3

180 2 0
                                    


"TT, siapa pergi ambil bos dan konsultan kat airport ya?"

"Siapa lagi... Of course big boss lah. Lepas tu, dia nak bawa mereka pergi lunch terus," jawab TT bersahaja.

Jihan, Iris dan TT duduk di pantri. Mereka lepak bersama dengan perasaan lega kerana laporan survey sudah siap. Untuk yang kali ini. Tunggu bos KL datang nanti. Membawa bersama beberapa projek lagi. Bermakna perkataan 'sibuk' itu tidak akan pernah hilang dari kamus kehidupan mereka. Justeru, untuk sementara waktu ini, mereka dapat menarik nafas lega. Bertanya khabar tentang diri masing-masing yang mereka tidak mampu buat sebelum ini walaupun bekerja dalam satu ofis.

"Both of you are going back to KL next week, right?" Jihan bertanya sambil mengunyah sandwic. Kali ini dia bawa bekal sandwic sardin pula. Sesekali menukar selera kerana pagi tadi dia bangun awal. Ada lah masa untuk penyek sardin, potong dadu bawang besar dan hiris cili merah dan picit asam limau nipis. Jika tidak, setiap hari seperti nak pergi berperang. Jadi lipas kudung, mengejar tren di stesen Milsons Point.

"Yes!" Serentak Iris dan TT menjawab. Nampak sangat mereka teruja dapat bercuti selama dua minggu. Dapatlah melepas rindu dengan keluarga masing-masing. Jihan terpaksa tunggu sehingga mereka kembali semula ke Sydney. Selepas itu barulah dia dapat bercuti.

Sementara ketiadaan mereka nanti, konsultan yang Jihan masih tidak tahu namanya akan membantu Jihan dengan urusan projek survey yang baru. Dia tahu apa yang perlu dibuat kerana projek itu adalah di bawah kelolaan dia. Jihan ada dengar, khabarnya konsultan itu lelaki, Izham namanya. Jihan tidak ingat yang mana satu kerana ada ramai konsultan di ofis KL. Sebahagian besarnya lelaki. Adalah yang muda dua tiga orang yang Jihan pernah nampak. Melayu. Mungkin kah salah seorang daripada mereka? Adalah seorang tu yang kalau dipandang lama-lama, ditenung betul-betul, tampan juga orangnya. Oh!

Okey, Jihan. Otak kau dah 'weng' lagi. Dah buang tebiat kau ni. Tak mengapa. Jom kita salahkan Hazman lagi. Penyebab hidup kau 'boyfriendless'.

Jihan tersenyum sendiri.

Telefon di pantri berdering. "Hello," Iris menjawab bersahaja. Siapa lah agaknya yang mencari mereka di situ.

"Yes?"

"Really?"

"When?"

"OK, thank you." Sepatah-sepatah Iris menjawab.

Mula-mula muka relaks. Selepas itu muka terkejut. Selepas itu, dia terus berdiri. TT dan Jihan melopong melihat reaksi Iris. Dah kenapa dengan minah ni, fikir Jihan.

"Ladies, grab your bags. Big boss tunggu kat bawah. Dia ajak pergi lunch sama-sama dengan bos KL dan konsultan. Sandra dah ada di bawah dengan mereka."

Alamak! Orang dah makan, baru bagitahu nak lunch sama-sama.

"Mana nak muat semua orang dalam kereta tu," rungut TT.

"Nak ke Darling Harbour, katanya. Seafood restaurant. Berjalan kaki beramai-ramai, bonding gitu..." jelas Iris. "Apa eh nak makan? Kalau I order lobster big boss bengang tak?" Mukanya bercahaya, gamaknya membayangkan seekor lobster bersaiz besar tergolek dalam pinggan.

Nampak saja kurus, tapi makan banyak. Bukankah dia baru menelan empat set sandwic yang Jihan bawa tadi? Belum kenyang kah dia? Jihan tergelak melihat gelagat Iris.

Seiringan mereka berjalan menuruni tangga sambil berbual-bual kosong. Mujur ofis mereka di tingkat satu, jadi tidak perlu nak menunggu lif. TT kata nak 'walk off the calories', yang terkandung dalam sandwic sardin yang Jihan bawa tadi. Yang mereka dah balun sampai licin.

Sebaik sahaja keluar dari bangunan ofis, sudah ternampak Sandra melambai ke arah mereka dari seberang jalan. Berdiri di belakangnya, big boss Chris, encik bos Dennis dan Izham, konsultan. Segera gadis-gadis itu menyeberangi jalan melalui laluan bawah tanah dan bertemu dengan bos-bos mereka di hadapan gereja tua, bersebelahan dengan Queen Victoria Building (QvB).

CLOSURE - DY FINALE (PUBLISHED)Where stories live. Discover now