1

254 4 0
                                    


Lapan tahun. Lapan tahun tanpa Hazman dalam hidupnya. Lapan tahun dia menatap surat yang sama. Lapan tahun yang amat sepi dan payah. Walau ke mana dia pergi, surat itu, berserta hadiah, gambar dan surat-surat daripada Hazman dia bawa bersama. Sehinggakan kini dia bersinggahan di Sydney, Australia atas urusan kerja selama tiga bulan, dia tanpa lelah mengangkut kotak berisi kenangan silam bersama Hazman.

Jihan mengunyah perlahan sandwic keju berlapis daun salad dan tomato sambil sesekali merenung ke luar. Ruang tamu apartmen berdindingkan cermin mengizinkan dia menikmati pemandangan di tingkat tiga. Dedaunan mula menguning. Musim luruh sudah memberi salam. Sydney Bridge, kelihatan gah walaupun sayup-sayup mata memandang.

Jihan mengerling ke arah jam di pergelangan tangannya. Masih awal pagi. Pun begitu dia tidak perlu bergegas ke mana. Pagi sabtu begini dia lebih selesa bersantai di rumah. Buat kerja-kerja rumah yang jika dia betul-betul fokus, dua jam sahaja dah siap. Apa sangatlah yang nak dibuat kerana dia seorang sahaja yang menghuni apartmen itu.

Telefon bergetar. Nama si pemanggil tertera pada skrin fon. Lebar senyum Jihan. Tepat seperti yang dijanjikan. Ya lah. Janji ditepati, bukan dicapatikan...

Suara tenang lelaki idaman Malaya memberi salam. "Amboi! Lajunya jawab fon. Waiting for my call, eh?" katanya sambil tergelak.

"Ya lah. Dah you janji nak telefon, kan. By the way, how are you, Khairi?"

"Kena flu sikit ni. Nothing to worry, though. I'm feeling much better now that I get to hear your voice." Sebaik sahaja dia habis berkata-kata, Khairi bersin. "Ahchoom!"

Jihan ketawa. "Tak ada maknanya. Itu yang bersin kemain kuat lagi. Tang mananya yang okey? Dah makan ubat tak?" Walaupun dia sedar Khairi tahu menjaga diri, Jihan tetap risau. Kerja Khairi menuntutnya untuk selalu terbang ke sana sini tentunya memenatkan, baik fizikal mahupun mental.

"Sudah, cik puan. I made sure I took the medication before I called you. So that you don't have a reason to scold me, like makcik-makcik..."

Huh! Jihan mencebik. Ada sahaja jawapan mamat ni. Mana ada dia suka berleter seperti makcik-makcik. Dia cuma prihatin. Berleter dan prihatin adalah dua perkataan yang berbeza, okey!

"Hey Jihan. What are you doing today? Still tied up with work?"

"Taklah. Hari ni I dah umum sebagai hari cuti sedunia. Buat kerja rumah sikit-sikit saja. Kerja ofis tinggal di ofis. Malas nak fikir. Penat dah duduk menghadap data selama tiga minggu tanpa cuti. Mata I ni, dah jadi macam mata beruang panda yang juling. Eye bag ni bukan saja gemuk macam kena ternak malah jadi lebam yang concealer berjenama mahal pun tak mampu nak tolong."

Khairi terdiam. Workaholic! That's what she is. Semenjak berpisah dengan Hazman, itu lah Jihan. Cuba mengalih rasa gundah dan sepi dengan belajar dan bekerja tanpa henti. Mengasingkan diri dari bersama kawan- kawannya termasuk Suria, temannya yang paling rapat. Yang tinggal, hanya Khairi. Khairi yang paling memahami. Khairi yang sering meminjamkan telinganya... bahunya... tatkala dia memerlukannya.

CLOSURE - DY FINALE (PUBLISHED)Where stories live. Discover now