6. ▶ Weakness ◀

865 48 6
                                    

Taehyung's POV

Kenapa hati aku rasa macam tak sedap saja daripada tadi? Jungkook ada buat sesuatu yang di luar jangkaan ke? Tak boleh jadi, aku kena pergi tengok juga. Jungkook ni bukan boleh percaya sangat.

Aku menapak keluar dari tempat yang menjadi kebiasaan untuk aku dan Hyesoon melepak. Kalau ada apa-apa jadi pada Hyesoon, siap kau aku kerjakan Jungkook.

Aku mencari kelibat mereka berdua di sekitar bilik disiplin, tapi tiada. Aku terus berjalan di sekitar situ dan secara tiba-tiba aku terdengar satu jeritan nyaring datang dari dalam perpustakaan. Macam suara Hyesoon!

Aku tanpa membuang masa terus berlari ke perpustakaan. Rasa macam masuk acara larian pula. Penat sungguh. Demi Hyesoon, aku sanggup.

"Jeon Jungkook!"

Jungkook menoleh ke arah aku bersahaja. Tangannya erat mencengkam kedua-dua belah bahu Hyesoon. Hyesoon nampak ketakutan.

"Eh, hyung. Macam mana kau tahu kami kat sini? Tak syoklah macam ni. Bagilah masa lama sikit aku nak berdua-duaan dengan Soon-ie."

"Eh budak. Aku tak suruh kau berlama-lama dengan Hyesoon buat benda tak senonoh. Kelas dah nak mula dah pun. Tak reti nak masuk kelas ke, ha?"

"Aku dengan Hyesoon ni kan classmate. Boleh je aku pergi dengan dia nanti. Hyung janganlah risau, Hyesoon selamat dengan aku. Hyung kan kelas atas. Kan, Soon-ie?"

Hyesoon tak menjawab. Dia hanya memandang Jungkook dengan tajam. Aku tahu Hyesoon langsung tak selesa dengan mana-mana lelaki kecuali aku. Eh, terperasan pula.

Kami ada personaliti yang sama. Terlebih ceria dan kadang-kadang terlebih dingin. Itu sebab aku selesa berkawan dengan dia walaupun aku tua setahun daripada dia.

"Dah. Sekarang kau pergi masuk kelas dulu. Aku ada benda nak bincang dengan Hyesoon."

"Emm, okey. Jumpa lagi nanti ya, sayang."

Hyesoon buat muka paling menyampah. Jungkook tersenyum sungging. Dia melepaskan cengkaman pada bahu Hyesoon lalu berpaling kepada aku.

"Jangan lama-lama. Aku cemburu. Hoho. Bye."

Jungkook menepuk bahu kiri aku lantas keluar dari perpustakaan ni. Hyesoon menghela nafas berat. Haih, padah sungguh.

"Apa yang kau nak bincang dengan aku, Tae Tae?"

"Emm... Nothing important. Aku cuma nak bagi satu permintaan."

"Proceed." Katanya sambil mengurut pelipis.

"Aku kan nampak macam matang sikit daripada kau. Macam abang-abang gitu. So..."

"Nampak je tapi tak matang pun. Okey, so?"

"Aku cuma nak kau tukar panggilan aku-kau dengan aku."

"Hei, kenapa tiba-tiba ni? Sehun yang dah masuk uni tu pun aku guna aku-kau je dengan dia. Kau ni setakat tua beberapa bulan je daripada aku. Apa selama ni kau tak selesa ke dengan panggilan tu?"

Aku terdiam sejenak. Ada betul juga apa yang Hyesoon cakap. Kenapa dengan aku ni? Kim Taehyung, kawal emosi kau.

"Aku saja nak uji kau je. Jangan fikir bukan-bukan pula."

"Emm... Aku curiga dengan kau sejak pagi tadi. Kenapa? Kau ada masalah ke?"

"Tak... Tak ada apa."

Dia dah mula perasan sesuatu ke? Ini tak boleh jadi. Haish, ini semua salah aku! Aku patut berfikir dulu sebelum bercakap. Pabo, Kim Taehyung.

"Kalau tak ada apa-apa lagi, jomlah gerak ke kelas. Nanti lewat."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 18, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[Hiatus] Love Never Fade : TrustWhere stories live. Discover now