"Belajar elok-elok. Jangan buat hal."

"Aku tahulah nak jaga diri. Aku bukannya kecil lagi."

Pintu kereta ditutup dengan agak kasar. Kakinya mula melangkah untuk menapak ke kawasan sekolah. Namun satu suara menyebabkan dia berhenti daripada berjalan. Jungkook mendengus kasar.

"Nanti balik tunggu depan pagar ni. Aku ambil kau. Jangan cuba-cuba nak balik sendiri."

"Lantak kau lah. Aku kesah apa."

"Hoi! Aku serius ni. Jangan sampai appa tahu."

"Kau fikir aku takut ke? Dahlah, blah."

Junghyun menjegilkan matanya memandang Jungkook lantas keretanya bergerak meninggalkan perkarangan sekolah. Jungkook tersenyum sinis.

"Setakat orang tua nak mampus tu, fikir aku goyang ke? Heh. Sikit pun tak."

Jungkook berjalan masuk ke koridor sekolah. Dia merasakan ada mata-mata yang melihat dia dengan pandangan yang... Gelisah?

[Hiatus] Love Never Fade : TrustWhere stories live. Discover now