5

192 2 0
                                    


Hazman masih terbayang-bayang akan wajah Nurjihan yang dilihatnya di airport tempoh hari. 10 tahun tidak bertemu. Dari jauh, sosok tubuhnya masih sama. Wajahnya tetap manis pada pandangan mata Hazman, cuma dia tampak lebih matang berbanding dahulu. Oh! Dah pandai bergaya juga.

Nurjihan. Sayang saya tidak pernah pudar terhadap awak. Walaupun awak tiada dalam hidup saya, awak tetap ratu yang bertakhta dalam hati ini. Masih ingatkah sajak yang pernah awak tulis untuk saya dulu? Saya hafal sehingga ia terpahat dalam kalbu.

Siapakah itu

Yang mengetuk pintu hati

Yang memberi salam pertama

Siapakah itu

Yang menguntum senyum di bibir

Yang mengukir kata manis

Siapakah itu

Yang berlari di kaki langit

Yang menantiku di sebalik tirai pelangi


Nurjihan, 

Salam pertama itu

Tidak pernah aku hulurkan

Kepada sesiapa selain kamu

Pernahkah kau kembali ke kaki langit itu

Menyelak tirai dan mencari pelangi itu

Aku masih setia menunggu

Aku masih ingatkan kau, Manisku

You will always be my sweet idiot...

Hazman menutup jurnalnya sambil menghela nafas dalam-dalam. Di atas meja ada sekotak besar 'nota geografi' Jihan yang dikumpulnya selama dia berkenalan dengan Jihan. Menitik juga air mata jantannya untuk kesekian kalinya. Empangan air mata yang selama ini bagai kubu besar akhirnya pecah.

Hazman menangis dan terus menangis, teresak-esak. Gundah yang tertakung dalam dirinya tidak lagi terkawal. Kali ini dia tidak lagi ingin menahan diri. Biarlah semuanya terlepas keluar. Biar ringan tubuhnya.

Dia teringat perbualannya dengan Izham malam itu.

"Kau pula? Sanggup memecut dari JB untuk datang ke sini. Someone special?"

"To me, yes. Dia? Belum tahu lagi." Itu jawapan Izham.

Selama lapan tahun dia tertanya-tanya tentang Jihan. Apa khabar dia. Kerja di mana. Sudah kahwin ke belum. Dah ada anak ke tak. Sihat ke dia? Dan 1001 soalan lagi yang semuanya tidak berjawab. Sehingga lah malam kelmarin.

Dia belum kahwin. Itu sahaja yang dia perlu tahu. Nurjihan belum berkahwin. Cuma dia tidak pasti. Apakah dia masih punya peluang. Izham ada banyak kelebihan berbanding dia. Sepertinya dia sangat mengenali Jihan dan sudah terpikat dengan Jihan.

***

"Suria, awak ada kelas tak esok?"

"Dah namanya lecturer. Tentu lah ada kelas." Ada-ada sahaja Hazman ni. Bukan dia tak tahu esok hari apa. Tetapi kenapa suara dia macam serak saja. Mengapa dengan dia?

"Awak tak sihat ke? Suara sengau semacam..."

"Demam sikit tapi dah kebah. Boleh tak kita jumpa lepas maghrib?" Hazman cepat-cepat menukar topik sebelum Suria menjadi wartawan jadian, bertanya macam-macam tentang kesihatannya.

Suria berfikir sejenak sambil menyemak jadual hariannya. Mahu pastikan kelas terakhirnya pada jam berapa. "Apa kata kita jumpa malam ini. Esok saya ada buat kelas ganti untuk pelajar-pelajar saya." Minggu lepas dia ambil cuti kerana ibu dan ayahnya pergi mengerjakan umrah. "Kita makan steamboat, nak tak? Awak kan demam. Sup bagus untuk orang demam."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 30, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

CLOSURE - DY FINALE (PUBLISHED)Where stories live. Discover now