5. ▶ Wrong Timing ◀

501 40 7
                                    

Hyesoon's POV

Motorsikal berkuasa tinggi milik Sehun berhenti tepat di depan perkarangan sekolah. Aku turun dari motor dan membuka topi keledar lalu diberi pada Sehun.

"Belajar betul-betul, sweetheart. Nanti oppa jemput sayang ya? Bye!"

Aku memberi pandangan kau-nak-mati-awal-ke pada Sehun. Mentang-mentang aku peluk dia tadi makin miang pula dia. Menyesal aku buat macam tu.

Serius, aku menyesal. Mmang tak dapat disangkal lagi.

"Cepatlah berambus. Orang tengoklah." Aku lihat kiri dan kanan. Ternyata ramai yang lihat kami berdua. Tak sukanya!

"Apa salahnya? Kita kan pasangan kekasih."

Dia menekan perkataan pasangan kekasih itu dengan kuat. Macam sengaja saja?

"Pergi mampus." Aku berjalan masuk ke dalam perkarangan sekolah tanpa menoleh. Malas nak layan.

"Bye! Muah!"

Aku menoleh. Sehun memberi flying kiss kepada aku. Euw. Aku acah-acah mengambil ciuman itu lalu dicampak ke bawah dan aku memijaknya.

"Sampai hati kau. Dahlah aku nak merajuk. Bye."

Sehun terus memulakan perjalanan dia ke universiti. Universiti dia tak terlampau jauh dari sekolah tinggi ini. Itu sebab dia sengaja melambat-lambatkan masa.

Aku membuat mimik muka menyampah. Sebaik saja aku berpusing ke belakang, muka aku tepat mengenai dada bidang seseorang. Berketak. Fuh.

"Auch! Sorry, saya tak sengaja."

Aku menggosok dahi licin aku. Sakit tak terkata. Tadi tak ada sesiapa, tiba-tiba ada pula. Sadisnya hidup aku.

"Bau aku pun kau dah tak kenal dah ke? Yalah, sekarang kan kau dengan Si Sehun tu. Siap berpeluk bagai."

Aku mendongak memandang wajah seseorang. Kim Taehyung. Wajah aku mencebik.

"Kenapa tak jemput aku? Kenapa tak reply chat? Kenapa tak jawab call aku? Kenapa?!"

Aku memukul dadanya berulang kali dengan kuat. Aku dah tak peduli. Siapa suruh dia sakitkan hati aku?

Pergelangan tangan aku digenggam dengan kemas. Dia mengusap jari-jemari aku. Dia tersenyum nipis.

"Aku buat ada sebab."

"Kalau sebab dia Sehun, aku tak kesah dan aku tak suka."

"Aku tak nak kau sakit."

"Sehun ugut kau, kan? Kenapa kau takut? Sejak bila kau pengecut, ha?"

Sekali lagi, aku memukul dadanya. Aku meluahkan rasa tak puas hati dengan cara itu walaupun menyakitkan Taehyung. Perasaan aku lebih penting sekarang ni.

"Soon, please stop. Kau tak sayangkan aku ke sampai sanggup pukul aku macam ni?"

"Mestilah aku sayangkan kau. Aku buat macam ni sebab kau dah sakitkan hati aku dulu. Padan muka."

"Okey, okey. Aku minta maaf. Lepas ni aku janji tak buat dah. Aku terpaksa. Lepas ni aku akan jadi lebih berani untuk kau. Okey?"

"Pinky promise?"

Taehyung mentautkan jari kelingkignya pada jari kelingking milik Hyesoon. Dia mengukirkan senyuman manis.

"Aku janji takkan buat macam tu lagi. Okey, jom pergi kelas."

Aku memaut lengan Taehyung dengan segaris senyuman di bibir. Taehyung pun tersenyum manis. Alahai, manis macam tuan badannya juga!

Gatalnya aku.

[Hiatus] Love Never Fade : TrustWhere stories live. Discover now